Sate Dan Sejarahnya Di Galeri Sate Kajang

      21 Comments on Sate Dan Sejarahnya Di Galeri Sate Kajang

Fuhhh kalau bercerita berkenaan makanan, memang ruby suka. Terutamanya yang kegemaran ruby lah kan. Sate atau satay di dalam bahasa inggerisnya menjadi makanan masyarakat di Malaysia sejak berabat lamanya. Malah ia menjadi sinonim kepada makanan wajib dinikmati jika pelancong melancong ke Malaysia. Keenakan sate sangat digemari malah resepi juga telah diolah dari biasa-biasa kepada luar biasa. Jika dulu sate dimakan bersama sup dan nasi impit, tetapi kini ia dimakan bersama kuah kacang. Malah ditambah dengan sayuran timun dan bawang. Adakah sate ini menyihatkan? Jom ikuti pengalaman mengetahui sate dan sejarahnya di Galeri Sate Kajang.

Apa itu sate?

Sate adalah masakan dari hirisan kecil makanan seperti ayam, daging, perut, arnah dan sebagainya yang dicucuk pada hujung batang lidi atau buluh dan dibakar di atas arang yang sedang panas membara.

Menurut Ensiklopedia Dunia Melayu (jilid 5), sate adalah beberapa ketulan kecil daging yang dicampurkan dengan rempah atau adas (ramuan herba) manis, serai, kunyit, garam, gula, serta air asam jawa. Ensiklopedia Malaysiana (jilid 2) juga memberikan pengertian yang sama dan ditambah dengan lebih khusus iaitu – kemudian daging dicucuk menggunakan rautan lidi atau buluh yang panjangnya hingga kira-kira 10 sentimer.

Pada masa dahulu sate dicucuk pada batang lidi. Sesuai dengan keperluan sate dan perkembangan zaman sekarang sate dicucuk pada batang buluh yang diproses.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaam Melayu (jilid 4) pula menjelaskan sate sebagai makanan tradisional yang diperbuat daripada daging, ayam, perut lembu yang dipotong kecil-kecil, dicucuk pada lidi dan dipanggang. Sate dimakan dengan kuah yang dimasak daripada kacang tanah bercampur cili, rempah, gula dan asam. Untuk membuat sate, daging lembu, kambing atau ayam perlu dipotong kecil-kecil dan diperap beberapa waktu bersama-sama campuran ketumbar, jintan manis, serbuka kunyit, gula dan garam. Semasa memanggang, sate harus dibalik-balikkan dan dibasahkan dengan merenjiskannya dengan minyak menggunakan batang serai. Sate dimakan bersama-sama ketupat nasi, timun dan bawang besar.

Sejarah Sate

Di Malaysia, lokasi sate yang paling diingati sehingga kini adalah di daerah Kajang. Kajang terletak di Selangor. Daerah ini terkenal dengan pelbagai kedai sate. Tetapi yang utama adalah Sate Haji Tasmin. Sate di Kajang dipelopori oleh Hj. Tasmin b. Sakiban pada tahub 1917. Beliau berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Pada tahun 1914, Hj. Tasmin tiba di kajang melalui sungai langat dan beliau berlabuh di tebing Sungai Jelok (kini lokasi itu adalah belakang plaza metro). Haji @ Wak Darmon, iaitu bapa saudara Hj. Tasmin yang mengajaknya datang ke Kajang. Adik kandung Hj. Tasmin, iaitu Rono bin Sakiban sampai ke Kajang lebih awal iaitu pada tahun 1911. Hj. Tasmin memulakan perniagaannya di Kajang dengan menjual sup dan nasi kepal / ketupat. Pada tahun 1917 Hj. Tasmin memulakan perniagaan satenya. Pada ketika itu, semua pelanggan memakan sate dengan mencelup sate ke dalam satu mangkuk kuah yang besar.

Sate dan Sejarahnya

Sate dijual secara berkandar di sekitar kawasan Kajang bermula dari Kampung Paya, batu 14 hingga pekan Kajang. Penjaja sate ini akan menyinggah ke rumah-rumah yang memanggilnya di sepanjang perjalanan. Rono turut membantu Hj. Tasmin untuk menjual sate secara sambilan. Beliau bekerja di ladang getah beberapa tempat seperti di West Country, Kajang. Maklum balas daripada pelanggan telah mengubah cara sajian sate. Hj. Tasmin memperkenalkan mangkuk besar dan kecil untuk setiap pelanggan. Para pelanggan tidak lagi berkongsi mangkuk untuk mencelup kuah sate. Kemudiannya mangkuk kecil dan cili disediakan untuk pelanggan yang inginkan rasa kuah yang pedas. Ada pendapat mengatakan Wak Darmon juga menjalankan perniagaan sate selepas Hj. Tasmin. Perniagaan sate Wak Darmon diteruskan oleh anaknya Wak Bagong dan menantu lelakinya Rono Sakiban.

Keistimewaan-Sate-Dan-Sejarahnya-6

Keistimewaan-Sate-Dan-Sejarahnya-24Pada awal 1940, sate dijual menggunakan kereta tolak dan berhenti di kedai kopi Ban Seng di Jalan Sulaiman sekarang. Pelanggan sate akan duduk di sekliling kereta tolak dan ada juga yang makan didalam kedai kopi. Saye di Kajang seterusnya berkembang di gerai-gerai sate, medan sate lama dan baru serta menerima tempahan untuk jamuan di semua peringkat. Sekarang sate dihidangkan di hotel-hotel besar dan juga dalam sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Tetapi kenapa sekarang tiada nama sate Hj. Tasmin? Pelik kan? Apabila melawat Galeri Sate di Kajang, sedikit sebanyak Ruby dapat memahami sejarah Sate di Kajang.

Keistimewaan-Sate-Dan-Sejarahnya-20

Keistimewaan-Sate-Dan-Sejarahnya-10

Puan Jani dan Encik Shahbuddin merupakan cucu Haji Tasmin yang mengembangkan perniagaan sate hingga ke hari ini. Puan Jani mengusahakan perniagaan bersama-sama suaminya, iaitu Haji Samuri dan anak-anak. Encik Shahbuddin pula, menjalankan perniagaan bersama ibunya, Hajah Ramlah (isteri Allahyarham Haji Amir Tasmin) dan keluarganya.

Sate Kajang Haji Samuri sangat terkenal sehinggakan pelanggan dari seluruh negeri sanggup ke kajang untuk menikmati sate dari legasi tersebut. Oleh kerana permintaan tinggi, Sate Kajang Haji Samuri telah melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan berperingkat di seluruh Malaysia.

Peluang Perniagaan Sate

Bagi Ruby, jika ingin makan Sate Kajang Haji Samuri mesti ke Kajang. Restoran utama mereka masih mengekalkan kesegaran dan keenakan sate. Tidak seperti cawangannya yang menyediakan sate yang sering diulang bakar. Adakalanya ruby dapat sate sejuk di cawangan Sate Kajang Haji Samuri. Perniagaan sate semakin meriah pada masa kini, ramai berniaga sate dengan resepi tersendiri. Diantara perniagaan sate selain Sate Kajang Hj. Samuri adalah Mohd Salleh Bin Haji Rono Sate Kajang, Sate Emas Kajang, Willy Satay. Malah bukan sahaja di Kajang sahaja memiliki sate yang enak. Di kawasan rumah Ruby di Ampang juga terdapat Zaini Satay. Oleh kerana Haji Tasmin memperkenalkan sate kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita beruntung menu ini kekal sehingga ke hari ini!

Keistimewaan-Sate-Dan-Sejarahnya-40

Adakah sate ini menyihatkan? Bagi ruby jika kena dengan restoran bersesuaian, pasti ia menyihatkan. Isi ayam / daging yang dipotong tipis dan dibakar mengandungi protein, kuah kacang, sayuran timun, antioksida dari bawang merah dan karbohidrat dari nasi impit / ketupat. Sate boleh jadi sajian makan malam bagi ruby jika 5 elemen ini lengkap disediakan. Kebanyakan kedai sekarang tidak menyediakan bawang merah dan timun dalam kuantiti yang bersesuain sebagai ajen antioksida. Jadi sebagai pelanggan kita wajib tahu apa keperluan badan kita. Order lebih bawang merah pun bagus. Hehehe.

Galeri Sate Kajang

Lokasi Galeri Sate Kajang agak rumit untuk ke sini kerana lokasi ini berdekatan dengan pembinaan projek MRT. Stesen MRT yang akan didirikan adalah stesen Kajang. Stesen Kajang adalah stesen terakhir diantara Sungai Buloh – Kajang Line.

mrt-malaysia-route-map

Semasa ruby ke Galeri Sate Kajang, ruby berpandukan Google Maps dan WAZE. Ruby cari lokasi “Medan Satay Kajang”. Dari MRR2 Ampang, ke Jalan Sungai Besi dan memasuki Lebuhraya SILK. Masuk simpang Sungai Ramal dan Sungai Chua. Kemudian masuk simpang kiri ke Restoran Sate Kajang Hj Samuri. Tetapi jalan terus dan perhatikan simpang kiri. Nanti dah siap pembinaan MRT. Munkin laluan asal di anak panah kuning tu akan digunakan untuk memudahkan pengunjung ke Galeri Sate Kajang.

Keistimewaan-Sate-Dan-Sejarahnya-33

Galeri Sate Kajang Maps

Keistimewaan-Sate-Dan-Sejarahnya-37
Galeri Sate Kajang beroperasi setiap Sabtu – Khamis dari 11 pagi hingga 8 malam. Waktu rehat pada 3 petang hingga 4 petang. Setiap hari jumaat galeri akan tutup. Masuk adalah PERCUMA!
Lawatan ke Galeri Sate Kajang adalah kerana waktu hamil kali ke 2 ni, Ruby suka sangat makan sate. Hahaha. Jadi, ruby ambil kesempatan untuk buat sedikit rujukan tentang makanan ini. Hehehe. Terima kasih Gaya Travel kerana memberi guide line ke Galeri Sate Kajang. Jenuh juga la mencari lokasi. Jika ingin mengetahui program berkenaan sate, boleh rujuk laman sesawang Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang. Diharap perkongsian Ruby ni dapat membantu pengunjung lain. InsyaAllah.

21 comments on “Sate Dan Sejarahnya Di Galeri Sate Kajang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge