Perayaan Tahun Baru Cina semakin tiba! Lagi beberapa hari kita akan meraikan perayaan ini di seluruh dunia. Mengikut kalendar Lunar pada tahun ini, tahun ini adalah tahun Monyet!Oleh kerana tahun ini adalah tahun monyet, LEGO telah mengeluarkan set LEGO Year Of The Monkey. Dalam astrologi Cina, terdapat satu zodiak Cina, iaitu kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan yang melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan haiwan Tikus, dan terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak.

Terdapat banyak lagenda yang menerangkan permulaan zodiak, antaranya cerita yang diringkaskan seperti berikut:

Sang tikus ditugaskan menjemput para haiwan untuk melapor diri menghadap Maharaja Jed untuk satu jamuan dan juga pemilihan bintang zodiak. Mula-mulanya sang kucing dan sang tikus berkawan baik, tetapi sang tikus memperdaya sang kucing dengan berkata bahawa jamuan diadakan pada hari kemudian. Maka sang kucing terus tidur dan terlepas majlis jamuan kerana menyangka jamuan itu diadakan pada hari kemudian. Setelah menyedari cerita sebenar, sang kucing bersumpah untuk menjadi musuh semulajadi tikus untuk selamanya. – Sumber Wikipedia

Bintang Monyet adalah ? sh?n. Dari segi Yin atau Yang ia adalah Yang dan berunsur logam. Sifat baik adalah pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual dan intelektual. Manakala sifat buruk adalah Egoistik, angkuh, mementingkan diri, licik, iri hati dan mudah sangsi.

LNY GWP

Perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir dan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk berkumpul seisi keluarga. Setiap perayaan ada cara yang tersendiri, uniknya Perayaan Tahun Baru Cina ia disambut dengan tarian singa atau naga, wajib ada buah limau dan ang pow. Best kan? Sempena Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, LEGO juga mengeluarkan mainan khas mengikut zodiak kalendar Lunar iaitu LEGO Year Of The Monkey. Bagi kaum cina monyet ini melambangkan haiwan yang bijak pandai dan dalam erti kata lain adalah menguntungkan. Maka tahun 2016 adalah tahun yang menguntungkan. Seperti anda sedia maklum, permainan LEGO ini berjaya membentuk minda kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif, disamping padat dengan hiburan dan boleh berkongsi bahagian LEGO masing-masing untuk menghasilkan model yang lebih menarik dan lagi hebat daripada apa yang di syorkan.

LNY build together

Permainan LEGO bertujuan melatih kanak-kanak menggunakan imaginasi dan kreativitinya. Dengan adanya LEGO ini, ibu bapa juga boleh beriadah bersama anak-anak untuk memberi bantuan semasa pemasangan. Hubungan yang rengang boleh dieratkan balik dengan bermain bersama-sama tidak kira faktor usia. Kadang-kadang orang dewasa juga mempunyai keinginan untuk menjadi kanak-kanak. LEGO adalah bersifat universal dimana ia sesuai untuk semua peringkat umur. Tiada had untuk berkarya dengan imaginasi.

lego11 lego12 lego13

Untuk menghasilkan model yang menarik memerlukan imaginasi yang kepelbagaian, setiap orang mempunyai imaginasi yang berlainan, cara ia terhasil, dengan siapa dihasilkan dan di mana dihasilkan. Secara tidak langsung melatih menajamkan minda dan sikap bekerjasama antara satu sama lain.

 

Dapatkan LEGO ‘Year of the Monkey’ Exclusive Set ini dari 18 January 2016 dengan pembelian apa-apa produk LEGO bernilai RM 200 keatas dan anda juga akan mendapat FREE Ang Pow Packet! Dapatkan segera di cawangan LEGO di Bangsar Village II, The Curve, Empire Subang Gallery, IOI City Mall, Putrajaya, Setia City Mall and Queensbay Mall.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!

133 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer and youtuber at ruby.my. The content of this blog consisting sponsor and personal shopper experience. As i'm write up something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy. -Ruby.MY-

Leave A Reply

CommentLuv badge