Baru-baru ini pada 28 Februari 2016 ruby telah menghadiri program Step Into The Future bersama Zahnita Wilson di Kelab Tasik Putrajaya. Program ini lebih kepada perkongsian bagaimana ingin memulakan sesuatu kerjaya melalui apa yang kita minat. Sudah tentu program keusahawan adalah pilihan rakyat Malaysia kan? Semua nak berubah dan tidak mahu hanya melakukan satu pekerjaan sahaja. Tambahan dengan kos sara hidup meningkat dan harga barang di luar yang sangat tidak masuk akal. Apa lagi pilihan yang kita ada selain berniaga? Nak join MLM, memang tidak lah kan.

Program seperti begini memang ruby suka. Silicon Valley comes to Malaysia, Startup Malaysia, MDEC, Malaysia Social Media Week dan uji bakat untuk dapatkan investor di Nescafe Kick Start. Jadi, untuk teruskan usaha dan tidak putus asa mengejar impian, Ruby lebih suka menyertai program keusahawan. Selain dari membaca buku. Hehehe.

Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson

Mana nak dapat lagi program percuma dari seorang super model yang berpengalaman dalam industri keusahawanan. Takkanlah selama beliau menjadi model tidak menimba ilmu bagaimana ingin mencipta jenama dan dapat tips dari pemilik perniagaan tersohor di Malaysia. Kan? Kerjaya sebagai model juga sebahagian keusahawanan kerana perlu sediakan rekod akaun, jadual, perkhidmatan yang bagus dan menjaga kualiti agar sering dipanggil lagi untuk tawaran model seterusnya. Perlu usaha dan rajin, mana ada panggilan kerja dan duit datang bergolek.

Ruby sebagai blogger pun begitu. Kita pun ada tempoh berehat dan naik turun. Tapi dalam masa berehat dan sibuk urusan keluarga, kita kena ada plan juga kan? Takkan nak jaga anak dan jadi suri rumah aje? Wanita ni hebat, jadi suri rumah, jaga anak pun boleh mulakan perniagaan. Jual tudung, jual makanan kesihatan, jual biskut, jual roti, jual sabun wangi, jual pakaian bayi, jual aiskrim Malaysia dan macam-macam lagi. Betul tak?

Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson

Juruacara program Step Into The Future bersama Zahnita Wilson : En Shah

Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson

STEP 1: Talk by Zahnita Wilson

  • Journey of Self-actualization
  • Building The Future
  • Handling Crisis & Perception Management
  • Life Skills & Time Management
  • Turning Dreams Into Reality

Untuk perkongsian pertama, Zahnita berkongsi tentang kehidupan beliau. Bagaimana beliau dibesarkan. Latar belakang keluarga. Kemudian apa yang dilalui sepanjang kehidupan ini, malah beliau juga berkongsi kehidupan awal uji bakat model dan berlakon. Banyak pengalaman dan krisis dilalui. Tetapi beliau tangani dengan menghadapi situasi, plan dan perbaiki kesilapan lalu agar lebih baik pada masa akan datang. Kehidupan sebelum ini beliau hanya ikut sahaja perjalanan tanpa plan dan tidak terfikir pada masa akan datang beliau akan jadi apa. 10 tahun akan datang jadi apa? Sehinggalah bila sudah berkeluarga dan memiliki cahaya mata, baru beliau tahu apa yang ingin beliau kecapi. Jadi, dalam apa sahaja kita ingin buat. Masih belum terlewat untuk mencapai cita-cita kan? Better start now or never kan?

Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson

STEP 2: Makeup DEMO & Hijab Styling by Zahnita Wilson & MUA Emmie Lee

  • Grooming & Creating Personal Style
  • Wardrobe Advisory & Fashion Style

Masa ni semua peserta suka. Belajar pakai mekap dan pakai turban. Hehehe.

Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson

STEP 3: Resume & Profile Building

  • Character Analysis
  • Confidence, Body Language & Soft Skills
  • Personal Branding
  • Corporate Image & Brand Consulting
  • Marketing Stratergies

Sesi ini juga ruby belajar The Four Temperaments dalam menganalisis karakter. Yang mana satu diri kita dan yang mana satu manusia yang sering kita jumpa?

Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson

Ucapan kata-kata lauan dari Datuk Azli Halim selaku penaja dan Editor Majalah Santai Travel.
Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson Program Step Into The Future Bersama Zahnita Wilson

Nantikan program seterusnya dari MY1NETWORKS jika anda ingin turut serta menimba ilmu keusahawan.

www.instagram.com/zahnitawilson_my1networks

www.instagram.com/zahnita

165 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer and youtuber at ruby.my. The content of this blog consisting sponsor and personal shopper experience. As i'm write up something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy. -Ruby.MY-

2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge