Sebelum Adam putus susu badan lagi Ruby dah mula survey susu formula. Bagi dia rasa macam-macam jenis jenama susu dipasaran. Dari murah hinggalah ke mahal. Kalau nak dapat sampel susu percuma dalam 6 paket kecil sesuai untuk botol susu tu, anda boleh ke AEON, TESCO, Giant atau pasaraya setiap hari sabtu dan ahad. Pasti ada promoter sedang bertugas. Ruby pening juga la nak cari susu formula untuk Adam ni. Bukannya apa, nak yang terbaik untuk anak. Ada juga susu yang ruby cuba tu menyebabkan dia asyik cirit birit, kadang asyik berak aje pun. Bau najis dekat pampers pun lain macam busuknya. Adui tak tahan le kan. Pampers dah le mahal. Susu juga mahal, tapi kalau boleh biarlah menyihatkan. Ada kala dia taknak makan, bagi minum susu pun buat dia berak cair je. Memandangkan ruby sebagai blogger, hadir acara susu. Dapat sampel tu kan. Cuba dekat Adam. Dia punya perkembangan memang lain. Susu Adam S-26 GOLD Progress Langkah 3 yang ruby cuba dekat dia okay sangat. Najis okay, tingkah laku okay, makin bijak, hafal nama haiwan, nombor pun dia ikut hafal sekali dan dia dengar apa ruby cakap. Sampaikan saudara mara panggil Ruby sebagai Ayu pun dia boleh ingat. Kemudian di rumah dia panggil ruby Ayu pula. Nama Ayu tu nama childhood ruby. Adam Adam!

Ruby mula beli S-26 GOLD Progress Langkah 3 pada bulan November, masa ni Adam dah selesai habiskan sampel susu. Jadi Ruby beli 1.8kg ni. 1 kotak ada 3 pek. Setiap pek 600gram. 3 pek ini bertahan selama sebulan untuk Adam. Bila Adam dah sesuai dengan susu ini, Ruby rajin lah survey harga. Masa mula-mula beli di AEON BIG RM 112. Bila beli dekat TESCO dah RM 127. Huwaaa. Survey lah lepas tu. Sampai ke online shop Lazada pun ruby survey. Lazada jual RM 130. Makanya kita tunggu expo baby pula. Hehehehe.

Susu Adam S-26 GOLD Progress Langkah 3 Susu Adam S-26 GOLD Progress Langkah 3 Susu Adam S-26 GOLD Progress Langkah 3 Susu Adam S-26 GOLD Progress Langkah 3 Susu Adam S-26 GOLD Progress Langkah 3 Susu Adam S-26 GOLD Progress Langkah 3

Ruby simpan susu Adam S-26 GOLD Progress Langkah 3 dalam bekas tupperware yang besar bentuk empat segi ni. Sesuai untuk 1 pek 600 gram susu. Hehehe. Begitulah kisah ibu-ibu mencari susu untuk anak. Hahaha. Bukannya senang kan.

Pesanan untuk ibu-ibu, jangan malas mencuba produk dalam bentuk saiz sampel kecil-kecil ni. Baru kita tahu sesuai ke tidak. Nanti kalau terus beli berdasarkan iklan dan cakap-cakap orang ramai tapi tidak sesuai untuk anak, kita juga yang rugi dan membazir. Diharap perkongsian ini bermanfaat!

www.wyethnutrition.com.my

www.facebook.com/WyethNutrition

166 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge