Tefal, jenama perkakas dapur dan peralatan rumah terunggul di dunia memperkenalkan siri produk periuk nasi terbarunya: Periuk Nasi Sfera Tefal RK 8105 dan RK8145 yang dihasilkan khusus untuk kemudahan anda menyediakan pelbagai juadah masakan kegemaran anda. Tefal berbangga menghasilkan produk periuk nasi itu yang dilengkapi dengan ciri inovatif teknologi periuk berbentuk sfera yang memberi jaminan terbaik untuk penyebaran haba ketika memasak selain memberikan hasil masakan terbaik.

Periuk Nasi Sfera Tefal Mudah Berguna untuk Masak dan Kawal Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105 dan RK8145 dihasilkan dengan ciri unik, berketahanan tinggi dengan lapisan bertingkat 2.5 mm serta salutan Nano di permukaan luarannya. Manakala ciri dalaman periuk dihasilkan dengan reka bentuk berlian dan lapisan seramik. Dihasilkan dengan berat yang bersesuaian, produk itu memberi jaminan tahan lasak dan pengudaraan haba yang optimum kerana dengan kewujudan ruang kosong di periuk memastikan pengudaraan haba dapat berfungsi dengan sekata di keseluruhan periuk untuk memberikan hasil terbaik dan meningkatkan rasa makanan.

Memasakan Nasi Lebih Mudah dengan Periuk Nasi Sfera Tefal!

Terkenal dengan kehebatan dalam rekaan peralatan rumah dan dapur untuk kemudahan pengguna, Tefal menghasilkan teknologi dan inovasi di dalam jenama baru Periuk Nasi Sfera mereka. Kedua-dua Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105 dan RK8145 memiliki ciri kekal hangat automatik, masa memasak yang mudah laras, termasuk penyelaras pre-set / tangguh, fungsi yang ideal untuk mereka yang keluar bekerja sepanjang hari. Pengguna mudah untuk menyediakan bahan-bahan masakan dan memprogram proses masakan sehingga 24 jam lebih awal. Kedua-dua Periuk Nasi Sfera mempunyai injap tekanan mikro dimana ia membenarkan tekanan secukupnya untuk bajagian dalaman periuk nasi menghalang bau dan rasa makanan terbit dari periuk. Periuk Nasi Sfera Buat Semua!

Tefal SPRC RK8105 02

Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105 ini adalah sebuah periuk nasi terkini yang ideal untuk individu bujang atau pasangan muda yang mahu memasak resipi kegemaran mereka tanpa renyah. Golongan ini akan mendapati ianya mudah digunakan kerana ia didatangkan dengan Teknologi Logik Fuzzy yang menyediakan masa memasak dan suhu ideal berdasarkan kiraan pengesan termal yang dirangkumkan. Rekaan dalam periuk nasi ini juga membantu pengudaraan haba yang lebih baik. Tetingkap mudab dilihat pada perkakas itu membenarkan pengguna untuk mengawal masakan yang disediakan. Dengan 10 program masakan yang diterapkan (6 jenis masakan nasi dan 4 buah program masakan perlbagai), memasak kini bukan lagi merumitkan. Direka dengam panel kawalan penuh LED, kapasiti Periuk Nasi Spherical Tefal RK8105 berkemampuan sehingga 1.8L dan membenarkan pengguna untuk memasak sehingga 10 cawan beras.

Tefal SPRC RK8145 01

Periuk Nasi Sfera Tefal RK8145 adalah sebuah periuk nasi optimal yang menjadikan ia pilihan popular di kalangan ibu bapa yang sibuk bekerja dan mereka yang gemarkan masakan di rumah namun perlu berdepan dengan faktor kesibukan masa. Periuk nasi ini membolehkan mereka untuk menyediakan juadah masakan yang sihat, enak dan berkhasiat. Periuk Nasi Sfera Tefal RK8145 ini memiliki sistem pemanasan dwi pantas yang mampu menjimatkan masa. Ia juga turut dilengkapi dengan Teknologi Logik Fuzzy dengan tujuh peringkat mode masakan secara keseluruhannya. Selain itu, Periuk Nasi SferaTefal ini juga memiliki ciri ekstra pemanasan 3D + ciri rekaan dalaman berbentuk sfgra yang menyediakan ruang pemanasan seputar 360 darjah. Selain memiliki panel kawalan LCD yang mempunyai ruang penunjuk digital, Periuk Nasi Sfera Tefal RK8145 memiliki 35 program masakan (28 jenis masakan nasi dan 7 program masakan pelbagai), pengguna mempunyai banyak pilihan untuk penyediaan makanan segera dengan hanya satu butang. Kapasiti model ini mampu menampung sehingga 10 cawan beras dengan 1.8L secara keseluruhan.

ALL RIGHTS GIVEN

Bersesuaian Dengan Gaya Hidup Pengguna Masa Kini Berdasarkan cirinya yang pelbagai, rangkaian Periuk Nasi SferaTefal RK8105 dan RK8145 dicipta bersesuaian dengan semua jenis masakan dan gaya hidup. Berdasarkan model, mode DIY memudahkan pengguna untuk mengawal masa masakan, suhu mengikut kesesuaian resepi. Setiap model turut mempunyai ciri panel kawalan intuitif yang menjadikan ia sangat mesra pengguna. Dengan memilih jenis masakan (sebagai contoh sup, wok/ tumis, stim) , periuk nasi ini menjalankan fungsinya dengan menggunakan parameter masakan yang ideal. Periuk Nasi Sfera ini malah dapat dibuka semasa mengubah rasa, menambah bahan atau untuk mengaul masakan di dalam – sama seperti perkakas tahan panas tradisi atau ketuhar.

Untuk membantu pengguna mengaplikasi sepenuhnya Periuk Nasi Sfera Tefal ini, kedua-dua rangkaian ini dilengkapi dengan set aksesori – bakul kukus, sudu beras, sudu sup, sudu rak dan cawan sukatan termasuk sebuah buku resepi untuk membantu pengguna menyediakan masakan mereka, bermula dari juadah biasa sehingga ke pemanis mulut. Penutup aluminium di permukaan periuk boleh ditanggalkan dan selamat untuk dibasuh. Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105 dan RK8145 boleh didapati di semua gedung utama dan kedai elektrik bermula November 3015 pada harga jualan bermula dari RM 399 dan RM449.

www.tefal.com

www.facebook.com/mytefal

HASHTAG #myTefal

Talian khidmat pelanggan: +603-7802 3000

201 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge