Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum by Nizam

Pada 3 March 2016 yang lalu, ruby telah menerima undangan ke Pelancaran Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum by Nizam yang berlangsung di Saloma Bistro, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) 139, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. En Nizam adalah usahawan perniagaan online E-Bay, malah sebelum menceburi bidang jualan online beliau telah melalui fasa hidup yang lebih mencabar. Cabaran kehidupan inilah yang membuatkan beliau tidak mudah putus asa dan terus mencuba pelbagai jenis perniagaan. Dari menjual kad pra bayar ke perniagaan online dengan menjual minyak wangi gred AAA. Kini En Nizam berjaya mengeluarkan wangiannya tersendiri! Hebat kan?

Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum

En Nizam mula mengorak langkah bagi menghasilkan minyak wangi dari ilham dan sentuhannya sendiri yang lebih lima tahun bergelumang dalam dunia penjualan minyak wangi. Berpandukan pengalaman melayan kerenah pelanggan, beliau mula membuat kajian untuk menghasilkan satu minyak wangi yang bakal digilai ramai. Maka tidak berapa lama kemudian terhasilllah DEWAMOR yang menggabungkan dua nama indah dari dua bahasa penuh bercitarasa. Dew membawa maksud EMBUN manakala AMOR pula membawa rasa CINTA dari bahasa Itali.

Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum

Kombinasi pati haruman ros dan blossom menjadi adunan utama Dewamor. Ia digabungkan pula dengan keunikan bauan Vanilla, Strawberi, Paraline, Musk dan Amber. Kesemuanya digabungkan menjadi sebuah haruman yang mengimbau semangat kewanitaan yang tinggi. Pink atau merah samar dipilih sebagai warna utama. Ia menjadikan Dewamor lebih membuai rasa dan perasaan wanita yang memakainya. Dewamor bakal disasarkan untuk dijual sebanyak 10 ribu botol sebulan untuk pasaran seluruh Negara. Dijangkakan Dewamor bakal memasuki pasaran lebih 42 buah Negara termasuk Negara Negara Asia Tenggara.

Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum

Bagi anda yang menyukai wangian dari pati bunga Rose, Blossom, Vanilla, Musk dan Amber inilah wangian yang paling sesuai untuk anda. Manis je baunya. Tambahan dengan botol pink dan bentuk diamond. Ia melambangkan anda seorang yang elegan, sexy dan romantis. Malah harumah Dewamor boleh bertahan sehingga 10 jam! Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum by Nizam dijual pada harga RM199 untuk saiz 45ML. Sempena pelancaran Dewamor, anda boleh dapatkan Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum by Nizam pada harga promosi bernilai RM 99.90 untuk saiz 45ML sekarang!

www.dewamor.com.my

www.facebook.com/dewamorsignature

www.twitter.com/DewamorOfficial

www.instagram.com/dewamorofficial

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum by Nizam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.