Hari ni ruby nak Review Dashing Facial Cleanser. Hehehe. Modelnya adalah suami lah, takkan ruby nak pakai kan?? Memandangkan jenama Dashing ni encik suami suka dengan deodorant dan perfum, jadi jom kita cuba pembersih muka pula. Adakah muka suami yang berminyak tu akan berbau wangi dan bersih?? Jeng jeng jeng. Dashing Facial Cleanser ada 5 variasi, dalam banyak-banyak jenis ni. Suami pilih extra white. Nak putih ke? Hahaha. Kemain wabak nak putih cerah berseri pun dah merasuk ke dalam diri lelaki.

Review Dashing Facial CleanserReview-Dashing-Facial-Cleanser-3 Review-Dashing-Facial-Cleanser-4 Review-Dashing-Facial-Cleanser-6 Review-Dashing-Facial-Cleanser-5 Review-Dashing-Facial-Cleanser-7 Review-Dashing-Facial-Cleanser-8 Review-Dashing-Facial-Cleanser-10 Review-Dashing-Facial-Cleanser-9

Kemain putih berseri, sesuai untuk lelaki yang sibuk dan yang serba pantas. Cuci muka pun sekejap je. Hahaha. Kalau lelaki yang pergi kerja naik motor dan habuk melekat dekat muka, boleh cuba Dashing Facial Cleanser. Bersih terus kulit tu. Wangi juga. Ehemmm.

Jenama penjagaan peribadi lelaki No. 1 Malaysia, Dashing bekerjasama dengan Manchester City Football Club, pasukan paling pantas berkembang dalam liga Premier bagi menghasilkan beberapa produk dan pengalaman menakjubkan untuk semua pencinta sukan di Malaysia. Portfolio produk DASHING terdiri daripada EDT, deodoran dan buih mandian termasuk pencuci muka, gel rambut & bedak talkum. Selepas pelancaran rangkaian edisi terhad EDT dan Deodoran Dashing dan Manchester City Football Club baru-baru ini, Dashing kini bersiap sedia untuk merevolusikan penjagaan kulit dalam kalangan lelaki Malaysia.

Lelaki masa kini sangat komited dalam aspek penjagaan peribadi, kebersihan diri dan keinginan kelihatan terbaik, sama seperti wanita. Prinsip yang menyifatkan lelaki aktif dan ‘macho’ tidak mengambil berat tentang penampilan luaran sudah tidak benar kerana realiti hari ini amat berbeza. Hero-hero zaman sekarang merupakan legenda dalam arena sukan yang mempunyai tarikan gaya tersendiri dan sangat menjaga penampilan diri. Antaranya ialah Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva.

Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club. Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia. Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif, namun ia tetap lembut pada kulit.

Review Dashing Facial Cleanser

Rangkaian ini terdiri daripada lima produk dengan setiap daripadanya direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dengan gaya hidup aktif.

ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!

WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!

Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90. Jadi buat golongan lelaki di luar sana, teruskan menerokai gaya hidup aktif anda tanpa dibimbangi masalah kulit kerana Dashing akan menyelesaikan masalah tersebut.

www.dashing.com.my

www.facebook.com/Dashing.MY

154 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge