Bersempena peraduan yang sedang berlangsung, LEXUS telah mengadakan program istimewa iaitu LEXUS Detik Penuh Keceriaan Bersama Sharifah Aleya baru-baru ini. LEXUS, biskut sandwic sayuran kalsium dengan inti berkrim, menganjurkan bengkel ‘bento’ untuk ibu-ibu dan anak-anak, dengan mencadangkan mereka cara bagi menjadikan setiap detik bersama anak-anak suatu memori yang indah dan dapat memberikan perbezaan ketara kepada rutin harian mereka. Bengkel yang menyeronokkan ini bakal dihoskan oleh selebriti dan personaliti tempatan, Sharifah Aleya yang ditemani oleh anak kembar beliau untuk acara demonstrasi ‘bento’ secara langsung.

LEXUS Detik Penuh Keceriaan

Dengan semakin ramai ibu-ibu yang bekerja di Malaysia, mencari imbangan antara kerjaya dan keluarga adalah cabaran kepada kebanyakan mereka. Melalui kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK), LEXUS, biskut sandwic yang paling laris di Munchy’s boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja di rumah, berhasrat memperkasakan ibu-ibu dengan mencipta kreativiti mereka dalam mencari cara mentransformasikan rutin harian dengan anak-anak kepada sesuatu yang istimewa.

“Di LEXUS, kami percaya bahawa waktu yang berkualiti dihabiskan dengan anak-anak adalah waktu yang bermakna. Oleh yang demikian kempen Detik Penuh Keceriaan LEXUS menekankan masa-masa terhad ibu-ibu dengan anak-anak mereka adalah waktu paling berharga berbanding perkara-perkara lain di dunia ini,” kata Imun Lim, Pengurus Besar Pemasaran Munchworld Marketing Sdn Bhd.

Lim seterusnya berkongsi bahawa jenama mereka berinspirasikan terhadap memperkasa ibu-ibu Malaysia mencipta memori mereka sendiri dengan anak-anak melalui kempen ini. “Ia bukan mengenai benda-benda yang besar dan mahal, tetapi kenangan-kenagan yang kecil seperti menyediakan bekal makan tengah hari atau berkongsi biskut sandwic yang lebih diutamakan. LEXUS menghargai momen-momen begini kerana kami percaya bahawa kasih sayang ketika zaman kanak-kanak bakal membentuk peribadi anak-anak pada masa hadapan.”

Detik Penuh Keceriaan LEXUS bakal berlangsung selama empat bulan dengan jenama biskut sandwic ini dan berhasrat membantu para ibu mencipta memori ceria yang kekal. Sebagai sebahagian dari kempen ini, jenama ini akan menganjurkan bengkel dan demonstrasi ‘bento’ di kedai-kedai terpilih sehingga sambutan Hari Ibu nanti.

Bengkel Ceria Bento dengan LEXUS dan ALEYA

Untuk memulakan kempen bengkel ‘bento’ tersebut, LEXUS bekerjasama dengan personaliti radio dan hos terkenal Sharifah Aleya, bagi bengkel ‘bento’ pertama Detik Penuh Keceriaan untuk merakamkan hubungan antara ibu dan anak. Bakal dilengkapi dengan aktiviti pembelajaran dan permainan, ibu-ibu dan anak-anak ditugaskan untuk menyiapkan bekal makan tengah hari ‘bento’ bersama-sama, pada masa yang sama dapat merapatkan hubungan mereka dengan menjadikan rutin mudah tersebut kepada memori LEXUS yang tidak dapat dilupakan.

LEXUS Detik Penuh Keceriaan

“Saya amat gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif LEXUS yang memperkasa ibu-ibu, seperti saya untuk menghargai setiap detik atau momen dalam rutin harian dengan anak-anak kita. Pada saya, apa yang penting dalam sehari adalah apabila saya bersama anak-anak saya. Kami sebagai ibu, bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada mereka, tetapi kita juga perlu ingat anak-anak ini membesar dengan cepat dan kita perlu berusaha untuk memperlahankan perkembangan itu dengan mencipta memori yang bermakna.

LEXUS Detik Penuh Keceriaan LEXUS Detik Penuh Keceriaan

Membuat bekal makanan ‘bento’ ini menjadi aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak saya,” kata Aleya, yang mempunyai ramai pengikut instagram yang mengikuti perkembangan anak kembar beliau. Aleya menambah, beliau kebiasaannya mendapat inspirasi dari laman web berkaitan ibu-ibu atau forum, dan beliau teruja untuk berkongsi buku resipi ‘bento’ yang disediakan oleh LEXUS untuk memberi inspirasi kepada ibu-ibu Malaysia mencipta memori bermakna bersama-sama. Buku resipi LEXUS dan bekal makanan LEXUS akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian LEXUS 456 / 400gm di kedai-kedai terpilih sementara stok masih ada. Kini ibu-ibu mampu mencipta memori di rumah dengan anak-anak mereka dengan menggunakan idea-idea dari buku resipi dan bekals makanan tersebut.

Peraduan LEXUS Detik Penuh Keceriaan

Dengan sambutan Hari Ibu semakin hampir, LEXUS berhasrat untuk menyambut dan memberi ganjaran kepada ibu-ibu dengan pelancaran #LEXUSDPK, iaitu peraduan online yang memberikan peluang kepada ibu-ibu memenangi percutian keluarga ke Tanjung Rhu Resort di Langkawi untuk 3H2M. Ibu-ibu digalakkan untuk memuatnaik imej bekal makan tengah hari yang dicipta yang disertakan bungkusan LEXUS dengan menggunakan hashtag #LexusDPK dan berpeluang memenangi hadiah menarik sempena Sambutan Hari Ibu nanti.

LEXUS Detik Penuh Keceriaan

Ikuti cara mudah berikut :

1. Cipta lunch box paling kreatif untuk anak anda yang mengandungi bungkusan LEXUS
2. Muat naik gambar dan kapsyen sesuai di bit.ly/LexusDPK
3. Jangan lupa masukkan hashtag #LexusDPK

Bersempena dengan kempen ini, LEXUS melancarkan Choco Coated Chocolate saiz 400gm baharu yang memberikan lebih nilai. Dengan biskut krim bersalut coklat dan inti berkrim, LEXUS Choco Coated boleh dikongsi dengan yang tersayang. LEXUS boleh didapati dalam lima perisa yang berbeza termasuk coklat, mentega kacang, keju, sayuran dan krim bersalut coklat. Ia terdapat dalam tiga saiz yang berbeza iaitu, 456 / 400 gm (pek nilai) berharga RM8.75; 190 / 200 gm (pek perkongsian) berharga RM5.04 dan 57 gm (pek individu), berharga RM1.23. Semua harga dinyatakan di sini adalah termasuk GST.

Good Luck!

www.facebook.com/Munchys

99 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge