Seramai 226,000 Pengunjung Hadir Ke Festival Beautiful Terengganu 2016 Angsana Mall Johor

Tahniah! Seramai 226,000 pengunjung hadir ke Festival Beautiful Terengganu 2016 Angsana Mall Johor. ‘Beautiful Terengganu 2016’ merupakan program memperkenalkan dan mempromosikan Terengganu melalui ‘Consumer Show’, ‘Trade Show’, makanan tradisional T-Kitchen, persembahan kebudayaan, pertunjukan permainan tradisional dan ‘Travel Mart’ yang melibatkan pameran, promosi, persembahan dan jualan usahawan-usahawan sektor pelancongan dan sektor-sektor sokongan pelancongan Negeri Terengganu.

‘Beautiful Terengganu 2016’ merupakan kesinambungan daripada kejayaan penganjuran PESONA TERENGGANU 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Terengganu pada 29 Nov – 2 Nov 2015. Pemilihan lokasi ‘Beautiful Terengganu 2016’ di Angsana Johor Bharu Mall kali ini adalah amat bersesuaian memandangkan ianya merupakan lokasi utama membeli belah dan riadah keluarga bukan sahaja kepada masyarakat Johor, malah ianya turut menjadi tumpuan utama rakyat negeri-negeri di selatan Semenanjung dan juga antara pilihan utama wargakota daripada Singapura.

Seramai 226,000 Pengunjung Hadir Ke Festival Beautiful Terengganu 2016 Angsana Mall Johor

BeautifulTerengganu2016-1

‘Beautiful Terengganu 2016’ bertujuan untuk meneruskan sinergi pencetus kesedaran baru kepada transformasi pembangunan sosioekonomi Negeri Terengganu agar masyarakat luar mendapat maklumat sebenar kepesatan pembangunan industri pelancongan di Negeri Terengganu.

Memberi peluang kepada masyarakat luar untuk melihat, merasai, mengalami sendiri keunikan produk, destinasi pelancongan dan menonjolkan juga kekuatan seni, budaya dan warisan yang terdapat di Negeri Terengganu dalam usaha menggamit kehadiran lebih ramai pengunjung ke Negeri Terengganu.

Sebagai ‘platform’ mewujudkan peluang dan jalinan perniagaan serta mendapatkan rakan niaga di kalangan pengusaha dan pengedar dari luar Terengganu, terutamanya dari negeri-negeri di selatan Semenanjung dan dari negara Singapura.

Mempromosi produk dan perkhidmatan usahawan IKS Negeri Terengganu di samping mengembangkan peluang pengedaran produk IKS tempatan ke luar Terengganu. ‘Platform’ kepada promosi awal kempen Tahun Melawat Terengganu 2017.

‘Consumer Show’ adalah penglibatan aktiviti pameran, promosi dan jualan produk dan perkhidmatan IKS Negeri Terengganu. Melalui ‘Consumer Show’, ianya akan menempatkan seramai 100 orang usahawan berdasarkan kategori produk makanan, asas tani, kraf dan warisan, tekstil dan perkhidmatan. Di antara usahawan yang menyertai ‘Consumer Show’ adalah Noor Arfa Batik, Nozi Batik, Tunjang Bakawali Sdn Bhd, Terengganu Leather Sdn Bhd, Koleksi Idaman Wanita, Sinku Food Industries Sdn Bhd dan pelbagai lagi produk tekstil serta pakaian yang mempesonakan dari Terengganu.

‘Trade Fair’ pula memberi fokus kepada sub sector pelancongan di Negeri Terengganu iaitu eko pelancongan (ecotourism), pelancongan pendidikan (edu tourism), pelancongan sukan (sports tourism), pelancongan agro (agro tourism), pelancongan budaya (culture tourism) dan pelancongan makanan (food tourism).

‘Terengganu Kitchen’ pula menempatkan seramai 30 orang usahawan yang akan menjual pelbagai juadah makanan dari Terengganu. Di antara usahawan yang terlibat adalah Bekang Tok Minah, Keropok Ikan Special, Keropok Warisan Terengganu dan pelbagai lagi usahawan yang akan menonjolkan pelbagai menu masakan dan kuih tradisional Terengganu. Demonstrasi penyediaan makanan, canting batik, tenunan songket, anyaman kraf dan pelbagai permainan tradisional seperti Silat Kura-Kura, Gasing Terbang dan Tumbuk Emping akan turut diadakan di samping persembahan-persembahan kesenian dan kebudayaan negeri yang akan dipersembahkan di sepanjang program berlangsung.

36 pengusaha agensi pelancongan dan perhotelan di dalam Tourism Fair akan mempromosikan dan menjual pakej-pakej pelancongan dan penginapan yang inovatif, kreatif dan ‘value for money’ seperti pakej percutian ke pulau, pakej Tasik Kenyir, pakej pelancongan pelajar, pakej jejak warisan, pakej Setiu Wetlands, pakej Ramadhan, pakej Cuti Sekolah, pakej eko pelancongan dan pelbagai lagi pakej istimewa.

Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Tourism Malaysia Pejabat Singapura dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor untuk mengatur lawatan penggiat media dan agensi pelancongan dari Singapura dan juga Johor.

Seramai 226,000 Pengunjung Hadir Ke Festival Beautiful Terengganu 2016 Angsana Mall Johor

Penjenamaan semula imej ‘Beautiful Terengganu 2016’ bakal memberi persepsi positif terhadap agenda transformasi negeri untuk meningkatkan lagi peluang bagi melebarkan sayap perniagaan berkaitan ekonomi keperluan rakyat melalui industri pelancongan dan industri-industri sokongan pelancongan. ‘Platform’ dalam merangsang penjanaan pertumbuhan ekonomi setempat melalui sektor pelancongan agar lebih cekap dan kompetitif dalam sama-sama sehaluan menuju pembangunan sosio ekonomi Terenganu khususnya, dan Malaysia amnya. Terengganu khususnya, dan Malaysia amnya, akan dapat dipromosikan secara meluas oleh media dalam membantu memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan di Negeri Terengganu.

Mudik ke hulu membawa lokan, 

Singgah berteduh di bawah jambatan, 

Terima kasih kami dahulukan, 

Agar terpatri ukhuwah persahabatan

Sibuk menghidang nasi dagang,

Untuk dijamu kepada tetamu,

Beautiful Terengganu jauh bertandang,

Bersatu hati sayangi Terengganu

 

 

Bagi meneruskan kesinambungan penganjuran PESONA TERENGGANU, Kerajaan Negeri sekali lagi akan menganjurkan ‘Beautiful Terengganu 2016’ di Dataran Merdeka pada 7 – 10 September 2016.

www.beautifulterengganu.com

www.facebook.com/beautifulterengganu

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Seramai 226,000 Pengunjung Hadir Ke Festival Beautiful Terengganu 2016 Angsana Mall Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.