Sponsored Video: Promosi OLDTOWN White Coffee Junior Meal Series dan Boboiboy

OLDTOWN White Coffee, rangkaian kopitiam terbesar di Malaysia, hari ini mengumumkan Promosi OLDTOWN White Coffee Junior Meal Series dan Boboiboy. Hubungan baik OLDTOWN dengan Animonsta Studios, pencipta kartun ikonik Boboiboy bermula pada tahun 2013 apabila Mohamad Safwan Karim, Ketua Pegawai Pembangunan, dan Pengasas Bersama bersetuju untuk menjadi hakim bagi Pertandingan Animaction Challenge. Rekaan dan pertandingan animasi menarik yang mendapat lebih 850 penyertaan dalam kategori pelajar yang ‘Design Watak 2D’ dan 40 penyertaan dalam kategori profesional iaitu ‘3D Animation’ untuk mencipta ikon Malaysia pada masa akan datang.

Sejak itu, Animonsta Studios telah memperhalusi bakat peserta yang berjaya diterima daripadaPertandingan Animaction Challenge, dan telah memberi nafas baru ke dalam pasukan Superhero Elemen iaitu Oake, Coral, dan Terra. Direka dari inspirasi alam sekitar, watak-watak mewakili tumbuhan, air, bumi, dan boleh dilihat dalam Majalah Boboiboy 2014, dan juga di saluran rasmi Youtube Monsta Studios:

Promosi OLDTOWN White Coffee Junior Meal Series dan Boboiboy

Menurut Encik Clarence D’Silva, Ketua Pegawai Operasi, Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd, “kajian telah dibuat bahawa OLDTOWN White Coffee adalah sebuah restoran yang menyediakan makanan untuk seisi keluarga. Kami gembira bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum, dan peringkat umur telah mengenal pasti kami sebagai salah satu tempat kegemaran mereka dan menikmati masakan tempatan Malaysia dalam persekitaran yang selamat, dan selesa. Dengan pengenalan Junior Meal Series, dan kerjasama dengan Animonsta Studios, kami berhasrat menyediakan hidangan enak kepada rakyat Malaysia dan juga si kecil. Sebagai sebuah badan korporat, kami ingin berkongsi keprihatinan terhadap alam sekitar dengan menggalakkan kesedaran kepada generasi muda melalui suara-suara Oake, Coral, dan Terra dari Superhero Elemen, ”

Junior Meal berharga dari RM 17.90 untuk hidangan lengkap bersama Ribena Fizzy dan edisi terhad Boboiboy The Movie sebagai item premium. Ia akan dijual di seluruh 187 cawangan OLDTOWN White Coffee seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Terdapat tiga pilihan set hidangan untuk dipilih, dan dua corak jam tangan edisi terhad yang berbeza. Anda boleh dapatkannya bermula 29 Februari 2016.

Bersempena dengan pengeluaran filem pada 3 Mac 2016, OLDTOWN Superhero Elemen akan membuat promosi bersama-sama dengan watak-watak Boboiboy di tempat-tempat yang berbeza di Lembah Klang. Untuk maklumat terkini rujukan boleh dibuat melalui media sosial saluran.

Youtube : http://bit.ly/1YCdMoR

Google+ : http://bit.ly/1YCdMoT

Web : http://bit.ly/1YCdKgU

2 comments on “Sponsored Video: Promosi OLDTOWN White Coffee Junior Meal Series dan Boboiboy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge