Selamat kembali ke sekolah!!! Tiba-tiba ingin bercerita pengalaman Back To School ruby. Sejak ada anak ni, memang secara automatik ingin plan apa seterusnya perlu disediakan untuk permata hati ni. Kalau boleh, ruby ingin berikan yang terbaik. Supaya mereka tahu ibu dan ayah sayang sangat kat mereka. Hehehe.

Zaman Ruby dulu, sama macam zaman sekarang. Persamaannya adalah ketika itu zaman inflasi. Emak dan Abah tidak banyak berbelanja untuk persediaan sekolah. Asalkan cukup pun dah okay. Ruby pula ikut kan aje. Takda nak meminta yang pelik-pelik.

TADIKA KEMAS

Kain ela untuk baju uniform mak jahit

Kasut selipar je hahaha.

mph back to school TMG-Mart-Back-To-School-Promotion Popular-Book-Back-to-School-Promotion1

SEKOLAH RENDAH

Bag Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama

2 bag Swan – Darjah 1 sampai Darjah 5. Suka sebab bag besar dan ada tempat simpan botol air. Lama juga bag ni bertahan. Tiap tahun kalau masuk tahun baru. Mesti mak tanya nak tukar bag tak? Jawapan ruby tak nak.

2 bag Puma – Darjah 6. Waktu ni rasa dah malu nak pakai bag Swan, jadi pakai bag satu zip atas dan satu zip luar.

Peralatan Alat Tulis

Mak beli set Faber-Castell setiap tahun. Pakai dan jaga sebaik mungkin. Hilang tiada gantinya tau. Hahaha. Sebab set tu lawa tau. Ada magic color, pensel warna, pemadam, pembaris, pensel tekan, pen, crayon dan macam-macam lagi. Kalau pensel 2B hilang, sila pakai pensel merah HB yang dijual di kedai koperasi tu. Tulis sampai terkoyak buku pun tak nampak apa yang ditulis. Hahaha.

Kasut Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama

Tiap tahun jenama tak berubah. Beli pun 2 tahun sekali. Kasut jenama SPARK. Hehehe. Selesa kasut ni sebab sponge tebal. Bila hujan, hahaha. Lenjun basah teruk. Basuh kasut ni tiap hari jumaat dan keringkan selama 3 hari tau. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jika tidak kering, kapur la macam mana pun. Nampak kesan lebamnya. hahaha.

Pakaian Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama

Sekolah Kebangsaan Baju Kurung Putih dan Kain Biru Gelap. Sekolah Agama Baju Kurung Putih dan Kain Hijau. Tiap tahun ruby akan pakai baju dari jenama canggih tu. Masa tu mak akan beli baru jika saiz baju dah sendat dan dah nampak kekuningan lusuh tu. Kalau poket terkoyak mak boleh jahitkan, tapi kalau lusuh macam nak terkoyak tu. Memang mak tukar lah. Ada masanya baju sekolah, tudung, kain ni tak tentu bila nak rosak teruk. Kadang pertengahan semester dah rosak. Jadi mak akan standby setiap tahun top up beli satu baju masa jualan murah. Kalau perasan promosi back to school yang nak hujung-hujung tu lah jualan murah best. Dekat Kambar, SOGO, Globe. Lokasi kat situ je kami membeli-belah.

Yuran Sekolah

Mak mesti teman ke sekolah, tak kira lah darjah 1, 2, 3, 4, 5, 6 ni. Sebab mak akan selesaikan bayaran yuran. Lepas tu mak pergi kedai koperasi beli buku. Kadang senarai buku di koperasi tu kemain panjang. Buku tu entah diperlukan ke tidak pun mak tak tau. Jadi, masa hari pertama tu mak akan tanya banyak soalan kat guru kelas. Walaupun dia bukan guru matematik, bahasa melayu dan guru sukan. Kena jawab semua soalan mak. Hahaha! Yelah, mak akan berada di sekolah sampai ruby balik tau. Jadi sementara ruby dekat kelas, mak akan pergi selesaikan apa kerperluan yang diperlukan oleh ruby. Nanti nak datang lagi dah susah. Sebab adik-adik dihantar dekat pengasuh untuk jaga. Sehari ni amat bermakna untuk mak selesaikan semua hal sekolah ruby.

Bekal Makanan Ke Sekolah

Mak memang bekalkan makanan dan minuman tiap hari. Tapi masa di kantin sekolah, rakan-rakan pula paw makanan kita. Kesian setiap hari kawan tu tak diberi duit belanja, malah dia tak bawa bekal. Tapi saya pun lapar. Hurmmm. Dia pula makan sampai habis bekalan saya. Seminggu kena mcm tu, terus bagi tau mak. Mak sediakan extra bekal supaya bleh standby jika ada yang perlukan makanan. Pernah saya bawa nasi lemak sampai 20 bungkus untuk bagi kawan-kawan. Tapi kena tangkap dengan makcik kantin sebab saya dituduh jual nasi lemak secara haram. Hahaha. Kena jumpa pengetua sekolah terus. Mak pun kena telefon suruh datang. Bila dah explain. Ramai rakan kelas dapat Skim RMT (Rancangan Makanan Tambahan), Program Susu Sekolah (PSS) dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Yay!

AEON-BiG-back to school sogo-back-to-school Tesco-Back-to-School-Promotion The-Store-Back-To-School-Bag-Promotion

SEKOLAH MENENGAH

Bag Sekolah Menengah

Puma – Bag dari darjah 6 tu elok lagi. Jadi ruby akan pakai sampai dah tak boleh pakai. Hahaha.

Adidas – Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5. Setiap tahun tukar rekaan bag tapi jenama yang sama. Jiwa remaja dah mai dah. Suka kumpul bag. Hahaha. Kadang bag adidas yang lain tu ruby guna untuk waktu ko-kurikulum pada sesi petang. Ada bag untuk pergi tuisyen sahaja. Pakai sampai koyak. Hehe

Peralatan Alat Tulis

Masa ni tak bawa alat tulis macam zaman sekolah rendah. Pen 3 batang, pensel tekan, lid pensel tekan, pemadam dan pembaris. Hahaha. Setiap tahun begitulah. Pensel box pun tak ada. Sebab masa tingkatan 1 asyik hilang je barang. Letak sticker nama pun hilang juga. Jadi bawa macam tu je lah. Hehehe.

Kasut Sekolah Menengah

Pallas Jazz – Kasut ni memang trend masa sekolah dulu. Tapi kualiti out. Serius out. Mesti koyak cepat, tapak cepat haus. Tapi ruby masih beli kasut sekolah jenama ni sampai tingkatan 5. Dari warna putih hingga warna hitam untuk kasut pengawas.

Pakaian Sekolah Menengah

Pakaian masa sekolah menengah pun baru sebab baju putih dan kain biru laut tu. Badan pun semakin berisi. Jadi memang kena tukar serba serbi. Tambahan saiz untuk baju sekolah rendah potongan dia kecil. Hahaha. Baju sekolah menengah memang banyak pilihan. Mak beli yang besar-besar, senang boleh pakai lama katanya.

Elok pada tingkatan 4 Ruby dilantik jadi pengawas sekolah dan pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Akak kawasan sangat kan. Dah kena melabur untuk pakaian rasmi, blazer, skirt, kemeja, baju kurung yang serba serbi hijau dan name tag. Mak masa ni tak cukup duit. Nasib baik ada Biasiswa Baitulmal. Masa tu elok duit masuk. Terus minta izin dekat cikgu. Nak keluarkan duit untuk kos pakaian pengawas. Selama ruby bersekolah, ruby tak aktif pasukan pakaian seragam pun. Sebab tahu mak tak mampu nak beli baju kadet polis, bomba, pbsm semua tu. Memang rekod ko-kurikulum tak berapa cantik pun. Hahaha. Sukan dan persatuan ruby aktif lah. Tapi lapar gila bila sampai ke petang kena tunggu KOKO tu selesai.

Yuran Sekolah

Masa ni mak mula beri kepercayaan untuk ruby pegang duit. mak cakap tak datang sekolah. Tapi mak skodeng ruby dari jauh. Hurmmmm. Gigihnya seorang ibu. Tapi ruby memang baik, mak bagi duit. Ruby balik bawa resit. Apa je notis yang sekolah bagi, mesti bagi mak baca. Jujur itu penting!

Bekal Makanan Ke Sekolah

Dah tak bawa dah. Sebab dah besar kononnya. Hahaha. Sebenarnya cikgu sukan komplen cakap ruby overwight. Ikut BMI tu lah. Takut!! Jadi kena diet.

Plan Untuk Anak-Anak Ruby

Ruby akan cuba sebaik mungkin plan apa yang sesuai, wajib berjimat dan paling utama ia lengkap. Ruby taknak anak-anak pinjam hak orang lain. Ruby nak mereka bersedia setiap kali ke sekolah.

xoxo!

240 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge