Sponsored Video : Nippon VirusGuard

      17 Comments on Sponsored Video : Nippon VirusGuard

Penyedia rumusan salutan (cat) No. 1 di Malaysia, Nippon Paint Malaysia (“Nippon Paint”) hari ini melancarkan salutan yang berfungsi sebagai anti-virus dan anti-bakteria pertama, iaitu Nippon VirusGuard. Formula cat baharu ini menggunakan Teknologi Ion Perak (Silver Ion Technology) untuk menghalang pertumbuhan virus dan bakteria secara berterusan di permukaan yang disalut, serta mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit termasuklah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta H1N1.

Cat bersih berasaskan air ini menghalang pertumbuhan mikro-organisme dengan menggunakan sistem pembebasan ion yang terkawal. Ciri-ciri anti-virus dan anti-bakteria Nippon VirusGuard akan kekal selagi lapisan cat ini masih kukuh, tanpa memerlukan apa-apa rawatan tambahan ataupun kaedah pembersihan khas. Cat ini mempunyai ciri-ciri kurang bau dengan VOC (Volatile Organic Compound) yang rendah, dan juga mesra alam, serta diperakui dengan pensijilan Singapore Green Label Test.

“Apabila kanak-kanak bermain, merangkak atau berjalan, kebiasaannya, mereka akan menyentuh dinding. Kebanyakan daripada kita sering terlepas pandang bahawa dinding merupakan medium yang boleh menyebab dan menyebarkan virus dan bakteria berbahaya, seperti HFMD atau H1N1,” kata Encik Yaw Seng Heng, Pengarah Urusan, Kumpulan Nippon Paint Malaysia.

(from left) Dr Richard Seow, Ms Gladys Goh, Mr Yaw Seng Heng, Mr Ee Ching Wah, Ms. Rachel Leow

Dari Kiri; Dr Richard Seow, Ms Gladys Goh, Mr Yaw Seng Heng, Mr Ee Ching Wah, Ms. Rachel Leow

Sebuah kajian yang dijalankan oleh juruperunding penyelidikan pasaran bebas menunjukkan bahawa 88% ibu-ibu setuju bahawa mereka sering terlepas pandang di mana dinding boleh menjadi medium penyebaran virus dan bakteria manakala 86% ibu-ibu juga berkata mereka jarang mencuci ataupun menyahjangkit bahagian dinding. Lebih kurang 80% daripada responden juga bersetuju bahawa anak-anak mereka menyentuh dinding setiap masa ketika bermain, merangkak atau berjalan – namun tidak seperti lantai atau perabot, dinding sering diabaikan ketika proses pembersihan.

“Nippon VirusGuard yang baru adalah rumusan inovatif dan lestari yang boleh dipercayai keluarga untuk memberikan perlindungan daripada mikro-organisme yang berbahaya, pada masa yang sama meningkatkan estetika persekitaran. Ini boleh membantu menangani satu daripada banyak faktor yang menyumbang kepada penyebaran penyakit berjangkit dan juga dapat mengurangkan kebimbangan ibu bapa, memandangkan mereka tahu bahawa dinding yang sering terdedah kepada anak-anak mereka adalah lebih selamat, selain daripada amalan kebersihan lain,” tambah Yaw.

HFMD adalah penyakit biasa di Malaysia yang menyebabkan penutupan berkala pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dan taska. Dr Chan Yoke Fun, Profesor Madya dari Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Malaya menjelaskan, “Menurut data terkini daripada Kementerian Kesihatan, sebanyak 13,497 kes HFMD dilaporkan di Malaysia tahun ini antara bulan Januari dan April 2015, suatu pertambahan sebanyak 83% berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 7,368 kes. HFMD adalah endemik di Malaysia yang kebanyakannya menjangkiti bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Penyakit ini dicirikan dengan ruam kulit dan ulser di tangan, kaki dan mulut; diikuti dengan demam sederhana antara satu hingga tiga hari. HFMD sering disebabkan oleh virus seperti Coxsackievirus A16 (CV-A16) atau Enterovirus 71 (EV71).”

Beliau turut memberi amaran, “Tempat-tempat biasa yang boleh menyebarkan virus ini termasuklah tempat kanak-kanak berkumpul seperti kawasan permainan, taska, pusat penjagaan harian, tadika dan juga rumah. Benda-benda yang mereka sentuh, termasuklah dinding, alat permainan, tombol pintu dan sinki semuanya boleh membawa virus berkenaan, dan juga bakteria lain. Lebih membimbangkan, HFMD sangat senang berjangkit dan boleh berpindah dengan mudah dari seorang ke seorang melalui perhubungan rapat, batuk, bersin dan sentuhan air liur, najis, cecair lepuh mahupun barang atau permukaan yang dicemari.

(from left) Dr Richard Seow, Ms Gladys Goh, Mr Yaw Seng Heng, Mr Ee Ching Wah, Ms Rachel Leow, and Dr. Chan

Dari kiri; Dr Richard Seow, Ms Gladys Goh, Mr Yaw Seng Heng, Mr Ee Ching Wah, Ms Rachel Leow, dan Dr. Chan

Dr Chan menasihatkan bahawa memandangkan tiada ubat anti-virus ataupun vaksin yang efektif untuk merawat HFMD, ibu bapa dan penjaga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk menangani penyebaran penyakit ini. Ini termasuklah dengan sentiasa mencuci tangan kanak-kanak dan menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Beliau juga berkata, seseorang boleh dijangkiti HFMD lebih daripada sekali kerana terdapat jenis virus yang berbeza.

Pada April tahun ini, Ketua Pengarah Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan, Y. Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa kemuncak jangkitan HFMD berlaku setiap tiga tahun sekali, dan kemuncak terakhir adalah pada tahun 2012 dengan 34,519 kes. Oleh itu, kemuncak yang besar dijangka akan berlaku tahun ini.

Bagi terus mendidik ibu bapa dan penjaga tentang bahayanya jangkitan HFMD, Nippon Paint baru-baru ini telah bekerjasama dengan Kumpulan R.E.A.L Education untuk mengecat semula pusat R.E.A.L Kids di Bukit Jelutong dengan Nippon VirusGuard, bagi mewujudkan kawasan mesra kanak-kanak yang dapat menghalang pelajar daripada dijangkiti HFMD dan bentuk jangkitan virus dan bakteria lain.

Encik Ee Ching Wah, Presiden Kumpulan R.E.A.L Education berkata, “Di R.E.A.L, kami bukan sahaja mengutamakan pendidikan pelajar, tetapi juga kesihatan dan kesejahteraan mereka secara keseluruhannya. Oleh itu, inisiatif bersama dengan Nippon Paint ini amat sesuai dan tepat pada masanya kerana ia menyokong usaha berterusan kami dalam melindungi kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Dengan tadika yang juga berfungsi sebagai ‘rumah kedua’, kami bertekad ke arah mewujudkan, mengekalkan dan menaiktaraf persekitaran yang bersih dan menyeronokkan untuk kanak-kanak kita; di samping mendidik mereka tentang kepentingan kebersihan dan memupuk amalan-amalan kebersihan yang baik. Kami juga memastikan bahawa semua tadika dan sekolah kami dilengkapi dengan peralatan kebersihan yang mencukupi untuk tujuan ini.”

Mengulas lanjut tentang Nippon VirusGuard sebagai salah satu inovasi pertama dalam industri, Dr Richard Seow, Ketua Pegawai Teknologi Nippon Paint South East Asia (NIPSEA) berkata,  “Ion perak adalah satu daripada anti-mikrobial semulajadi dan tertua di dunia, yang membentuk asas aktif pada lapisan Nippon VirusGuard bagi menghalang pertumbuhan virus dan bakteria. Teknologi Ion Perak menggunakan pendekatan 3-langkah iaitu menghapuskan fungsi virus dan bakteria, menghentikan virus dan bakteria daripada membiak dan bertambah, dan menghalang pertumbuhan bakteria dengan memperlahankan metabolismenya. Ini membolehkan Nippon VirusGuard memberi kesan anti-mikrobial yang berterusan kerana ion perak tidak boleh ditanggalkan dengan mudah.”

