Mengidam Green Curry, Bubur Teo Chew Dan Tom Yum Di Lodge Paradize Hotel Coffeehouse

Ruby memang suka Asian Food. Banyak makanan enak dapat dikongsikan dari negara-negara Asia ni. Tapi-tapi lagi membuatkan selera naik bila waktu hamil ni. Hah! Serius Ruby mengidam teruk! Ruby nak Tom Yum, tapi nak yang sedap okay. Setakat cair dan isi biasa-biasa aje tu bukan dalam senarai. Memang takkan habis makan! Kemudian nak bubur nasi style masakan cina yang ada lauk macam-macam tu. Mana nak cari? Kalau ada pun jauh atau tak sedap! Lagi satu menu gigih ruby minta suami carikan adalah Green Curry! Hahaha. Mana nak cari?? Kebiasaanya mesti tak kena tekak dan tak sedap. Selama hamil ni, membebel la di social media nak itu ini. Minta kawan-kawan rekemen restoran sedap. Satu hari menerima mesej dari Abang Juan dari www.ewahewah.com. Jadi tercapai selesa mengidam Green Curry, Bubur Teo Chew dan Tom Yum Di Lodge Paradize Hotel Coffeehouse. Di sini semuanya sedap! 3 jam ruby makan di sini tau. Bayangkanlah.

Paradize Poolside Coffeehouse adalah di kawasan tengah-tengah hutan konkrit. Nikmati menu kegemaran tempatan dan antarabangsa yang lazat di tepi kolam renang. Mi yang lazat, nasi dan hidangan barat disediakan dalam pelbagai gaya. Lodge Paradize Hotel Coffeehouse juga menawarkan pelbagai masakan Thai. Menu di Lodge Paradize Hotel Coffeehouse yang menjadi kegemaran ramai adalah Green Curry dan Tom Yam. Set hidangan mereka menawarkan kuantiti yang besar dan boleh didapati dari makan tengah hari sehingga makan malam. Disamping itu Lodge Paradize Hotel Coffeehouse terkenal dengan bubur nasi Teo Chew yang boleh diperolehi pada waktu malam hingga 5 pagi.

Menu

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-16 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-49 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-50 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-51 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-52 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-53 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-54

Makanan Kami Order

Macam biasa, hidangan yang ruby idamkan memenuhi meja. Makan untuk 6 orang selain ruby dan suami. Makan sekeluarga gitu. Hehehe.

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-41 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-43

Red Seafood Tom Yam 4 pax RM 36.00

Tom Yam ini sangat sedap, terasa kepekatan tom yam. Di dalamnya penuh dengan macam-macam isi kandungan. Puas hati makan.

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-46

Pandan Chicken 6pcs RM 17.00

Pandan chicken yang sentiasa menjadi pilihan menu sekeluarga. Adam pun boleh makan. Wanginya dan sedapnya. Fuhhhh. Serius terubat menu makanan semasa di pulang ke kampung. Rajin mak masak macam ni.

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-45

Butter Egg Floss Whitebait RM 20.50

Whitebait ni sejenis ikan bilis. Masak pula begini, fuhhh jadi berselera terus.

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-44

Green Curry Chicken RM 30.00

Inilah Green Curry! Yummmmy! Sedap sangat. Terasa kepekatan kari dan santan. Lepas tu wangi. Lepas tu sedap. Arggghhhh makan ni dengan nasi panas pun dah menyelerakan.

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-47

Menam Style Steamed Siakap Regular 500g – 600g (Pedas skit) RM 55.50

Ikan siakap kukus ala menam. Ikan segar dan dimasak kukus begini, semua isi kandungan serap ke dalam isi ikan. Sedap sangat!

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-42

Salted Egg Chicken Wings 8pcs RM 27.50

Ayoyoyo dapat pula chicken wing masak telur asin. Makan ni sambil sembang-sembang dengan family, tak sangka dah habis! hahaha.

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-30

Crispy Oatmeal Prawn RM 34.50

Udang oatmeal ni sekejap je licin. Sedap sangat! Serius puas hati makan di Lodge Paradize Hotel Coffeehouse. Ruby akan datang lagi!

Pencuci Mulut & Minuman

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-18

Freshly Squeezed Orange Juice RM 13.50
Iced Milo RM 9.50
Teh Tarik RM 9.00

Ruby lupa nak snap photo segelas teh tarik. Besar ha. Lepas tu teh tarik dia terbaik pekat dan sedap. Kalau layan teh tarik di restoran ini, pasti anda akan cakap “inilah teh tarik terbaik pernah saya minum”.

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-55

Honey Sea Coconut with Longan RM 10.00

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-57

Ice Kacang RM 10.00

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-56

Cendol RM 10.00

Boleh dikatakan di Restoran Lodge Paradize Hotel Coffeehouse, kesemuanya kuantiti makanan banyak dan tidak lokek untuk berikan yang terbaik kepada pelanggan. Jemput datang ya! -ruby.my

Kawasan Restoran

Restoran ini menyediakan ruang yang sangat luas untuk pengunjung. Pada masa akan datang ruang untuk buat majlis pun ada di bahagian dalam.

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-39 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-21 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-22 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-19 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-23 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-24

Ruang Memasak

Ruby minta izin kepada pemilik restoran untuk masuk dapur. Hahaha. Ya Allah bersihnya ruang dapur! Restoran in masih dalam proses permohonan sijil HALAL dari JAKIM. Jadi kalau dah bersih selesa begini, harap-harap adalah sticker HALAL tu tertampal di hadapan Restoran. Jadi, food hunter sekalian alam yang beragama Islam boleh terjah tanpa was-was. InsyaAllah.

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-20 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-25 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-26 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-28 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-27

Waktu Operasi Restoran

Isnin – Jumaat : 11am – 5am
Weekends & Public Holidays: 6pm – 5am

Untuk Tempahan

Tel: 03-2142 0122
Fax: 03-2144 1289
Email: hotel@lodgeparadize.com

Lodge Paradize Hotel

Restoran Lodge Paradize Hotel Coffeehouse ini juga mempunyai hotel untuk anda berehat. Jika anda ingin buat trip seperti Ruby yang ingin melawat sekitar Kuala Lumpur. Inilah hotel yang paling bagus untuk anda. Dilengkapi dengan persekitaran mudah akses ke shopping mall di sekitar Bukit Bintang. Anda boleh jalan kaki ke Pavillion. Jika ingin berjalan sekitar Kuala Lumpur, anda boleh menaiki Monorail stesen Raja Chulan. Seberang jalan Wisma Genting itu adalah Lodge Paradize Hotel Coffeehouse. Mudah kan?

Jika anda menginap di Lodge Paradize Hotel, parking adalah PERCUMA sebagai in house guest. Ruby menginap di Executive Room. Satu malam RM 200 sahaja! Murah kan! Hahahaha. Di tengah bandar Kuala Lumpur, kemudian ada Monorail, ada shopping mall, ada makanan sedap. Apa lagi yang tak cukup? Tinggal bawa duit je ni. Hahaha.

Fasiliti Executive Room

  • King Bed
  • Penghawa Dingin
  • 32″ LCD TV
  • Coffee / Tea Making Facilities
  • Peti Safe
  • Pengering Rambut
  • Shampoo dan Shower Gel
  • Meja, Kerusi dan Cermin
  • Seterika dan Papan Seterika
  • Peti Sejuk
  • WiFi

Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-12 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-14 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-13 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-34 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-33 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-15 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-38 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-37Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-1 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-2 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-3 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-6 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-11 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-7 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-4 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-5 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-10 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-9 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-8 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-58 Lodge-Paradize-Hotel-Coffeehouse-59

Beginilah kami sekeluarga menikmati hari minggu. Walau di tengah bandar, tapi masa bersama tu amat bermakna. Hehehe.

www.lodgeparadize.com

www.instagram.com/lodgeparadizekl

www.facebook.com/lodgeparadize

2 comments on “Mengidam Green Curry, Bubur Teo Chew Dan Tom Yum Di Lodge Paradize Hotel Coffeehouse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge