Alhamdulillah dah minggu ke 32. Tetapi Hamil Kali Ke-2 : 32 Weeks Pregnancy Kejang Otot. Risau sebab apa? Sebab minggu ini Adam dilahirkan. Berdoa janganlah adik pun lahir awal. Biarlah full term kan. 37 minggu pun okay. Hehe.

Sepanjang hamil untuk minggu ke 32 ni ruby sering diserang kekejangan kaki sekitar jam 4 pagi. Sakitnya di bahagian betis tu Allah je yang tahu. Sampaikan ruby kejutkan suami untuk minta tolong regangkan otot dan urut. Kesiannya suami. Dah le kena kerja siang tu. Adam sering tidur lewat. Ruby pula kacau bila waktu awal pagi. Kadang dengar Azan Subuh dia berhenti urut dan pergi solat, kemudian dia gosok baju dan seluar kerja. Sarapan pun makan koko crunch dan susu. Takda dah nak sediakan nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, roti bakar atau air milo. Wuwuwuwuwuwu. Besar pengorbanan suami. Redha je berdikari. Semoga syurga tempat mu ye sayang.

image

Ruby waktu siang jaga Adam, homeschooling dia. Kemudian masak lah makanan simpel-simpel. Paling simpel nasi putih, telor dadar dan kicap.  Masak macam-macam pun Adam taknak makan, jadi kita masak apa yang dia confirm makan. Hurmmm. Badan ruby ni dah ketih benor. Bila minggu ke 32 ni mula lah rasa nak bersalin. Rasa macam nak pecah ketuban. Bayi dalam rahim seakan-akan tahu ibu tengah risau dan acah-acah gerak aktif macam contractions nak bersalin. Mula lah cari tempat duduk untuk rehat. Mungkin fetal distressed kot? Sebab ibu asyik risau. Hahaha.

image

Masa Antenatal Check-up nurse selalu pesan, bila waktu relax tu letak kaki atas bantal. Amalkan senaman kaki. Supaya tak bengkak air. Kemudian bila cramp tu selalu gerakkan ibu jari kaki dan pergelangan kaki. Ruby dah amalkan semua tu. Alhamdulillah okay. Cuma, nurse cakap kena minum susu! Bukan 1 gelas sehari, tetapi 2 gelas sehari kalau boleh. Kemudian banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Sayuran bayam, kekacang seperti bijan, almond, kacang soya, Ikan Mackerel, beras perang, buah avocados,  buah ara, pisang, yogurt dan lain-lain yang bersesuaian.

Doakan ruby selamat melahirkan ya. Amin.

145 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge