Hamil Kali Ke-2 : 15 Weeks Pregnancy Uterine Fibroid Ketika Hamil

Masa Ruby hamilkan Adam, atau selama ruby hidup di muka bumi Allah ni. Ruby tak terfikir pun akan ada Fibroid, ketumbuhan atau kanser sekali pun. Memang ruby jaga makan dan kesihatan. Minum air kosong dan amalkan ulam-ulam. Tetapi bila pemeriksaan kehamilan beberapa minggu lepas buat ruby terkejut. Ya, ruby nak anak kembar. Tetapi bukanlah Fibroid yang membesar bersama anak yang sedang ruby hamilkan. Bila ruby refer beberapa orang doktor. Terdapat dua jawapan Ruby terima. “Fibroid bukan kanser, insyaAllah ia akan menegecut bila baby semakin membesar di dalam rahim”. Yang doktor kedua pula cakap ‘Fibroid bukan kanser, ia akan membesar seiring bersama baby dan jika rahim rendah, kemungkinan perlu bersiap sedia untuk kelahiran awal iaitu pramatang”. Dua-dua nasihat ini Ruby terima dan ambil sebagai rujukan. Daripada kita pura-pura tak tahu dan anggap semuanya akan okay. Lebih baik Ruby tahu.

Hamil Kali Ke-2 : 15 Weeks Pregnancy Uterine Fibroid Ketika Hamil

Doktor ada maklumkan, bila kita rasa berat badan naik mendadak selepas berpantang. Mungkin Fibroid sedang aktif. Membesar sedikit demi sedikit. Kerana Fibroid ni menyedut semua kebaikan dalam badan kita. Sel darah pun akan ke sana. Ibarat macam ada hidupan lain dalam badan yang perlu diberi makan. Tetapi Ruby akan berasa lapar sentiasa. Berat badan pun bertambah tanpa disedari. Hehehe.

Doktor juga tidak akan melakukan apa-apa pembedahan sepanjang ruby hamil, cuma ruby akan ada pemeriksaan berkala bersama doktor sebulan 2 kali. Bila dah tahu ada Fibroid, Ruby lebih kena banyak kurangkan stress, tak boleh nak marah-marah sangat. Kena banyak rehat. Makanan pula semuanya go green aje sekarang. Nasib baik faveret ruby makan ulam-ulam. Jadi tiada masalah kalau makan nasi putih dan ulam sahaja. Makanan pedas pun ruby dah avoid. Dulu tengok kawan-kawan hamil makan semua benda, kita pun nak cuba untuk hamil nombor 2 ni. Tapi ternyata, lain yang ruby terima. Huhuhu. Tak semestinya apa yang baik untuk diri kita, baik untuk orang lain kan. Hurrmm. No more fast food walaupun terdesak. Kemudian lifestyle banyak juga berubah. Ruby dah tak boleh angkat benda berat-berat. Dukung Adam tu masih boleh digagahkan lagi. Ruby juga amalkan jus buah yang antioksidan. Minum pati buah delima. Ruby amalkan pati buah delima dari trimester pertama lagi. Tapi trimester ke dua pula dapat kesan Fibroid. Memang pelik percaturan Allah s.w.t. Umur Ruby 28 pula tu, bila google berkenaan Fibroid macam-macam cerita keluar.

Hamil Kali Ke-2 : 15 Weeks Pregnancy Uterine Fibroid Ketika Hamil

Ada yang mengatakan Fibroid sering berlaku pada tempoh subur seseorang wanita, iaitu pada usia 30 tahun ke atas. Kemudian jika 30 tahun ke bawah ia mungkin faktor genetik dan keturunan. Masalahnya dalam family Ruby tiada siapa ada Fibroid. Seperti yang Ruby maklumkan, Ruby percaya ini ujian Allah s.w.t untuk insan yang terpilih. Ruby juga percaya apabila melahirkan anak, terhapus dosa Ruby kerana berjuang syahid melahirkan khalifah di muka bumi ini. Doakan sepanjang hamil ini Ruby lebih kuat nak hadapi dugaan ini. Semoga anak dan ruby selamat melahirkan. Maafkan kesilapan Ruby selama hari ni. Jika apa yang Ruby bantu sesama insan ada rasa iri hati dan dengki, Ruby minta maaf. Rezeki ini dari Allah s.w.t. Anda juga berpeluang untuk mendapatkannya. InsyaAllah. Jangan ada sikap negatif dalam diri kita. Ruby sering terapkan aura positif agar kita semua bahagia dunia dan akhirat. Amin.

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Hamil Kali Ke-2 : 15 Weeks Pregnancy Uterine Fibroid Ketika Hamil

    rozita

    (December 4, 2017 - 4:01 pm)

    tolong saya cik ruby….boleh bagi penjelasan tentang fibroid

    saya di sahkan ada fibroid 10 minggu lima hari

    fibroid saya 4.2

    SALIZA SACHARI

    (November 2, 2017 - 11:31 am)

    sis ruby, macamna keadaan fibroid sekarang? da buang ke? atau mengecut sendiri?
    https://www.tonikmerah.com/

      Ruby

      (November 7, 2017 - 8:05 am)

      Saya pun tidak pasti. nanti nak pergi cek, kena scan dekat sonoworld. hehe

    Ita

    (April 12, 2016 - 12:09 am)

    Salam, boleh share lg mcm mana progress ruby & baby? And the fibroid. Thanks in advance.

    akubiomed

    (November 26, 2015 - 1:34 pm)

    Tanniah dan semoga semuanya dipermudahkan. Ameen…
    akubiomed´s last blog post ..Xiaomi Xiaoyi Ants Camera bajet untuk pemantuan keselamatanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.