Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp

Popcorn adalah snek kegemaran ruby sekeluarga. Ruby sudah mengenali popcorn ketika kecil. Paling kerap ruby makan adalah ketika menonton wayang dan filem di rumah. Hehehehe. Dari situ, kita akan tahu memilih popcorn apa yang sedap. Ada yang lemau, ada yang terlampau manis, ada yang rasa pelik. Jadi, pencarian popcorn sedap tidak akan habis, sehinggalah kita jumpa jenama yang betul-betul menangkap selera iaitu Garrett Popcorn. Jika anda penggemar setia Garrett Popcorn, pastinya anda ternanti-nanti perisa terkini dari Garret kan? Konsep Garrett Popcorn sangat unik kerana mereka menekankan kualiti perisa tetap, perisa bulanan dan edisi terhad. Bulan ini perisa Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp menjadi kegemaran ruby!

Sedikit sejarah “Garrett Popcorn Shops® – A Chicago Tradition from the USA Since 1949“, Garrett Popcorn Shops bermula dari keluarga Garrett yang pada ketika itu setiap keluarga ahli telah dicabar untuk mencipta resipi karamel popcorn. Satu ciptaan lain dari yang lain telah terhasil, dan ia dipanggil CaramelCrisp™ untuk membezakan rasa yang unik dan halus, crème brûlée dari jenis ‘jagung karamel’ telah disediakan pada masa itu. Tahun 1949 adalah pembukaan Garrett Popcorn Shops dan pelanggan berbaris panjang dan semua tidak sabar untuk membeli tin Garrett Popcorn selain resepi Garrett Popcorn yang sedap.

Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp

Hari ini Garrett Popcorn Shops masih mengekalkan tagline “A Chicago Tradition from the USA since 1949”. Garrett Popcorn dihasilkan secara tradisional setiap hari, dalam cerek tembaga, menggunakan hanya tujuh ramuan berkualiti dan tiada bahan pengawet. Garrett Popcorn Shops melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan Garrett Popcorn Shops di seluruh dunia, bukan sahaja di Chicago. Kini Garrett Popcorn boleh di dapati di New York, Las Vegas, Detroit, Atlanta, UAE, Hong Kong, Jepun, Kuwait, Thailand, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp

Ruby dah cuba Garrett Popcorn perisa Matcha CaramelCrisp dan ia mempunyai rasa yang unik. Tertanya-tanya Matcha CaramelCrisp ni dari resepi apa dan apakah inspirasi Garrett Popcorn untuk hasilkan perisa ini. Satu kali kunyahan mesti rasa ketagih ingin lagi. Hahaha. Setiap kali makan Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp ruby tidak lokek untuk berkongsi dengan keluarga. Seronok berkongsi makanan, tambahan dari Garrett Popcorn. Kalau beli Garrett Popcorn, mesti saiz 1 Gallon. Supaya semua boleh makan bersama. Perisa baru Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp lagilah mereka suka. Lepas tu minum pula dengan Marakesh Tea. Rasa Pudina dan Matcha CaramelCrisp sangat serasi. Kalau bawa Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp ketika piknik, Garrett Popcorn lagi mendapat sambutan dari makanan lain. Sebab kami akan lebih enjoy menikmati keindahan alam sambil makan Garrett Popcorn. Hahaha.

Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp

Harada matcha diperoleh dari wilayah Shizuoka (kawasan yang sangat terkenal dengan teh) di Jepun, berdasarkan cadangan daripada pasukan Garrett di Jepun. Pasukan Garrett Jepun juga membangunkan rasa dengan matlamat untuk mempunyai rasa teh hijau yang kuat tanpa menjejaskan kompleksiti CaramelCrisp. Harada matcha telah dipilih kerana ia menjadi padanan terbaik CaramelCrisp berdasarkan aroma, rasa, mouthfeel dan warna. Matcha yang gunakan adalah cukup berkualiti tinggi. Ia dikenali sebagai “Aki Matcha” – teh serbuk hijau atau “Hiki Cha” dari Harada Tea Processing Co., Ltd. (Kishi-mach, Shimada-shi, Shizuoka, Japan). Perisa terhad Matcha CaramelCrisp ini dibuat setiap hari agar terjamin kualiti.

Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp

Harga Garrett Popcorn Matcha CaramelCrisp

Harga bermula dari RM17 (Beg Kecil) ke atas dan untuk Tin dari RM40 (Quart) ke atas.

Cawangan Garret Popcorn Shops Malaysia

  • KLIA2 Lot L2-112, Level 2 gateway@klia2 KL International Airport, Jalan KLIA2/1 64000 KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan Malaysia
  • Waktu Operasi : Isnin-Ahad 7AM – 11PM
  • SURIA KLCC Lot C15I, Concourse Floor, Suria KLCC Kuala Lumpur City Centre Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10AM – 10PM
  • ONE UTAMA Lot G139B, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10AM – 10PM
  • MID VALLEY Level 3, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10AM – 10PM

Jom LIKE halaman Facebook Garrett Popcorn Malaysia untuk anda ketahui apa yang terkini dan trending dari Garret Popcorn.

www.garrettpopcorn.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.