Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016

      No Comments on Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016

Bagi negara empat musim, musim Winter, Spring, Summer dan Fall/Autumn adalah musim yang berlainan dan memerlukan persediaan rapi. Dari pakaian, makanan, tempat tinggal dan juga penjagaan diri iaitu mekap. Jika musim panas, banyak produk kecantikan yang digunakan adalah jenis waterproof, sweatproof dan natural. Apabila musim Spring tiba, cuaca agak dingin dan permandangan sangat cantik dengan bunga mula mekar. Jadi, mood ketika ini sangat berbunga-bunga. Kebanyakan akan mengenakan pakaian bewarna pastel, mekap pastel dan kelihatan sweet sepanjang masa. Maka dengan itu Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016 telah dicipta bagi memberi mood musim bunga kepada anda. Baguskan?

Ada sesuatu yang tidak dapat dinafikan iaitu inspirasi mengenai cahaya matahari hangat dan bunga segar, bunga yang cantik dan sayur-sayuran yang subur. Edisi terhad Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016 adalah keindahan taman yang diilhamkan dan dibangunkan dengan kerjasama pereka fesyen Patricia Bonaldi.

“Koleksi produk didorong oleh dua jenama serasi,” kata Bonaldi. “Di tengah-tengah ia adalah wanita. Yang bekerja dan menjaga mereka. Kami telah menambah keseronokan segar dan perasaan untuk tarikan istimewa Mary Kay, mewujudkan sesuatu yang menyegarkan dan baru tetapi tanpa memudarkan intipati Mary Kay, “katanya.

Bekerja sama dengan Patricia Bonaldi, Mary Kay membangunkan edisi terhad Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016 yang sempurna  dan mempunyai daya tarikan semasa fesyen dengan bunga-bungaan. Patricia Bonaldi adalah kelahiran Brazil, membuatkan ramai selebriti dan editor fesyen terpikat dengan estetika beliau untuk mewujudkan kerja-kerja seni. Kreativitinya mencerminkan semangat untuk kecantikan dan inovasi Into The Gardens adalah kolabrasi antara dua jenama dan ditambah dengan kepakaran keindahan Mary Kay Makeup Artist Global iaitu Sebastian Correa. Maka hasilnya adalah koleksi solek yang istimewa.

 

Pendapat peribadi ruby tentang Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016 adalah ia adalah palette yang bersesuaian untuk dibawa kemana sahaja. Malah variasi warna sangat bersesuaian untuk semua acara. Kita masih lagi nampak manis dan cantik walau mengenakan warna gelap dan dikombinasikan dengan warna lembut yang lain. Manakala bagi warna lip gloss pula memberi wajah kita nampak segar.

Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016 Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016

Tekstur eye shadow yang disediakan sangat padat, sesuai dengan kelopak mata ruby yang sepet dan berlipat. Ia akan memberi sapuan rata. Hanya pakai sedikit sahaja sudah nampak perbezaan.

Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016 bernilai RM 115. Ia terdapat 4 warna eyeshadow, 3 lip gloss color dan berus aplikasi.

  • Eye colors: Violet, Natural Taupe, Pink and Plum Brown.
  • Lip colors: Nude, Pink and Coral.

Dapatkan koleksi Mary Kay Into The Gardens Spring Collection 2016 sekarang!

Hubungi Independent Beauty Consultant di 03-7711 7500

www.marykay.com.my

www.facebook.com/MaryKay.com.my

www.instagram.com/marykaymysg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge