Warisan lama menyingkap sejuta kebaikan rahsia alam itulah Minyak Herba Burung Gut-Gut Tok ‘Ad. Ruby telah mencuba minyak herba ini selama satu minggu. memang berbeza dengan minyak urut jenama lain. Ia lebih meresap ke dalam kulit dan bila berurut tu rasa lega sangat. Minyak urut sangat penting untuk kegunaan seisi keluarga. Wajib ada satu botol di rumah. Antara manfaat dan sebab ruby suka minyak ini adalah :

  • Tidak berbau Meresap ke dalam kulit
  • Tidak berwarna
  • Melegakan sakit urat, lenguh-lenguh, sakit sendi, kejang otot
  • Merawat tulang patah, terseliuh, luka-luka kecil, bengkak, gigitan serangga
  • Berkesan
  • Sesuai digunakan oleh semua jenis tukang urut
  • Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak
  • Isi kandungan dari bahan-bahan organik
  • Hanya guna sedikit sudah memadai
  • Buatan Malaysia
  • Pengusaha Bumiputera dari Negeri Kedah Darul Aman

Sepanjang hamil ni, ruby sentiasa sakit-sakit kaki, pinggan dan belakang badan. Jadi minyak urut memang sentiasa kena beli. Perbezaannya bila berurut guna minyak panas, urutan tidak dirasai kerana terlalu licin di kulit. Jadi encik suami yang mengurut tu yang pijar tangan. Ruby tidak rasa apa-apa. Hahaha. Jadi, sekarang dah bertukat kepada Minyak Herba Burung Gut-Gut Tok ‘Ad. Jimat juga dengan dua kali tuang minyak dah boleh urut sebelah kaki. Hehehe.

Minyak Herba Burung Gut-Gut Tok ‘Ad

Perubatan moden merupakan antara sumber rujukan utama dalam mengatasi masalah kesihatan. Namun permintaan dalam bidang perubatan alternatif sering kali juga dijadikan rujukan bagi menyelesaikan masalah kesihatan. Jika ditanya kepada orang-orang tua mengenai kaedah tradisional bagi merawat penyakit, banyak petua dan nasihat yang diketengahkan.

Antara cara-cara orang tua dahulu menyelesaikan masalah ialah dengan melihat disebalik rahsia alam. Alam ini dijadikan dengan penuh rahsia dan ilmu tersembunyi. Untuk mengetahui makanan apa yang selamat dimakan, orang-orang tua dahulu melihat apa yang dimakan oleh burung. Jika burung selamat makan, maka manusia juga selamat untuk mengambil makanan tersebut.

Dalam soal perubatan juga, rahsia alam ini diteroka dengan melihat kebolehan dan kelebihan yang diberikan oleh hidupan ini. Antara perubatan tradisional yang telah dilupakan kini ialah mengenai khasiat minyak herba burung gut-gut. Burung gut-gut merupakan spesis burung yang dikatakan mempunyai kelebihan dalam merawat penyakit. Nama saintifik bagi burung ini ialah Centropus rectunguis yang mana burung ini mempunyai banyak kisah-kisah yang dikaitkan dalam bidang perubatan.

Burung Gut-Gut

Antara kisah popular pada zaman dahulu yang kini dimamah zaman ialah kebolehan burung ini merawat anaknya yang tercedara ketika disarang. Apabila burung ini mendapati anaknya tercedera, burung ini akan terbang mencari herba akar kayu dan daun-daun hutan yang boleh merawat anaknya. Herba-herba tersebut di sapukan oleh si ibu kepada anaknya dalam usaha untuk merawat anaknya. Kelebihan ini terbukti apabila si anak burung kembali pulih dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas diletakan ubat oleh si ibu.

Orang tua-tua dahulu memerhati dan mempelajari apa yang diperlakukan oleh hidupan alam ini. Jika ditanya kepada generasi ini, mereka akan menyatakan khasiat minyak burung gut-gut ini dengan penuh terperinci. Namun, minyak herba burung gut-gut ini hilang dimamah zaman. Agak sukar untuk mencari minyak ini kini.

Herba yang dikatakan mampu untuk merawat masalah tulang patah, terseliuh, sakit urat dan lenguh-lenguh badan dan sebagainya hanya sekadar kisah lama. Pencarian kami menemui, warisan alam ini kini cuba dihidupkan kembali dengan sekumpulan generasi muda yang menjejaki burung ini hampir 5 tahun dalam usaha untuk mendapatkan khasiat daun-daun herba dan akar kayu yang digunakan oleh burung gut-gut. Hasilnya rahsia alam ini berjaya dihasilkan kembali dan kini Minyak Herba Burung Gut-Gut Tok’ Ad dikomersialkan kembali kepada generasi zaman ini.

Minyak Herba Burung Gut-Gut Tok 'Ad

Minyak Herba Burung Gut-Gut Tok’ Ad kini sudah berada di kedai-kedai jamu seluruh Malaysia dan juga turut dipasarkan menggunakan medium online seperti facebook dan sebagainya. Permintaan yang tinggi terhadap produk ini dalam usaha rawatan alternatif bagi merawat masalah tulang patah, masalah sakit-sakit badan bagi ibu lepas bersalin, sakit-sakit sendi dan otot menyebabkan minyak ini sentiasa menjadi pilihan. Dengan harga mampu milik hanya RM 19.90, minyak warisan ini kini mula dijadikan simpanan di setiap rumah bagi dijadikan persedian untuk perkara yang tidak di ingini. Hatta permintaan yang tinggi, pengguna haruslah berhati-hati dan mendapatkan minyak yang asli untuk mendapatkan hasil dan keberkesanan yang digambarkan.

Layari laman facebook www.facebook.com/Minyak-Herba-Burung-Gut-Gut-Tok-Ad atau hubungi +60195176313 untuk sebarang pertanyaan atau jika ingin memborong secara pukal Minyak Herba Burung Gut-Gut Tok ‘Ad.

174 Total Views 5 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge