CK2 Blogger Laser Battle

      No Comments on CK2 Blogger Laser Battle

Laser Tag merupakan permainan alaf kini yang membawa konsep seperti permainan “paintball” tetapi menggunakan senapang laser sebagai senjata. Ini merupakan kali kedua ruby menyertai permainan jenis ini tetapi setiap permainan membawa corak yang berbeza-beza. Kali ini, Laser Battle mengadakan cabaran laser tag bersama blogger. Lunyai kami di CK2 Blogger Laser Battle. Haha. Keluar semua peluh jantan. Cabaran ini terdiri dari 4 kumpulan yang mempunyai 5 orang ahli dalam satu kumpulan. Laser Battle bertempat di tingkat 7 Berjaya Times Square.

CK2 Blogger Laser Battle

CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle

Laser Battle menyediakan peralatan laser tag terkini bagi memastikan kepuasan para pemain. Wajib kita memakai baju vest khas yang disediakan. Tiap senjata mempunyai nama tersendiri bagi mewakili diri anda. Nama tertera di peralatan senjata. Pakaian dan senjata mempunyai 6 sensor dan lampu agar memudahkan pihak lawan tembak anda. Hahaha. Jadi anda perlu bergerak laju. Semasa bertempur di dalam arena yang serba gelap, anda perlu bersedia kerana pihak lawan ada dimana-mana.

Cara permainan laser tag di Laser Battle adalah dengan tema mencuri bendera. Sesiapa yang biasa main Counter Strike mesti tahu cara permainan ini. Ia nampak mudah tetapi amat susah kerana anda juga perlu menjaga bendera sendiri daripada di curi oleh pihak lawan. Jika anda berjaya mencuri bendera itu, kumpulan anda akan mendapat 1 mata. Perlawanan ini berlangsung selama 10 minit.

CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle

Selesai permainan! Kumpulan ruby terdri dari Naim, Kelly, Fish, Fatin dan Yaya berjaya mendapat tempat kedua. Jika perlawanan diantara blogger, team kami nombor 1 lah. Hehehe. Pengalaman yang bagus ketika di perlawanan laser tag.CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle CK2 Blogger Laser Battle

Tips Permainan Laser Tag

  1. Pakaian pakai warna hitam!
  2. Sport attire, kasut sukan wajib!
  3. Ikut peraturan dan dengar nasihat marshall Laser Battle.
  4. Setiap perlawanan ada corak permainan berlainan. Perhatikan pihak lawan, kalau berlawan dengan orang yang kita tidak kenali. Wajib tengok cara permainan mereka. Jika main kasar, anda perlu main kasar juga!
  5. Team work penting! Plan stratergy. Kalau boleh ada dua plan. Kot pihak lawan jahat, bagi signal 2 jari kepada team. Supaya mereka alert untuk tukar corak permainan.

Bayaran untuk permainan ini terdiri kepada 3 kategori:

  1. Pelanggan yang datang secara terus (walk in customer)
    • Bayaran masuk RM 38 untuk 2 kali “game” atau misi
    • Bayaran masuk RM 48 untuk 3 kali “game” atau misi
  2. Kursus pembinaan pasukan untuk syarikat korporat.
    • Bayaran RM 85 seorang
    • Round Robin Tournament – (Kejohanan di mana setiap peserta bermain dalam jumlah yang sama masa)
    • 3 kali misi untuk pusing kelayakan
    • 1 kali misi untuk peringkat akhir
    • Pemenang akan menerima trofi dan pingat serta sijil
    • Makanan dan minuman disediakan
  3. Sambutan hari jadi
    • Bayaran RM 80 seorang
    • 2 kali misi untuk masa yang tidak terhad
    • Banner hari jadi
    • Dekorasi hari jadi
    • Pizza dan air
    • Minimum penyertaan adalah 10 orang.

CK2 Blogger Laser Battle

Sepanjang bermain laser tag di Laser Battle, kami tidak berbau busuk masam pun tau. Sebab kami dah sembur wangian CK2. Hahaha. Rasanya semua dah tahu keunikan wangian Calvin Klein ni. 1 perfume boleh dikongsikan dengan semua orang. Sebab wangian dia berubah ikut peluh anda. Teringat perfume CK One masa sekolah dulu. Perfume CK One boleh kongsi dengan kawan-kawan sebab bau dia lain-lain ikut peluh. Kalau bau sama je dengan ruby, ruby taknak la berkongsi. Hahaha.

Kembalinya perfume CK2 setelah 20 tahun pelancaran CK One. CK2 ini adalah wangian dwi yang mengimbangi bau dua individu. Bau yang menyegarkan dan selesa apabila digunakan menjadikannya satu wangian urban yang perlu dimiliki. Wangian CK2 mengandungi wasabi, mandarin, violet leaf absolute, wet cobblestones, orris concrete, rose absolute, sandalwood, vetiver dan incense. Setiapnya mempunyai keunikan tersendiri seperti Wasabi memberikan haruman yang mendalam, penuh dengan kejutan dan rasa yang segar. Wet Cobblestones pula mengekalkan bau kesegaran mineral secara menyeluruh dan Sandalwood pula memberi emosi sensual. Setelah di campurkan semuanya, hasilnya menyegarkan, selesa dan sensual.

Harga CK2 Perfume:

  • CK2 Eau de toilette spray 100ml RM 289
  • CK2 Eau de toilette spray 50ml RM 219

CK2 mengadakan roadshow sempena pelancaran CK2 dan ia telah berlangsung dari 21 Mac 2016 hingga 27 Mac 2016 di “Center Court” Mid Valley Megamall. Terdapat tawaran esklusif diberikan kepada setiap pembelian produk CK2.

CK2 Mid Valley Road Show

www.laserbattle.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge