Masa ruby kecil dulu, berpeluang juga merasai nikmat duduk bersama atok dan opah di kampung. Sebab mak sibuk bekerja di Kuala Lumpur. Mula-mula memang terasa hati juga, kenapa duduk di kampung sebab kami tiga beradik ada pengasuh di Kuala Lumpur. Tapi masa tu kecil, ruby tidak faham situasi yang dilalui oleh ibu ruby. Dalam mengejar cita-cita, duit pula tiada untuk menyara kami. Jadi, bila hantar kami ke kampung. Mak boleh bekerja tanpa risaukan kami. Bile tonton filem The Kid from Big Apple. Ruby rindu sangat. Rindu dengan suasana macam tu. Jadi kanak-kanak, apa yang kami akan risaukan? Hanya risaukan kenapa mak tinggalkan kami je. Tapi atok, opah, ibu saudara, pak saudara berjaya mengambil hati ruby. Pelbagai aktiviti diadakan. Malah siap ajar ruby memasak dan buat air teh susu.

Di dalam filem The Kid from Big Apple ini ada pelakon yang ruby minat. Masa ruby sekolah dulu, petang-petang mesti tonton drama lakonan Jessica Hsuan dalam Detective Investigation Files IV. Tahun 1999. Hahaha. Lama betul. Manakala Tommy Tam adalah pelakon lama yang menghiasi filem lama dengan watak hero kacak. Tergoda dengan kening dan rambut panjang lakonan Tommy Tam.

The Kid from Big Apple The Kid from Big Apple

Filem The Kid from Big Apple ini mengisahkan Sarah (Tan Qin Lin), seorang gadis 12 tahun dilahirkan dan dibesarkan di New York City. Oleh kerana ibunya (Jessica Hsuan) perlu berpindah ke China untuk beberapa bulan demi tugasan kerja, dia tidak mempunyai pilihan untuk kembali ke Malaysia dan meminta bapanya (Tommy Tam) untuk membantu menjaga anaknya selama beberapa bulan. Untuk seorang anak muda seperti Sarah yang membesar di New York amat susah untuk serasi dengan suasana di Malaysia. Malah tinggal di rumah flat datuknya dan suasana kejiranan yang lain dari yang lain. Seolah-olah seperti semua mimpi ngeri menjadi kenyataan.

 

The Kid from Big Apple The Kid from Big AppleRuby dah tonton filem ini bersama Adam dan sangat suka dengan cinematography dan jalan cerita filem ini. Walaupun ia kisah kekeluargaan, tetapi boleh menarik perhatian anak-anak kita dengan warna yang menarik dan telatah pelakon filem The Kid from Big Apple. Ketika mereka main pondok-pondok, makan di McDonald bersama atok, kemudian waktu beli hadiah hari Natal. Ada mesej dan pengajaran yang disampaikan. Anak-anak suka dipuji dan perhatian. Bila dia dapat terima nasihat dari seseorang, bermakna dia sudah mula lembut hati. Macam Sarah, pada mulanya keras hati dengan atoknya. Siap cakap english je, bila dapat french fries, baru cakap cina. Comel betul Sarah ni. Atok dia panggil Sal-lah. Salah Salah. Comel betul filem ni.

Hurrmmm rindu pula zaman kanak-kanak.

Anda boleh tonton filem ini bermula 10 March 2015 di pawagam seluruh negara! Jangan ketinggalan!

www.facebook.com/thekidfromthebigapple

126 Total Views 1 Views Today
Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge