Pembekal Makanan Ringan Kuala Lumpur Joe Meng Trading

      4 Ulasan pada Pembekal Makanan Ringan Kuala Lumpur Joe Meng Trading

Ruby kalau ada majlis bersama saudara mara dan rakan-rakan, suka bawa jajan dan makanan zaman ruby kecil dulu. Hahahaha. Tetapi di mana ruby dapatkan kesemua makanan ini tidak pula ada yang bertanya ketika majlis. Mungkin mereka segan. Candy table yang sedang viral sekarang ni pun ruby boleh buat. Ikut permintaan sesiapa yang nak. Hehehehe. Tapi memang tema 90’s kid lah. Lokasi selalu ruby beli makanan ringan adalah di NSK Selayang, Plaza Safuan Chow Kit dan Joe Meng. Pembekal makanan ringan ampang Joe Meng Trading ni lebih dekat dengan rumah ruby. Harga pun tiada beza sangat, tambah pula dengan kos minyak kereta dan parking. Di Joe Meng trading ni ruby suka pergi salah satu sebab juga adalah semua keperluan majlis mereka ada.
Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading

Kedai ini ada dua tingkat, di tingkat bawah makanan ringan dari keropok, gula-gula, sumi, jelly, kekacang dan biskut. Biskut dalam tong ada di jual di luar kedai, kiraan mengikut setiap gram. Ruby suka beli biskut nanas 500 gram. Hahaha.

Kemudian di tingkat atas kedai adalah tempat barangan majlis, belon, permainan dan macam-macam lagi. Belon juga boleh diisi dengan gas helium. Bagus kan?

Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading Pembekal Makanan Ringan Ampang Joe Meng Trading

Cuma apabila ke Joe Meng Trading ni kena sabar mencari parking. Ruby parking kereta di hadapan kedai Achik Printing dan berjalan ke arah kedai. Kalau nasib baik, pintu belakang kedai terbuka, boleh minta izin masuk melalui situ. Kalau bertutup, masuk ikut pintu depan tau. Hehehe.

Alamat : Lot 226, Ground First Floor, Jalan Nagara 2, Taman Melawati, 53100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 53100, Malaysia

No Tel : +60 3-4108 3443

Waktu Operasi :

  • Isnin – Sabtu : 9AM – 7PM
  • Ahad : 10AM – 2PM

Jadi untuk anda yang sukar mencari makanan ringan untuk majlis anak-anak anda. Boleh ke sini dan borong. Hehehe. Rujuk harga betul-betul kerana ada yang mahal dan ada yang murah. Macam gula-gula arnab yang ruby suka tu, bungkusan kecil tetapi mahal pula. Mungkin permintaan hangat sampai pengeluar jual mahal. Jadi pembekal pun tidak dapat buat apa-apa la kan. Hehehe. Hari tu tema majlis yang ruby buat adalah warna putih, jadi wajib ada gula-gula arnab tu. Hehehe.

Selamat membeli-belah.

4 comments on “Pembekal Makanan Ringan Kuala Lumpur Joe Meng Trading

  1. FirstHellen

    I see you don’t monetize your site, don’t waste your traffic, you can earn additional bucks every month because you’ve got high quality content.
    If you want to know how to make extra bucks, search for:
    Boorfe’s tips best adsense alternative
    FirstHellen´s last blog post ..FirstHellenMy Profile

    Reply
    1. Ruby Post author

      Halim nak beli apa? Sila baca label tiap produk, ada logo halal Jakim dan negara lain. Yang tiada halal tu tak perlu beli lah. Walaupun masa kecil pernah makan ke kan. Dah besar ni, kena lah jadi pengguna bijak. 🙂

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge