Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah

Hari ini ruby ingin kongsikan Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah. Bila dah berumahtangga hampir 4 tahun, rasa malu pula bila melihat gambar pernikahan dan persandingan ruby. Hahaha. Zaman ruby dulu inspirasi gaun pengantin muslimah pun tidak banyak. Malah kalau mengambil tempahan khas dari pereka fesyen terkenal, mesti mahal dan melebihi dari bajet majlis. Hahaha. Bayangkan jika gaun pengantin lagi mahal dari kos catering. Sekarang ni, anda dapat lihat banyak jubah yang dijadikan gaun pengantin muslimah. Bagi ruby, tidak salah jika kita cantik pada hari bahagia dan patuh syariat. Tutup aurat adalah tips yang ruby akan sentuh dalam tips pakaian pengantin hari ini. Jangan jadi macam ruby dulu, jangan jadi macam ibu bapa kita dulu dan jangan jadi macam datuk nenek moyang kita dulu. Bila majlis perkahwinan aje, pakaian semua seksi dan mekap kemain terang! Hurmmm.

Masa majlis ruby dulu, bajet memang kecil. Malah tema majlis jadi caca marba sebab yang murah tidak semestinya mengikut apa kehendak kita. Sedangkan tema adalah gold dan cream. Tetapi butik pengantin yang ruby pergi tu tiada pelamin ikut tema pakaian, penari cilik pula tiada pakaian tarian yang sesuai dan semuanya jadi majlis warna warni. Hahaha.

Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah

Gambar ihsan dari Yana Yassin sebab ruby tiada jurufoto rasmi. Hahahaha. Persalinan ruby hanya dua pasang sahaja. Pakaian nikah dan bersanding. Nikah pakai baju kurung dari material satin panas ni. Kemudian veil dan inner manik. Mekap sendiri. Punyalah jimat kannn.
Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah

Pelamin ruby, warna wani benor kan? Sebab dewan ni tidak benarkan ruby tukar kain biru belakang tu. Manakala tukang buat pelamin ni tidak ada kain extra pula tu. Adoiiiii. ruby wedding-6 Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah

Penari cilik ni lagi ikut tema pelamin. Hahahaha! Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah

Bila lihat balik busana persandingan ruby dan suami, kami gelak berdekah-dekah. Pengantin sendiri rosakkan majlis. Sepatutnya pakai baju nikah tu lagi bagus kan? Tak terfikir pun.

Jadi, penting tak plan dan ulangkaji? Buat research bila nak booking dewan, sebaik-baiknya lantik lah wedding planner. Jika tidak mampu, rajin-rajin lah cari ilmu. Masuk lama web yang menyediakan bantuan majlis perkahwinan. Anda boleh cari jurufoto, jurumekap, butik pengantin, pelamin, pereka fesyen dan catering. Sebagai contoh laman web bridestory.com.my. Semua maklumat berkenaan majlis bahagia semuanya lengkap. Malah sesiapa yang menawarkan pakej di dalam laman web tu pun boleh dihubungi oleh anda. Anda sendiri telefon, set perjanjian dan bincang harga. Mudah kan?

Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah

Masa majlis ruby dulu, ruby teringin sangat rekaan busana muslimah dari pereka fesyen Indonesia. Lihat gambar di laman web, memang cantik-cantik dan mengikut syariat. Cuma tidak mengikut bajet ruby pula. Sebab kos fabrik, menjahit dan penghantaran tu mahal. Warna yang ruby minat adalah warna pastel seperti coral, soft pink, peach macam gambar dibawah ni. Tapi masa tahun 2012 mana ada lagi rekaan busana pengantin muslimah sebegini yang mudah dicari. Jika berduit, ruby nak je tempah dekat Pereka Fesyen seperti Lynda Rahim dan Irna La Perle. Hahaha.

Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah

Sumber gambar dari www.irnalaperle.com

Tips mencari busana pengantin muslimah pada zaman kini.

  1. Bahagian dada tidak ketat, dilabuhkan dengan fabrik atau tudung.
  2. Potongan princess cut adalah pilihan semua pengantin.
  3. Pemilihan fabrik selesa adalah penting, kerana jika anda tidak selesa. Maka muka masam di atas pelamin lah nanti. Jangan terlalu ikut trend seperti menggunakan kain lace dan chiffon murah. Cari material chiffon georgett ke? korean satin ke?
  4. Jika anda minat manik-manik dan labuci, pastikan ia tidak terlalu sarat. Sebab sekarang trend manik penuh di hijab.
  5. Jika busana dah cun, pastikan kasut anda bersesuaian ya. Kasut yang anda selesa pakai. Jangan kerana majlis perkahwinan anda, anda pakai kasut 5 inch buat pertama kali. Risiko sakit kaki dan terpeleot pula nanti. Haha.

Bagi ruby, majlis raja sehari biarlah bersederhana tetapi cantik dalam gambar. Biarlah sederhana tetapi tetamu makan kenyang. Majlis ruby pada tahun 2012 hanya bernilai RM 13,000 sahaja.

  • Makanan – RM 6,000
  • Sewa Dewan – RM 1,500
  • Pakaian Nikah & Bersanding L&P – RM 1,000
  • Pelamin – RM 2,000
  • Jurucakap Majlis – RM 300
  • Penari Cilik – RM 300
  • Kek – RM 250

Semoga tips ini bermanfaat buat anda semua!

www.bridestory.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge