Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu

1

Assalammualaikum semua, hari ni ruby nak kongsikan apa persedian ruby telah buat semasa 33 minggu untuk menyambut kelahiran anak kami yang kedua. Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu. Memandangkan berpantang kali ini tiada siapa akan jaga ruby sebab parent sibuk dan dah berusia. Jadi inisiatif suami dan ruby sendiri untuk mencari bidan, tukang urut, penjaga, keperluan berpantang dan keperluan bayi. Pada mulanya memang runsing, sebab sebagai ibu hamil. Mestilah kita berharap family kita akan jaga kita. Tapi bila fikirkan balik, kesian pula. Takpelah, kita pelan-pelan plan. Masa Adam dulu pun ruby beberapa hari je berpantang di rumah mak. Kemudian suami yang jaga. 100 hari berpantang tau. Hehehe.

Maksud berpantang ni ramai juga yang fikir ia mudah. Malah barang tradisional pun susah ruby nak cari tau! Nasib baik lah zaman internet ni semuanya serba boleh. Alhamdulillah jumpa apa yag ruby cari. Cuma kena keluarkan modal la kan. RM kena sedia dari awal dah disahkan hamil. Menabung sikit-sikit. Huhu. Kadang tersasar juga. Hurmmm. Nak buat macam mana bila kita hamil di zaman kegawatan ekonomi. Persiapan keperluan bayi dan ibu yang ruby sediakan adalah paling minimal. Haha

Persediaan Hospital

InsyaAllah ruby akan bersalin di hospital kerajaan kerana kelengkapan yang cukup dan staff berpengalaman. Bag Hospital paling penting. Pastikan bawa barang keperluan sahaja. Sebab kalau anda bawa barang terlalu banyak, maka ruang hospital kerajaan yang saiz kecil akan menjadi bersepah. Dengan towel di sidai di kerusi atau kepala katil. Pakaian yang bersih bercampur dengan yang telah digunakan. Kemudian makanan dan minuman di atas meja. Buku bacaan lagi. Hahaha. Mau sister datang tegur, “ibu sila kemas ya, nanti doktor datang nak masuk pun tak muat”. Hehehe.

Ruby terjumpa gambar list di bawah ni dan keperluan yang disenaraikan sama dengan ruby buat masa bersalin Adam dulu. Bag hospital ini akan digunakan apabila masuk ke kaunter wad bersalin, masa ni nurse suruh tukar pakaian, kain batik, tshirt lengan panjang dan tudung sarung. Takda dah nak tudung lilit dah ya. Semua sarung je. Jika datang ke hospital dengan kain batik sesiap takpelah. Haha.

Kemudian zip bag balik dan berikan kepada suami di ruang menunggu. Itupun jika suami ikut, jika suami tidak ikut. Letakkan bag tersebut di tempat selamat, atau bawa je sekali bila doktor nak cek bukaan rahim dan scan baby. Boleh dikatakan lama juga nak menunggu giliran untuk doktor cek. Sebab ramai ibu nak bersalin. Jadi, masa ni amalkan zikir, baca Al-Quran, baca buku berkenaan prenatal dan manfaatkan masa ni belajar teknik pernafasan.

Setelah doktor cek bukaan dan daftarkan anda untuk masuk wad. Masa ni bawalah bag hospital tu sekali. Jika suami pegang maklumkan kepada dia. Kebiasannya masuk wad bersalin ni disebabkan komplikasi atau bukaan dah 6cm. Kadang check in wad waktu malam dan di luar waktu melawat, untuk elakkan tidak keselesaan ibu lain di wad. Minta suami letak dan susun atur bag sahaja dan kemudian suami boleh pulang untuk berehat. Macam suami ruby dia dah risau sangat. Dia tidur dekat surau. Suami mana ada bawa pakaian, bertambah kesian pula dekat dia. Tapi kita dah mudahkan suami dengan sediakan bag hospital ni. Jika berlaku kecemasan nak bersalin, tidak lah suami terkocoh-kocoh nak sediakan pula. Senarai keperluan pun mereka tiada, malah nanti jadi banyak barang yang dibawa. Manusia bila panik, kain batik depan mata pun tidak nampak. Ini kan pula suruh kumpulkan barang mandian, tuala, maternity pad dan lain-lain. Haha.

Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu

Bahan Bacaan

Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu

Berpantang

Berpantang ada banyak cara. Ada yang berpantan 44 hari, 60 hari, 100 hari dan 6 bulan. 44 hari adalah pantang untuk ibu kembali sihat bertenaga. berurut, bertungku, berbengkung, berlulur, mandi herba dan bertangas. Pantang dari keluar rumah pada ketika ini. Khuatir akan meroyan dan bergerak aktif mengakibatkan rahim lambat kecut. Berpantang 60 hari adalah mengikut dari darah nifas, kebiasaannya limit masa yang diberi untuk habis nifas adalah 60 hari. Berpantang 100 hari adalah berpantang dari intim bersama suami. Dengan cara ini, ibu dapat menjaga rahim. Tetapi di dalam Islam tidak meletakkan apa-apa syarat untuk tidak bersama suami melainkan darah nifas masih ada. Jika nifas habis pada 40 hari, dan suami ingin bersama. Berdosa menolak, tetapi anda boleh berbincang dan semoga suami memahami. InsyaAllah. Sepanjang berpantang, amalkan pemakanan yang sihat, belajar makan makanan sihat dan praktiskan sampai bila-bila. Masa berpantang ni lah anda boleh amalkan tidak minum ais. Ais ni memang buat sakit urat dan kembang badan. Serius!

Diantara pakej berpantang yang ruby telah jumpa. Dua bidan ni ruby suka cara servis mereka.

1 – Puan Rina dari Perkhidmatan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu

2 – Puan Jue dari Spa Makcik Kampung

**Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
**Dibincangkan dgn pihak puan untuk persetujuan bersama

Pakej 3x Urut@hari RM 380
Urut
Bertungku Batu Sungai
Mandian Herba daun segar
Param
Pilis
Pakaikan Bengkung

Pakej 5x Urut@hari RM 620
Urut
Bertungku Batu Sungai
Mandian Herba
Param
Pilis
Pakaikan Bengkung

Pakej 7x Urut@hari RM 800
Urut
Bertungku Batu Sungai
Mandian Herba
Param
Pilis
Pakaikan Bengkung

BERTANGAS RM 50
Tradisional Tangas herba kering menggunakan bara arang.
Herba tangas boleh guna 3 – 4kali

Sesi urutan merangkumi proses :

Menaikkan Rahim / Peranakan
Urutan Payudara Bagi Melancarkan Perjalanan Air Susu/ Banyakan Susu / Mengurangkan bengkak susu
Urutan Buang Angin
Urutan Bengkak Lepas Bersalin
Urutan bagi Memudahkan/melawaskan Buang Air Besar
Urutan Bagi Melancarkan Perjalanan Darah
Urutan Bagi Mengeluarkan Sisa-sisa Darah yang tertinggal.

Pakej baby RM 30
Mandikan bayi
Urutan bayi3
Tuam perut n ari2 bayi…1stgh jam
Bedung

Ibu baru jg akan diajar cara mengurus bayi

PAKEJ PENJAGAAN PANTANG – daily visit 8pg to 8 mlm

7 hari – RM 1,500
14 hari – RM 3,000
21 hari – RM 4,500
28 hari – RM 6,000

– 4x smggu urutan bersalin
– 1x smggu lulur herba
– 2x smggu bertangas
– setiap hari mandian herba, bertungku, pemakaian pilis & boros, pemakaian bengkung, masakan dalam pantang, mandi bayi, mencuci baju ibu & bayi serta tukar lampin bayi

Utk booking :
Deposit 15% dari harga pakej.

Jadi pakej mana yang ruby akan pilih? Kena booking siap-siap. Sebab berkemungkinan besar bidan sibuk uruskan ibu yang lain. Sebab tu anda kena bayar deposit booking. Nanti bidan boleh standby. Mereka pun faham bahawa due date bersalin kebiasaanya tidak ikut buku pink doktor tu. Hehe.

Barang Keperluan Bayi

Alhamdulillah InsyaAllah ruby bakal melahirkan anak lelaki kedua. Jadi persiapan bayi kedua sama dengan anak pertama ruby. Adam pun ruby beli produk yang akan dia guna. Tidak membazir dengan set macam-macam tu. Sebab kena berjimat. Kita tak pasti sama ada kos bersalin dan rawatan mahal atau murah, tambahan barang keperluan lain seperti pampers juga mahal. Jadi, mana yang boleh kita jimat. Jimatlah. Hehe.

  • Minyak Telon Anugerah RM 15
  • Balsem Vicks RM 12.88
  • Minyak Kelapa Dara Bio Asli RM 37
  • Termometer Lazada RM 45
  • Barut bayi Jahit Sendiri
  • Sikat
  • Ketip Kuku
  • Sudocrem RM 16.85
  • Bedung dari Kain Napkin Disney
  • Baby Hooded Towel
  • Romper
  • Mittens, Booties & Hats

Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu

Itu je barang keperluan baby yang ruby sediakan. Hehe. Pakaian semua ruby beli dekat baby expo atau warehouse sale.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 Comment

  1. All the best, Ruby. You can do it. Merryn pantang 30 hari jer. Itu pun pantang tipu. Haha sebab hari ke-5 dah basuh rambut, keluar jalan. Orang Cina kata tak leh makan ayam 100 hari. Merryn waktu pantang makan ayam. Lain orang, lain caranya lah kan?

Leave A Reply

CommentLuv badge