CK2 #the2ofus Antara Karier Dan Tanggungjawab

Ini kisah kami, CK2 #the2ofus Antara Karier Dan Tanggungjawab. Kisah yang susah untuk diceritakan apabila ada yang bertanya “Bagaimana kamu berdua bertemu, bagaimana sehingga ke jinjang pelamin, bagaimana bahagikan masa bersama suami, bagaimana terus berkarier walaupun ada anak kecil, bagaimana masih aktif sedangkan sedang hamil, bagaimana karier kamu berdua masih bertahan sehingga ke hari ini?”. Jawapannya adalah tanggungjawab. Bila kita meletakkan segala-galanya kepada tanggungjawab untuk Allah s.w.t, keluarga, anak dan orang sekeliling. Maka, kita akan bersungguh melakukan sesuatu perkara. Tidak bermain dengan takdir dan perasaan orang lain. Tegas dan fokus dengan apa yang kita inginkan.

Ruby dan suami lalui semua ini dari mula. Dari berkenalan dan berkawan secara jarak jauh. Dia belajar di Utara Malaysia, Ruby di Kuala Lumpur. Hari-hari kami ditemani dengan telefon bimbit sahaja. SMS masuk “buat apa tu?” Ruby jawab “siapkan assignment Programming Principle ni, sejarah programming”. Zaman kami belajar internet tidak lah seperti sekarang, semua berpandukan buku. Jadi kami masing-masing tahu bila ada assignment perlu diselesaikan ibarat membuat Research seperti seorang Professor yang ingin menerbitkan Nobel Prize Winners Books. Hehehe. Hari-hari kami berlalu seperti itu setiap hari, setiap tahun dari tahun 2006. Kemudian pada 2011 semuanya berubah, apabila masing-masing mula bertanya soalan serius, apa akan kita buat lepas ni? Ketika itu dia hanya menjawab “ibu bapa saya nak hantar tanda, sudi ke?”. Ruby jawab apa? Ketika itu kami sebaya dan berusia 25 tahun. Dia baru setahun bekerja di syarikat Oil & Gas, ruby pula di Tourism Selangor. 1 Julai 2012 kami bertunang, 10 November 2012 kami nikah. 12 January 2014 kami dikurniakan anak pertama.

ruby.my akad nikah

rubydotmy sidebar

Karier sebagai blogger pula sudah terlalu lama ruby ceburi. Dari zaman sekolah, apabila kami mendapat jemputan ke acara. Kami akan pergi berdua, pada zaman itu penganjur tidak menggemari kehadiran bersama plus 1. Jadi kami teruskan sahaja. Malah bila berada di dalam dunia blog, bila hadir acara bersama kawan lelaki. Pastinya market ruby rendah, kerana market bagi wanita single adalah lebih luas jika ingin menjadi popular. Hehe. Tetapi itulah yang menguatkan lagi hubungan ruby dan suami. Kami laluinya bersama, malah kesukaran kami nak pergi ke acara pun tiada siapa tahu. Berpanas, berhujan di atas motor. Malah kami pengguna tegar pengangkutan awam, naik lrt, naik bas semata-mata untuk penuhi jemputan acara yang dibayar oleh penganjur. Ruby bukan dari keluarga yang akan memberi segalanya kepada ruby. Tahun 2011 kami beli kereta second hand, sambung bayar loan kereta tersebut untuk lagi 6 tahun. Jadi, dengan segala cabaran ni, ruby hargai orang yang hadir dalam hidup ruby. Bersusah payah dari mula hingga ke alam perkahwinan. Beruntung ke ruby? Ini bukan kisah untung rugi, ini kisah bagaimana sikap diri kita. Sanggup ke tidak menghadapi cabaran dari bawah bersama.

CK2 #the2ofus Antara Karier Dan Tanggungjawab CK2 #the2ofus Antara Karier Dan Tanggungjawab

Perjalanan berumahtangga memang mencabar. Stress dari segala sudut, sehinggakan kemurungan malas nak bercakap pun ada. Tapi yang membuatkan kami berhubung kembali adalah perfume. Ruby jenis simpan memori melalui perfume. Wangian ni ada kenangan sentimental yang membuatkan ruby teringat saat-saat berkawan, saat-saat makan di restoran, saat-saat kami berjalan ke shopping mall dan waktu lain-lain. Uniknya kami berdua pengguna CK One, hahaha. Wangian CK memberi mood dan bau berlainan kepada individu yang menggunakannya. Ia akan beri bau jantan kepada lelaki yang memakainya dan bau manis kepada wanita yang menggunakannya. Ia sesuatu yang berbeza, unik sangat. Kini Calvin Klien telah mengeluarkan CK2. Kami telah memiliki haruman CK2. Tiap pagi kami suami isteri akan semburkan wangiang tersebut sebelum pergi kerja. Apabila pulang ke rumah, haruman CK2 masih ada. Tetapi dengan bau yang lebih keras. Hahaha. Ruby suka bila bau peluh lelaki bercampur dengan perfume CK2. Terus merangsang sel otak.

CK2 #the2ofus Antara Karier Dan Tanggungjawab

CK2 Blogger Laser Battle

Kembalinya perfume CK2 setelah 20 tahun pelancaran CK One. CK2 ini adalah wangian dwi yang mengimbangi bau dua individu. Bau yang menyegarkan dan selesa apabila digunakan menjadikannya satu wangian urban yang perlu dimiliki. Wangian CK2 mengandungi wasabi, mandarin, violet leaf absolute, wet cobblestones, orris concrete, rose absolute, sandalwood, vetiver dan incense. Setiapnya mempunyai keunikan tersendiri seperti Wasabi memberikan haruman yang mendalam, penuh dengan kejutan dan rasa yang segar. Wet Cobblestones pula mengekalkan bau kesegaran mineral secara menyeluruh dan Sandalwood pula memberi emosi sensual. Setelah di campurkan semuanya, hasilnya menyegarkan, selesa dan sensual.

CK2 #the2ofus Antara Karier Dan Tanggungjawab

CK2 mengadakan roadshow sempena pelancaran CK2 dan ia telah berlangsung dari 21 Mac 2016 hingga 27 Mac 2016 di “Center Court” Mid Valley Megamall. Terdapat tawaran esklusif diberikan kepada setiap pembelian produk CK2.

  • CK2 Eau de toilette spray 100ml RM 289
  • CK2 Eau de toilette spray 50ml RM 219

Inilah kisah kami, The2OfUs. 1 perfume boleh digunakan bersama tetapi menghasilkan bau yang unik dan berlainan kepada setiap individu. xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.