12th Harvey Norman Malaysian International Branded Bedding Fair 2016

Baru-baru ini ruby telah menghadiri 12th Harvey Norman Malaysian International Branded Bedding Fair 2016 di IKANO Power Centre. Banyak katil, tilam, bantal, sarung bantal, cadar dan keperluan bilik tidur telah dijual. Ada diskaun sebanyak 50% diberikan dan pelbagai promosi ditawarkan.

Berbelanja dengan yakin, kerana Harvey Norman akan melancarkan Pesta Kelengkapan Kamar Tidur Berjenama Malaysia, ke-12, 2016, suatu pesta yang berbaloi, penuh dengan promosi yang menarik, hadiah percuma serta produk-produk baharu dan terkini. Pesta ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Kedua Kementerian Perdagangan Antarabangsa. Salah satu sorotan penting pesta ini adalah Pengurangan Harga Runcit yang Disyorkan (PHRD). Pesta ini dimungkinkan dengan pengukuhan mata wang kita bersama dengan sokongan dan kerjasama daripada rakan kongsi perniagaan /pembekal kami, ditambah pula dengan kos import yang lebih rendah bagi bahan-bahan mentah dan barangan lengkap. Oleh sebab itu, lebih penjimatan boleh diberikan kepada pelanggan dalam bentuk pengurangan harga runcit yang disyorkan (PHRD).

12th Harvey Norman Malaysian International Branded Bedding Fair 2016

“Kami percaya bahawa kami adalah peruncit perabot dan kelengkapan kamar tidur pertama yang menawarkan tawaran sehebat ini. Selain daripada penjimatan yang boleh para pelanggan nikmati daripada pengurangan harga runcit yang disyorkan, semua produk yang ditawarkan semasa pesta akan dijual pada separuh harga, dengan tambahan 10% potongan harga untuk pembelian dua barang atau ke atas,” jelas En. Eddy Ng, Pengurus Besar Bahagian Kelengkapan Kamar Tidur, Harvey Norman Malaysia.

Pelanggan akan menjadi antara yang pertama untuk mencuba tilam terkini dari Sealy, Napure, Hilker, Therapedic dan Englander semasa pelancaran produk-produk tersebut di pesta itu. Untuk setiap pembelian sebanyak RM5000, Harvey Norman akan memberikan kad petrol PERCUMA bernilai RM200, 3 tahun Jaminan PERCUMA ke atas tilam fabrik dan penghapusan tilam dan katil lama secara PERCUMA semasa pesta berlangsung.

“Seiring dengan program Tanggungjawab Sosial Korporat kami, Harvey Norman akan mendermakan 200 keping tilam baru kepada rumah kebajikan yang terpilih. iaitu RUMAH KANAK-KANAK DAN REMAJA VICTORY, YAYASAN SUNBEAMS, PERTUBUHAN BEAUTIFUL GATES, PUSAT JAGAAN INSAN ISTIMEWA dan PERTUBUHAN SINDROM DOWN KIWANIS di PJ,” nyata En. Kenneth Aruldoss, Pengarah Urusan Harvey Norman Singapura dan Malaysia.

12th Harvey Norman Malaysian International Branded Bedding Fair 2016 12th Harvey Norman Malaysian International Branded Bedding Fair 2016

Untuk memberi lebih banyak kemudahan dan menambah nilai kepada pelanggan, “Membeli-belah dengan Yakin” Harvey Norman, suatu polisi yang mengutamakan pelanggan merangkumi pertukaran dan bayaran balik, jaminan harga, tempahan produk, penghantaran pada hari yang sama dan penjagaan produk. Ini adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka dijaga dengan sebaiknya.

Pesta Kelengkapan Kamar Tidur Berjenama Antarabangsa Malaysia yang ke-12, 2016 akan berlangsung di Pusat Beli Belah IPC, Mutiara Damansara bermula 26 April sehingga 8 Mei, 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge