Baru-baru ini, ruby teringin sangat makan kambing. Dalam kuantiti yang banyak. Kalau ke restoran, dapat satu keping je kan. Jadi, ruby dengan suami bercadang kita masak aje di rumah. Daging kambing bahagian rusuk dari Pure South menjadi pilihan. Pure South New Zealand Lamb Rack memang terbaik. Anda boleh dapatkan daging ini di AEON Jusco, Village Grocers dan Jaya Grocer. Kenapa daging kambing dari Pure South? Sebab ruby rasa lagi mudah nak membeli apabila ke pasar raya ni. Maklumlah daging kambing di Malaysia biasanya kena order dari peladang dengan kuantiti besar. Ruby bukannya nak buat kenduri kan. Hehe.

Alliance Group bermula sebagai sekumpulan petani pada tahun 1948 dan kini merupakan peneraju dunia perladangan haiwan iaitu daging kambing, daging lembu dan daging rusa di dalam pengeluaran dan pengedaran, bagi menghasilkan produk yang berkualiti kepada lebih 65 negara.

Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack46 Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack47 Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack48

Berpusat di Invercargill, New Zealand, Alliance Group dimiliki oleh lebih daripada 5,000 pemegang saham petani dan mempunyai lapan kilang pemprosesan di Selatan dan Pulau Utara yang lebih rendah. Kira-kira 7 juta kambing dan biri-biri, 210,000 lembu dan 145,000 rusa diproses setiap tahun. Daging Alliance Group dieksport dan dipasarkan di seluruh dunia di bawah dua jenama: Pure South dan Ashley. Alliance Group mempunyai pejabat di United Kingdom, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat, hubungan dengan rantaian runcit terkemuka dan rangkaian pengedaran yang berkongsi komitmen kepada kualiti.

Alliance Group komited untuk membekalkan produk premium, penyelesaian yang mampan untuk pelanggan runcit, perkhidmatan makanan, pengguna dan perkilangan – mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat pemprosesan makanan daging merah yang terkemuka di New Zealand. Daging kambing dari jenama Pure South adalah Halal dan disahkan oleh dua organisasi di New Zealand iaitu New Zealand Islamic Meat Management (NZIMM) dan Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ).

Berikut adalah Resepi Rusuk Kambing Pure South New Zealand

Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack32

Perapan Daging Kambing

Basuh dahulu daging kambing tersebut kemudian gunakan pisau yang sesuai untuk memotong.Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack43

Setelah selesai memotong, anda masukkan daging kambing ke dalam periuk bertujuan merebusnya dahulu selamat 15 -30 minit. Ruby buat begini supaya daging kurang berbau dan separuh masak, agar bila pan seared nanti tak lah hangus hitam kan. Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack37Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack34

Bahan-bahan perapan untuk 8 keping rusuk kambing (Perap 1 jam)

1 kiub ayam maggie
4 sudu besar sos tiram maggie
4 sudu besar kicap manis cap kipas udang
6 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
2 cm halia (tumbuk kasar)
1 sudu kecil Oregano
Sedikit olive oil / minyak jagung

Cara-cara

Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan oregano. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil/minyak jagung supaya daging tak kering. Perap daging selama 1 jam.

Pan Seared 

Masukkan daging kambing di atas pan, perhatikan api agar tidak besar. Masak sehiingga keperangan atau nampak yummy. Siap! Hahaha. Senang kan?

Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack28Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack27

Bahan-bahan Mashed Potato

2 sudu besar butter Ballantyne, ambil dua dan buka je. Haha.
2 sudu besar mayonnaise lady’s choice
1/4 susu segar Good Day, beli kotak kecil je.
3 biji kentang yang direbus

Cara-cara

Rebus kentang sehingga empuk. Lenyekkan kentang. Kemudian masukkan butter, mayonnaise dan susu segar. Gaul rata. Siap!
Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack21

Sos Black Pepper

2 sudu butter
1/2 sudu besar tepung gandum
1 bawang besar holland (potong dadu)
1 kiub ayam maggie
2 cawan air
1 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 sudu sos cili life
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili. Kacau sehingga semua bahan serasi. Masukkan kicap dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Perasakan dengan garam. Jangan panik jika sos anda cair, kerana ia akan mula likat pekat kebabom sedap bila air tersejat. Yummy!

Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack17

Celur Brokoli dan Pan Seared Lada Benggala

Bahan-Bahan

1 Biji Lada Benggala
1 Bunga Brokoli saiz tapak tangan

Cara-cara

Hiris Lada Benggala dalam 1 cm, masukkan dalam kuali dan masak sampai kehitaman sikit-sikit. Kemudian sudah selesai pan seared lada benggala, sediakan air untuk mencelur brokoli. Siap! Boleh mula hias di dalam pinggan.
Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack16

Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack22

Siap pun Lamb Chop ruby, boleh makan bersama keluarga. Menariknya semasa makan lamb chop ini tidak terasa sedikit pun bau hamis kambing alhamdullilah. Memang terbaik produk Pure South ini, malah Adam juga tiada masalah untuk makan lamb cop walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack11Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack9Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack3Pure-South-New-Zealand-Lamb-Rack4

Untuk musim perayaan ini, Pure South telah bekerjasama dengan supermarkat Village Grocers dan Jaya Grocer. Daging kambing beku Pure South™ boleh didapati di Village Grocer dalam pelbagai potongan. Whole leg, Boneless Lamb Leg, Rack of Lamb, Hindshank, Tenderloin, Boneless Shoulder (Bangsar Outlet) dan Shortloin (Bangsar outlet). Best kan? Dengan pembelian RM 250 keatas akan menerima Pure South Cooler Bag Percuma! Untuk maklumat lanjut mengenai produk Pure South New Zealand ini anda boleh melayari di laman sesawang http://puresouth.com/

xoxo!

234 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge