D’HERBS Fantasy Gala Night 2015

Pada 14 November 2015 Ruby telah menghadiri D’HERBS Fantasy Gala Night 2015 yang berlangsung di Sunway Resort & Spa. Oleh kerana tema Fantasy, Ruby dan suami memilih untuk menjadi Raja dan Permaisuri Medieval. Jika anda tahu sejarahnya dan drama yang dipaparkan dalam Game Of Throne dan cerita rakyat yang lama-lama tu. Pasti anda mengetahui watak yang kami bawa. Ia adalah watak jahat, bongkak, angkuh. Tetapi watak ini susah nak dibawa oleh kami berdua kerana kami orang yang baik. Wajah pun baik, asyik tersenyum aje. Nak buat muka ketat tak boleh. Hahaha. Jadi, kami datang ke majlis mengikut tema dan berseronok meraikan majlis D’HERBS Fantasy Gala Night.

D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-11

D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-5 D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-4

Bertemakan “Fantasy Gala Night 2015”, D’herbs Holding (M) Sdn Bhd sekali lagi mengembangkan sayapnya untuk terus menerajui pembuatan barangan kosmetik dan kesihatan dengan melancarkan tiga (3) lagi produk terbarunya di pasaran Malaysia di Sunway Resort & Spa, Petaling Jaya malam tadi. D’herbs dengan tagline “Terlajak Laris” yang tidak asing ladi di pasaran tempatan, merupakan jenama kosmetik pertama yang diiktiraf oleh Putra Brand Awards. Kini D’herbs Terlajak Laris mempunyai lebih dari 50 barangan kosmetik dan kesihatan di pasaran yang mampu dimiliki oleh setiap rakyat untuk kelihatan lebih menawan dan tampil berkeyakinan sepanjang masa.

D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-19 D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-8 D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-9Pengacara Fantasy Gala Night 2015; Faizal Ismail & Raja AzuraPengacara Fantasy Gala Night 2015; Faizal Ismail & Raja Azura

“Berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kenaikan harga tol dan petrol yang tinggi juga memberikan bebanan ke atas masyarakat hari ini untuk membuat pilihan terbaik dan berpatutan untuk diri dan keluarga. Prihatin dengan keadaan ini dan rasa tanggungjawab untuk masyarakat, kita perlu memberi sokongan kepada mereka sebab kita mahu mereka sentiasa kelihatan cantik berseri dan menawan serta tampil yakin sepanjang adalah harga yang amat berpatutan berbanding dengan barangan kosmetik antarabangsa tempatan ” kata Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman, Pengasas D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd.

Dengan niat tersebut tersemat di hati Pengasas D’herbs, baru-baru ini telah melancarkan tiga (3) produk terbaru D’herbs Terlajak Laris iaitu Rani Gel Liner, Ratu Henna Inai dan Air Masyur yang pasti akan memikat hati pelanggan-pelangganya pada malam D’herbs Fantasy Gala Night 2015 . Produk terbaru yang bukan sahaja di minati oleh golongan hawa malahan kaum adam juga akan turut terpikat dengan keluaran terbaru iaitu minuman istimewa yang menjadi pilihan utama pengasasnya sendiri.

 

Semasa pelancaran produk terbaru di Malam D’herbs Fantasy Gala Night baru-baru ini, turut dilancarkan sebuah buku “Biografi Dato’ Aliff Syukri , Terlajak Laris” yang memaparkan kisah suka duka kehidupan beliau yang bertapak dari bawah hingga ke hari ini yang sudah bergelar Jutawan Muda Malaysia hasil dari usaha dan titik peluh beliau sendiri. Buku biografi “Dato’ Aliff Syukri Terlajak Laris” bakal diterbitkan oleh Kristal Publishing PLT pada bulan Januari 2016 dan dijual secara eksklusif secara dalam talian pada bulan Januari 2016. Pelancaran produk dan buku biographi ini turut dihadiri oleh teman-teman seperjuangan dan rakan-rakan artis yang rapat seperti Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Pengasas Kosmetik lain seperti Rita Sosilawati, Dato Maznah dan ramai lagi tetamu terhormat yang turut sama memeriahkan majlis pelancaran produk dan Gala Night .

Turut memeriahkan majlis adalah tiga diva Malaysia yang turut menghiburkan para stockist terhebat seperti Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Ziana Zain yang turut memukau perhatian yang hadir pada malam tersebut. Malam yang penuh gemilang ini turut diserikan lagi dengan Penganugerahan 20 Stockist D’herbs Terlajak Laris terhebat di seluruh Malaysia di mana hadiah utamanya berupa Percutian ke Paris , Percutian ke Gold Coast dan Pakej Mengerjakan Umrah serta Trofi masing-masing . Turut diraikan bersama apabila sebanyak 24 tiket bertuah dengan hadian yang lumayan seperti Motor Nouvo LC, TV Samsung 58 inch, Perabut , Percutian ke Bali dan banyak lagi hadiah menarik untuk dimenangi.

D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-20 D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-23 D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-18 D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-17 D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-16

Syarikat D’herbs Holding (M) Sdn Bhd sentiasa menyokong stockist yang ada untuk terus membuka peluang kepada mereka untuk berniaga dan membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan sehingga kini sudah mampu melahirkan ramai jutawan Melayu di Malaysia. Jadi kami ingin mengalak dan akan terus memberi sokongan yang kuat dan sentiasa bekerjasama untuk memastikan kejayaan perniagaan yang berterusan disamping membuka peluang kepada stockist stockist atau peniaga kecil-kecilan baru “ tambahan Dato’ Aliff Syukri

Pada majlis D’HERBS Fantasy Gala Night, Ruby telah memenangi peraduan hashtag #aliffshukriterlajaklaris dan memenangi jam tangan Fossil. Tak sia-sia mekap dan berpakaian Medieval Queen. Hehehehe. Terima kasih Dato’ Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida. Hehehe.

D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-10
D'HERBS-Fantasy-Gala-Night-2

**********************

D'herbs Rani Gel Liner

Rani Gel Liner, nama yang melambangkan kewanitaan. Rani Gel Liner diperbuat daripada bahan semulajadi dan berkualiti tinggi. Penggaris mata yang berasaskan gel ini istimewa kerana ianya adalah kalis air yang senang dicuci dan tidak meninggalkan kesan-kesan hitam pada mata .Ianya mudah digunakan. Ia tidak melekit, pekat dan tidak meleleh pada si pemakai. Rani Gel Liner membentuk alis mata lebih cantik, kemas dan memberi kesan yang lebih dramatik kepada si pemakai persis seorang Maharani. Rani Gel Liner berharga RM23.90.

D'herbs Ratu Henna Inai Tangan Berherba

Ratu Henna Inai Tangan Berherba yang sangat istimewa ini adalah sangat sesuai pada zaman moden ini, memudahkan si pemakai dengan kesan sepantas 15 minit. Ianya juga boleh dibawa solat dan tidak meninggalkan kesan alahan dan gatal pada permukaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk Kemerahan yang lebih berganda perahkan jus limau kasturi bagi memberi warna yang lebih cantik dan menarik. Didatangkan dalam kuantiti sebanyak 30 gram dengan harga RM9.90.

D'Herbs Air Masyur

 

Air Masyur adalah sangat istimewa kerana ia adalah “Kunci Rahsia” Pengasas Dherbs Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang sentiasa tampil bertenaga, sihat dan elegan sepanjang hari. Air Masyur adalah produk air minuman kesihatan yangmengandungi herba- herba dan makanan sunnah seperti ZAFARAN, MADU,HABBATUSSAUDA, GINGKO GILOBA, STEVIA, AIR RO, COLLAGEN dan SARANG BURUNG dan ia sesuai untuk semua peringkat umur sebagai salah satu minuman kesihatan yang memberi tenaga sepanjang hari. Didatangkan dalam kuantiti sebanyak 500ml sebotol dengan harga RM4.50.

Dapatkan produk D’herbs di stokis jamu dan anda juga boleh dapatkannya laman sesawang D’Herbs Healthy Sdn. Bhd.

www.deherbs.com.my

www.facebook.com/DeherbsHealthySdnBhd

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.