Masih ingat lagi suatu ketika dulu kita sama-sama laksanakan program Kitar Semula? Seingat Ruby, Ruby hanya amalkan ketika berada di luar rumah. Masa di stesen pam minyak, LRT, KTM, Pusat membeli-belah dan kawasan orang awam. Sebab di kawasan ini menyediakan tong sampah khas. Untuk kertas, plastik dan kaca. Bagus kan? Tetapi kenapa kita tidak amalkan di rumah? Bila difikirkan balik, kita lebih banyak menghasilkan sampah di rumah. Nak memasak pun dah hasilkan sisa sampah. Buka hadiah pun dah hasilkan sampah. Pasang perabot pun sudah hasilkan sampah. Hurmmm. Jadi memang wajib asingkan sampah demi masa depan kita semua. Betul tak?

Jika dulu Program 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) adalah amalan yang dapat menjimatkan pengunaan wang seharian,

  1. Amalan Kurangkan (Reduce) dapat mengelakkan pembaziran barangan dan wang.
  2. Amalan Guna Semula (Reuse) mengelakkan pembelian bahan baru. Sebagai contoh, penggunaan produk isian semula lebih murah dan mesra alam.
  3. Amalan Kitar Semula (Recycle) selain dapat menjana tabungan dengan menjual kepada pusat kitar semula atau pembeli barangan kitar semula berdekatan.

Selain itu, usaha kerajaan juga telah mengadakan Hari Kitar Semula Kebangsaan bermula pada tahun 2001. Hari Kitar Semula Kebangsaan telah ditetapkan pada setiap 11 November dan ini adalah acara tahunan. Hari Kitar Semula pertama telah dilancarkan di stesen LRT Bukit Jalil dan berlangsung selama setahun dengan lebih banyak kempen agresif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keperluan menjadikan kitar semula sebagai sebahagian daripada cara hidup mereka.

Tapi kempen itu hanya bertahan di luar rumah sahaja. Di rumah amalan asingkan sampah sangat berkurangan. Ruby ambil contoh di kediaman Ruby semasa tinggal di flat PPR dan apartment. Beza kedua-dua rumah ini adalah sikap manusia yang tinggal di sini. Di flat PPR, mereka kumpulkan sampah tanpa asingkan dan campak dari atas rumah ke tong sampah bawah. Memang tiada sivik punya perangai. Kita ni lalu lalang di koridor rumah flat berisiko dibaling sampah. Manakala jika penduduk yang berakal, mereka akan asingkan sampah dan beritahu penjaga rumah sampah bahawa ini barang yang boleh dikitar semula. Tong sampah besar yang disedeiakan kesemuanya bewarna hijau, jadi jika ingin buang sisa pepejal akan dimasukkan ke dalam tong tersebut. Jika untuk kitar semula kami akan susun di tepi rumah sampah. Cuma dulu tiada jadual pemberitahuan bila waktu lori kitar semula akan ambil. Disebabkan itu kebanyakan barang kitar semula telah diambil oleh penagih dadah dan gelandangan. Oleh kerana pusat kitar semula semakin banyak, kami ambil inisiatif untuk bawa barang kitar semula ke sana. Mereka timbang dan bayar kepada Ruby. Hehehe.

Di apartment yang ruby duduki sekarang ini, ada juga penghuni yang tidak asingkan sampah. Tetapi kes baling sampah dari atas tidak ada. Kerana di sini ada kawalan CCTV dan persatuan penduduk di sini tegas dalam menjaga alam sekitar. Cuma inisiatif untuk asingkan sampah kena laksanakan. Mungkin Ruby akan edarkan poster kepada pihak pengurusan untuk ditampalkan di bahagian lift dan papan kenyataan. Hehehe.

Bagaimana ruby asingkan sampah?

Ruby dengan suami memang suka asingkan sampah. Cara kami mudah aje. Tak keluarkan kos besar. Beli plastik sampah pun yang boleh dikitar semula jika dibuang bersama sisa pepejal.

Wajib Asingkan Sampah Demi Masa Depan Wajib Asingkan Sampah Demi Masa Depan Wajib Asingkan Sampah Demi Masa Depan Wajib Asingkan Sampah Demi Masa Depan

Bila dah ada anak, satu lagi bakul sampah disediakan. Iaitu untuk pampers Adam. Hahaha. Sampah sisa makanan, pepejal Ruby akan suruh suami buang setiap hari. Tidak mahu ada ulat dan serangga beterbangan. Boleh pengsan kalau dibiarkan. Kemudian bahan recycle tu Ruby akan letak di tepi rumah sampah tiap hari Isnin. Hehehe. Lagi pula Ruby tidak tahu jadual bila lori sampah akan datang. Kalau dapat tahu hari lori sampah datang untuk sisa pepejal dan kitar semula mesti baguskan? Tambahan pula Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sedang berusaha untuk melaksanakan Waste To Energy. Jadi, Ruby akan berasa seronok berbakti pada alam sekitar, daripada kita kitar semula barang dan kena pergi ke pusat kitar semula yang jauh tu. Lebih baik kita memberi kerjasama kepada Program Waste To Energy. Kan?

Wajib Asingkan Sampah Demi Masa DepanWajib Asingkan Sampah Demi Masa DepanWajib Asingkan Sampah Demi Masa DepanWajib Asingkan Sampah Demi Masa Depan

Pihak kerajaan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat mulai 1 SEPTEMBER 2015. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

www.facebook.com/KPKTMalaysia

www.facebook.com/swcorpMY

www.instagram.com/swcorp_MY

660 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer and youtuber at ruby.my. The content of this blog consisting sponsor and personal shopper experience. As i'm write up something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy. -Ruby.MY-

18 Comments

  1. Ini perlu dilaksanakan di rumah, diperkukuhkan di sekolah dan dikuatkuasakan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan. Jika di Barat telah lama mengamalkannya dan berjaya, tidak mustahil Malaysia juga mampu melakukannya, malah dengan lebih baik!
    Rawlins GLAM´s last blog post ..30,000 Is Waiting For You!My Profile

  2. Saya setuju sesangat initatif ini.. tapi ini pun kita dah lambat .. Bila Miera berada di Jerman dan Eropah, mereka dah lama buat initiatif ini dan sesiapa yang tidak patuh kena denda…ini 15 tahun dahulu… harap 2 kita berterusan dan juga hapuskan beg plastik dengan adanya no plastic bag day setiap hari….baru orang boleh bawakan beg sendiri dan belajar… ni satu hari seminggu buat pening kepala orang sahaja…
    Miera Nadhirah´s last blog post ..A lovely stay at Vistana PenangMy Profile

  3. Saya menyokong usaha untuk mengasingkan sisa sampah dan kitar semula. Pelaksanaan Akta 672 adalah tepat kerana nak dibandingkan peratusan kitar semula di negara ini masih rendah pada kadar 10.5% dan sisa pepejal yang di janakan mencecah sehingga 33,000 tan sehari didalam masa setengah dekat berbanding 17,000 tan sisa pepejal purata 17,000 tan sehari pada tahun 2005.

    Teknologi WtE antara teknologi alternatif yang perlu diterokai didalam penjanaan tenaga perbaharui menganti tenaga fosil seperti arang batu(yang semakin mahal) dan gas. 95% hingga 97% daripada sisa pepejal yang dikutip di Semenanjung Malaysia dibuang ke tapak pelupusan begitu sahaja, manakala sekadar 3% hingga 5% dikitar semula. Berbanding di negara maju pula seperti Switzerland antara negara yang mencapai kadar kitar semula 52%, Austria 49.7%, Jerman 48%, Netherlands 46% dan Norway berada di kedudukan kelima 40%.

    Negara maju seperti Denmark, loji Waste to Energy telah menyumbang 80% tenaga haba dan 20% tenaga elektrik untuk penduduk sekitar tempat loji. Negara jiran kita Singapura mempunyai loji WtE yang terbesar mampu mengendali lebih kurang 3,000 tan sisa pepejal dan menjana 150 MWh tenaga elektrik setiap hari,

    Banyak usaha perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan NGO untuk mengadakan kempen kesedaran dan penerangan kepada masyarakat.
    akubiomed´s last blog post ..Asing sampah dahulu baru buang.My Profile

Leave A Reply

CommentLuv badge