Penjagaan Gigi Sensitif Bersama Sensodyne Mouthwash Extra Fresh Dan Cool Mint

Bagi mereka yang memiliki gigi sensitif, pastinya takut untuk mencuba produk sebarangan. Khuatir jika sakit dan ngilu akan mengganggu aktiviti seharian. Paling merisaukan apabila pada waktu makan. Tekak teringin makan aiskrim, tapi gigi sensitif. Jadi, hasrat ingin makan aiskrim pasti terkubur? Ada diantara rakan-rakan ruby takut untuk mencuba jenama ubat gigi sensitif selain Sensodyne. Mereka tidak mengamalkan penggunaan mouthwash juga, khuatir jika mouthwash itu terlalu kuat dan membuatkan lagi bertambah sensitif. Apabila berlangsungnya Pelancaran Sensodyne Mouthwash Extra Fresh & Cool Mint, mereka adalah orang yang paling gembira dan tidak sabar untuk mendapatkan produk Sensodyne Mouthwash.

GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (“GSK”) adalah salah satu daripada syarikat peneraju penyelidikan penjagaan kesihatan di dunia telah melancarkan ubat kumur Sensodyne baru yang menawarkan 24 jam
perlindungan terhadap gigi sensitif dalam usaha untuk menyediakan penjagaan gigi yang lengkap dan meneruskan misi untuk menangani isu kesihatan oral lazimnya di Malaysia. Bagi meningkatkan kesedaran
Rakyat Malaysia tentang piawaian kesihatan oral. Ini selaras dengan misi GSK Consumer Healthcare untuk
membantu lebih ramai orang di seluruh dunia.

Penjagaan-Gigi-Sensitif-Bersama-Sensodyne-Mouthwash-Extra-Fresh-Dan-Cool-Mint-05 Penjagaan-Gigi-Sensitif-Bersama-Sensodyne-Mouthwash-Extra-Fresh-Dan-Cool-Mint-04

Di Malaysia, insiden gigi sensitif adalah biasa di kalangan orang dewasa yang berumur antara 18 hingga
34 dan 40% daripada mereka yang mengalami gigi sensitif tidak mengendahkan kesihatan mulut mereka. Gigi sensitif didakwa sebagai masalah kesihatan mulut yang tertinggi di Malaysia dengan satu per tiga orang yang mengalami keadaan ini. Walau bagaimanapun, hanya satu pertiga daripada pesakit menggunakan ubat gigi sensitif bagi melegakan sensasi ngilu mereka.

Penjagaan-Gigi-Sensitif-Bersama-Sensodyne-Mouthwash-Extra-Fresh-Dan-Cool-Mint-06 Penjagaan-Gigi-Sensitif-Bersama-Sensodyne-Mouthwash-Extra-Fresh-Dan-Cool-Mint-03

Selain berus gigi dan ubat gigi yang sedia ada, ia adalah ubat yang pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan tahan lama terhadap gigi sensitif di kalangan rakyat Malaysia yang membolehkan mereka berpeluang untuk menikmati makanan kegemaran bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa mengalami sensasi ngilu. Sensodyne memberikan 24 jam perlindungan berterusan untuk gigi sensitif apabila digunakan dua kali sehari selepas memberus gigi mereka. Bahan-bahan aktif di dalam Sensodyne Mouthwash menenangkan dan memberikan perlindungan berkekalan di sekitar saraf. Formula ubat fluorida juga menguatkan gigi dan rasa pudina daun memberi nafas segar dan bersih supaya pengguna kekal yakin semasa interaksi sosial.

Dr. Army Empol, Perunding Pergigian Restoratif yang berada di majlis pelancaran itu berkata, “gigi sensitif
membawa kepada sensasi yang tidak menyenangkan dan apabila berpanjangan, boleh memberi kesan kepada aktiviti harian anda. Membataskan anda dari makan makanan kegemaran yang sejuk, manis, dan panas tidak membantu anda untuk membebaskan diri daripada  sensasi ngilu pada gigi anda”

Penjagaan-Gigi-Sensitif-Bersama-Sensodyne-Mouthwash-Extra-Fresh-Dan-Cool-Mint-07

“Untuk kesihatan gigi yang baik dan nafas segar tahan lama, ia adalah penting untuk mengamalkan penjagaan gigi sebagai rutin harian yang merangkumi memberus gigi, menggunakan flos dan berkumur menggunakan ubat kumur. Sensodyne memainkan peranan penting bukan sahaja dalam kenikmatan hidup sehari-hari, tetapi juga kesihatan mulut secara keseluruhan. Dengan menggunakan ubat kumur Sensodyne baru dua kali setiap hari, anda boleh menikmati detik-detik yang berkualiti dengan keluarga dan rakan-rakan. Inilah sebabnya mengapa Sensodyne adalah permulaan yang ideal untuk pagi anda dan akhir malam anda, ” tambah Stacy.

Sebelum ini terdapat 9 jenis ubat gigi Sensodyne dijual di pasaran Malaysia iaitu Sensodyne Repair & Protect, Sensodyne Repair & Protect – Extra Fresh, Sensodyne Repair & Protect – Whitening, Sensodyne Rapid Relief, Sensodyne Cool Gel, Sensodyne Gentle Whitening, Sensodyne Fresh Mint, Sensodyne Complete Protection, Sensodyne Original dan Sensodyne Gum Care. Kini Sensodyne telah mengeluarkan Sensodyne Mouthwash dalam dua variasi iaitu Extra Fresh dan Cool Mint.

Penjagaan-Gigi-Sensitif-Bersama-Sensodyne-Mouthwash-Extra-Fresh-Dan-Cool-Mint-01

Sensodyne Mouthwash adalah bebas alkohol, sekali gus menjadikannya HALAL dan sesuai untuk semua pengguna. Pengguna boleh dapatkan Sensodyne Mouthwash dalam dua variasi iaitu Extra Fresh & Cool Mint. Extra fresh terdiri daripada spicy floral with a hint of vanilla, manakala Cool Mint terdiri daripada a burst of peppermint, menthol and green tea. Sensodyne Mouthwash Extra Fresh & Sensodyne Mouthwash Cool Mint dijual pada harga RM 11.10 untuk saiz 250ml dan RM 18.55 untuk saiz 500ml

www.sensodyne.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Penjagaan Gigi Sensitif Bersama Sensodyne Mouthwash Extra Fresh Dan Cool Mint

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.