Berkenaan dengan jenis-jenis virus dan bakteria yang boleh dicegah, katanya, “Nippon VirusGuard meningkatkan pertahanan terhadap penyebaran penyakit berjangkit dan mencegah pertumbuhan virus seperti Coxsackievirus A16 (CV-A16) yang menyumbang kepada HFMD ataupun virus H1N1 yang menyebabkan Influenza A. Ia juga menghapuskan organisme bakteria seperti E. coli dan MRSA (Methicillin-Resistant Staphylococcus aureus).”

Ujian awal terhadap keberkesanan anti-virus yang dilakukan oleh ATS Labs, sebuah makmal bebas yang diakreditasi berpangkalan di Amerika Syarikat, telah menunjukkan pengurangan lebih daripada 90 peratus HFMD dan virus influenza H1N1 dalam tempoh pendedahan selama 24 jam berbanding keputusan pada cat biasa.

Mr Yaw and Mr Ee at the launching of Nippon VirusGuard Screen Shot 2015-11-28 at 12.30.59 PM

Inovasi produk yang membawa kepada hasilan produk revolusi termasuklah Nippon VirusGuard yang terbaru, sering menjadi fokus utama falsafah perniagaan Nippon Paint. Yaw menjelaskan, “Sejak bertahun-tahun, Nippon Paint sebagai penyedia rumusan salutan penuh No. 1 di Malaysia telah menerajui satu siri inovasi industri pertama di pasaran. Selain daripada Nippon VirusGuard dalam kategori salutan berfungsi, kami adalah yang pertama dalam industri untuk memperkenalkan salutan Nippon Odour-less yang pada hari ini menjadi standard dalam industri cat. Selain itu, kami juga adalah yang pertama melancarkan Nippon Odour-less AirCare, yang dapat memperbaiki kualiti udara bahagian dalaman bangunan dengan menyerap formaldehid yang merbahaya. Kami juga menawarkan salutan yang dapat mengurangkan suhu permukaan luaran dan suhu bilik dalaman sehingga lima darjah Selsius untuk lebih keselesaan.”

Sejajar dengan penstrukturan semula jenama dan korporatnya daripada “The Paint Expert” (Pakar Cat) kepada “The Coatings Expert” (Pakar Salutan), hari ini Nippon Paint berkemampuan untuk memberi perkhidmatan kepada pelbagai segmen seperti Pembinaan, Perlindungan, Perindustrian, Automotif dan Marin, menyalut pelbagai permukaan daripada besi ke kayu, jubin, simen, batu loh (slate), kaca malahan plastik – dalam kategori fungsi dan juga estetika.

 

Nippon Paint Virus Guard
Nippon VirusGuard boleh didapati dalam pelbagai jenis warna melalui 1,500 kedai penjual di seluruh negara. Harga pasaran Nippon Paint Virus Guard adalah RM 50 / 1L dan RM192 / 5L. Kunjungi laman sesawang Nippon Paint Malaysia atau ke kiosk Nippon Paint berdekatan anda.

www.facebook.com/nipponpaintblobbies

17 comments on “Sponsored Video : Nippon VirusGuard

  1. Arisa

    Think I can finally paint walls with this odorless paint! Having a sensitive nose makes painting difficult for me as I can’t stand the smell 🙁
    I like Nippon’s latest textured paint though:D

    Reply
  2. Betty Liew

    I heard before regarding the paint that come out actually harm to our body. Thanks to Nippon for inverted a virus guard paint that safe for us.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge