Menggamit Memori Ada Apa Dengan Cinta? Ketika Tahun 2002

Masih ingat lagi filem Ada Apa Dengan Cinta? ketika tahun 2002? Pada tahun 2016 muncul pula Ada Apa Dengan Cinta 2. Jadi, setelah 14 tahun muncul filem kedua. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu. Teringat pada tahun 2002, ruby tonton filem ini bersama ahli keluarga. Ketika itu ruby baru berusia 15 tahun dan di tingkatan 3. Hahaha. Mudanya! Suka watak Cinta dan Rangga. Pada ketika itu Rangga sangat kacak. Putih dan wajah iras pelakon Jepun. Zaman ruby dulu memang menjadi kegilaan ramai jika pelakon mempunyai wajah iras Jepun atau bermata sepet atau unik seperti rambut Rangga. Kahkahkahkah.

Ada Apa Dengan Cinta?

Filem Ada Apa Dengan Cinta yang membuatkan kita semua minat adalah kerana watak-watak di dalam filem ini. Ada kisah persahabatan, kekeluargaan, cinta, tanggungjawab, tolak ansur dan setia. Di alam remaja, ramai diantara kita berbelah bahagi diantara sahabat dan cinta. Takut bercinta dengan orang yang kita suka kerana akan dicop meninggalkan kawan-kawan. Sebenarnya semua ini adalah dari diri sendiri. Bagaimana kita menghadapi situasi. Dari awal filem hingga ke akhirnya, peluang untuk berubah sentiasa ada jika kita semua jujur dengan diri sendiri dan orang sekeliling. Jadi, masalah yang pada awalnya sukar akan jadi mudah, malah akan lebih manis jika semua orang merestuinya. Awwwww so sweet. Jadi ruby memang tidak sabar ingin menonton Ada Apa Dengan Cinta 2 yang bakal ditayangkan pada 28 April 2016 di seluruh pawagam di Malaysia.

Menggamit Memori Ada Apa Dengan Cinta? Ketika Tahun 2002 Menggamit Memori Ada Apa Dengan Cinta? Ketika Tahun 2002 Menggamit Memori Ada Apa Dengan Cinta? Ketika Tahun 2002

Tambahan pula ruby sebagai blogger telah menerima jemputan Malam Gala Ada Apa Dengan Cinta 2 pada 26 April 2016 dari www.budiey.com, Grand Brilliance Sdn Bhd dan Miles Film. Sangat teruja! Tema pula Glam & Glitz, apa aja yang mak buyong ni boleh pakai selain jubah? Hahaha. Tak apa! Asalkan dapat jumpa Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo. Cinta dan Rangga see you!

Ada Apa Dengan Cinta 2 Ada Apa Dengan Cinta 2

 

Nantikan perkongsian ruby di instagram dan blog untuk ulasan filem Ada Apa Dengan Cinta 2 ya!!! Adakah anda #TeamCinta atau #TeamRangga? Hehehe. Ruby #TeamAADC2. Hahahaha. Okay nak bersiap ke The Curve!

1 comment on “Menggamit Memori Ada Apa Dengan Cinta? Ketika Tahun 2002

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge