Polisi Insuran “AXA Motor For Her” Khas Untuk Pemandu Wanita

Bila bercerita mengenai polisi insuran, ramai yang tak endah dan berasa ia tidak diperlukan. Tetapi bila sesuatu terjadi, barulah terfikir. Kenapa tidak ambil polisi insuran sekian-sekian. Ruby bukanlah tidak percaya ajal dan maut. Tetapi ruby tidak mahu menyusahkan sesiapa di kemudian hari. Manalah tahu jika sesuatu berlaku dan perlukan pembiayaan yang tinggi ketika hayat masih ada atau ketika sudah meninggal dunia meninggalkan hutang dan masalah kepada waris. Nanti ruby juga yang susah.Tambahan pula kehidupan sekarang tidak stabil, bagaimana pula pada masa akan datang? Ruby ingin kongsikan Polisi Insuran “AXA Motor For Her” Khas Untuk Pemandu Wanita dari AXA Affin General Insurance Berhad yang dilancarkan baru-baru ini.

AXA Motor For Her

Dari kiri Rebecca Tan, Chief Marketing Officer and Bancassurance of AXA Affin General Insurance; Emmanuel Nivet, Chief Executive Officer of AXA Affin General Insurance & Tan Sek Kee, Chief Distribution Officer of AXA Affin General Insurance

Kebiasaannya kita semua tertarik dengan polisi insuran yang memberi perlindungan keseluruhan, tetapi bila berlaku sesuatu perkara, polisi itu tidak boleh dituntut. Sebagai contoh tempoh matang sesuatu insuran bergantung kepada polisinya. Andai kata dalam masa 3 bulan selepas anda ambil polisi insuran dan anda tetiba disahkan menghidap kanser. Maka, polisi insuran itu tidak matang untuk tempoh berkenaan. Jadi, wajar kita sebagai pemegang polisi atau penama tahu terma dan syarat. Apabila memilih insuran, tanyalah seberapa banyak soalan kepada ejen insuran itu sampai anda faham. Sebab anda akan keluarkan duit untuk bayar setiap bulan tanpa gagal kan?

Ruby bukanlah ejen insuran, ruby adalah pemegang insuran. Hehehe. Kebiasaannya ruby akan ambil polisi insuran AXA Smart Traveller VIP bernilai RM 66 untuk satu keluarga. Insuran dari AXA Affin General Insurance Berhad sangat fleksibel dan mengikut kesesuaian pemegang insuran. Berbalik kepada polisi insuran AXA Motor For Her, ia melindungi para pemandu wanita yang menghadapi situasi kemalangan, rompakan dari tingkap kereta, kereta rosak, trak tunda PERCUMA, servis penghantaran ke destinasi dan servis menghantar kereta kepada anda dilokasi yang anda tetapkan. Bagus kan?

Apa yang tidak dilindungi adalah jika berlaku kematian kepada diri anda, kerosakan kereta akibat bencana alam, kerosakan kepada kenderaan yang disebabkan oleh penggunaan di dalam sukan bermotor atau pertandingan, malah jika sekiranya berlaku apa-apa kemalangan atau kerosakan, kenderaan anda ditinggalkan tanpa dijaga dan tiada langkah sewajarnya diambil. Langkah ini bagi menghalang kerugian atau kerosakan selanjutnnya.


 

Untuk mendapatkan polisi insuran AXA Motor For Her, anda perlu tahu sebut harga yang bersesuaian dengan kondisi kenderaan anda terlebih dahulu. Cara kiraan adalah sangat penting bergantung kepada jenis kenderaan, tahun pengeluaran, kawasan anda berada, Sum Insured dan kadar NCD (No Claims Discount). Polisi insuran ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan kegunaan sendiri sahaja. Kenderaan syarikat tidak boleh ya. Ia tidak tertakluk kepada terma dan syarat polisi. Kadang-kadang keadaan begini sukar dijangka. Waktu panik nanti takkan nak ganggu ibu, bapa, suami, adik-beradik, kawan-kawan yang sedang sibuk.

 

AXA Motor For Her

Selain dari pelancaran AXA Motor For Her, perkongsian Personal Growth & Safety juga turut diadakan. Bagi sesi Personal Growth for Women, perkongisan oleh Ngai Yuen. Manakala bagi sesi Personal Safety & Weapons bersama Eddie Lim.

Ngai Yuen - AXA Motor For Her

Kita sedia maklum bagaimana Ngai Yuen sukses dalam kariernya (Presiden WOMENgirls dan kakiseni) walaupun sudah memiliki 4 orang cahaya mata. Apa yang memberi semangat kepada beliau adalah dari diri beliau dan juga cara beliau menghargai orang sekeliling. Beliau tidak segan silu menuntut ilmu malah berkongsi idea dan plan. Tanpa disangka ada insan yang berminat untuk memberi pembiayaan. Maka, dengan cara itu beliau melaksanakan impian dan tanggungjawab tanpa gagal malah lebih berwawasan. Teringat ketika beliau hos rancangan 3R. Cara beliau bersungguh menerangkan sesuatu situasi dan perkara sangat tegas dan jelas. Hingga hari ini, beliau nak sangat semua wanita berjaya tidak kira jika anda kerja pejabat, suri rumah, usahawan dan apa pun. Kerana wanita serba boleh!

Eddie Lim - AXA Motor For Her

Eddie Lim adalah pemegang Taekwando Gold Medalist di Sukan Sea Vietnam tahun 2003, banyak perkongsian tentang keselamatan dan senjata diberikan. Tetapi sebagai wanita, kita bukannya berwaspada dengan keadaan sekeliling. Jadi nasihat beliau jika tidak tahu seni mempertahankan diri, jangan lawan. Tetapi meletakkan diri dalam situasi yang selamat. jaga diri dan barang anda. Jika naik kereta, pastikan beg dan fail diletakkan di bawah kerusi sebelah kiri. Anda boleh tarik kerusi agar kedepan, atau anda boleh seat belt bag anda. Tapi ruby lebih prefer letak beg semua di dalam bonet. Kerana jenayah tidak kira dimana-mana. Takut!

Untuk maklumat lanjut polisi insuran AXA Motor For Her, sila layari laman sesawang tertera di bawah. Sediakan payung sebelum hujan! Musibah dan kemalangan kita tidak pasti, tetapi pastikan anda bersedia dan dilindungi dengan insuran yang bagus. 24/7 sentiasa ada untuk anda.

www.axa.com.my

www.facebook.com/AXAAffinGeneralMY

www.twitter.com/AXAAffinGIMY

www.instagram.com/axaaffingimy

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Polisi Insuran “AXA Motor For Her” Khas Untuk Pemandu Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.