Assalammualaikum, hari ini ruby ingin kongsikan barang keperluan solat ketika travel. Nampak mudah dan senang kan? Tetapi, ruby yang sering travel pun akan mengulangi kesilapan yang sama. Tambahan sebagai seorang muslimah, lagi lah perlu jaga kebersihan apabila ingin bertemu dengan pencipta-Nya. Dulu, ruby memang tidak akan bawa keperluan solat sepanjang travel. Ruby mengharapkan surau menyediakan telekung dan sejadah. Ruby mengharapkan mereka menyediakan tisu di toilet dan ruby juga mengharapkan mereka menyediakan sabun. Hahaha.

Bila travel dari Kuala Lumpur ke Melaka, kita rasa macam dekat je kan. Maka mula lah nak qada, jamak dan qasar solat. Memandangkan ruby tidak arif dengan solat ganti ini. Ruby lebih suka amalkan solat selepas azan berkumandang. Jika di Malaysia, nampak je papan tanda surau atau masjid. Ruby akan singgah. Bawa sekali dengan Solat Travel Bag. Selepas macam-macam perkara dilalui dan kesukaran untuk keselesaan diri. Maka sebaiknya kita empunya badan sediakan barang keperluan solat yang sesuai untuk diri kita.

Barang Keperluan Solat Ketika Travel

Dalam Solat Travel Bag ruby akan ada barang keperluan seperti berikut :

  1. Pencuci Muka
  2. Berus Gigi
  3. Ubat Gigi
  4. Tisu Basah
  5. Tisu Toilet
  6. Telekung
  7. Sejadah
  8. Seluar Kecil Baru
  9. Pantyliner
  10. Yassin
  11. Al-Quran Mini
  12. Set Mekap
  13. Tasbih

Solat Travel Bag suami akan ada barang keperluan seperti berikut :

  1. Pencuci Muka
  2. Berus Gigi
  3. Ubat Gigi
  4. Sejadah
  5. Kain Pelekat
  6. Yassin
  7. Tasbih

Jadi bila ada kesemua barang keperluan ini, secara automatik bag ini akan dijaga elok-elok. Tidak diletakkan di bawah kaki, tidak melangkah dan ruby akan gunakan bag yang selesa. Terpulang jika anda suka menggunakan bag sandang, bag kecil, bag besar dan apa bag sekali pun. Asalkan anda selesa. Jika seperti ruby, ruby suka bag sandang. Memandangkan ruby dah ada tote bag yang berisi planner, fail, alat tulis dan barang penting lain. Kadang-kadang bertukar-tukar juga bag tu, ikut mood. Ada masa guna Solat Travel Bag jenis pegang di tangan tu. Hehehe.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terutama muslimah di luar sana. Ibu-ibu yang sibuk uruskan anak memang akan ada bag khas. Malah telekung pun lebih dari satu. Supaya tidak terkocoh-kocoh nak sediakan barang anak. Waktu travel lah, ibu-ibu paling sibuk. Kalau boleh tak nak suami tahu kita kalut buat semua ini. Sebab mereka memang buat dek je. Hahaha. Ruby pun nak travel dengan aman. Nak relax dan bercuti. Di tempat travel lagi la macam-macam kena buat. Jadi, jangan tinggalkan solat ya!

150 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge