Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne

Sesiapa yang memiliki gigi sensitif memang takut nak ke klinik gigi, walaupun untuk cuci gigi sahaja. Risau ngilu dan sakit menyerang sekali gus. Hehe. Tetapi Ruby kena kuatkan diri untuk pergi klinik sebab dental check-up untuk ibu hamil sangat penting tau! Ruby lakukan rawatan di klinik Az-Zahra Ampang dan mereka menggunakan Sensodyne! Jom ikuti kisah Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne. Temujanji ruby pada jam 11 pagi, tetapi Ruby datang awal 1 jam sebab Antenatal Checkup di Klinik Kesihatan Ibu Anak cepat pula selesai. Bawa suami dan Adam sekali, kami sempat sarapan pagi dan kemudian terus ke Klinik Pergigian Az-Zahra.

Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan SensodyneDental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne

Ruby ke Klinik menggunakan Google Maps dan lokasi klinik di tingkat 1, diatas kedai serbaneka 7-Eleven sahaja. Parking juga mudah, banyak tempat parking kenderaan disediakan. Apabila ingin ke klinik, pastikan anda sudah telefon membuat temujanji. Kebiasaannya pasti tiap waktu ada pesakit sedang menunggu. Jadi, jika tidak mahu menunggu lama, lebih baik anda set temujanji.

Pada mulanya, Ruby nak cek gigi sahaja. Tetapi doktor mencadangkan buat scaling terus. Scaling adalah proses pembersihan kerak, karang dan kekuningan. Doktor akan tanya sejarah kesihatan gigi anda. Bila kali terakhir buat rawatan gigi? Adakah anda mengalami gigi sensitif? Di kawasan gigi yang mana sering terasa ngilu, sakit? Adakah baru lagi rasa ngilu atau anda dah hidapi beberapa tahun? Jika seperti Ruby yang ngilu pada ketika hamil, doktor kata ia normal kerana perubahan hormon. Selesai sesi soal jawab, doktor mulakan sapuan Sensodyne di kawasan gigi Ruby.

Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne

Ruby sebenarnya dah lama tidak melakukan pemeriksaan gigi kerana ada perasaan Dentophobia apabila ke klinik gigi. Terutama ke klinik pergigian kerajaan kerana terlalu ramai orang yang sedang sakit gigi, kemudian ramai yang berkapas di gigi, jururawat dan doktor yang garang, lepas tu bau ubat yang sangat kuat di klinik. Arggghhh rasa nak pitam. Sebab tu Ruby jaga gigi elok-elok agar tidak akan pergi ke klinik gigi. Hahahaha. Tetapi walaupun gigi dijaga dengan baik, gigi perlu dibersihkan juga dengan khidmat doktor. Mereka sahaja yang tahu apa yang baik untuk diri kita. Ruby pun tidak tahu bahawa rangka gigi ruby adalah jongang. Jadi lepas ni kena pakai pendakap gigi bagi membentuk gigi yang cantik. Senyuman pun menawan. Hehe.

Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne

Bergambar bersama Doktor Nurjannah dari Klinik Pergigian Az-Zahra Ampang. Dekorasi di dalam Klinik luas dan selesa, habis si Adam berlari-lari main. Kos rawatan adalah RM 25 untuk cek gigi, RM 90 untuk scalling pada hari sabtu. Jika hari lain, harga akan ditetapkan mengikut keadaan gigi anda. Harga bermula dari RM 90 – RM 400.

Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne

Sepanjang ruby menerima rawatan gigi, ruby tidak rasa apa-apa kesakitan. Ngilu pun tiada ketika rawatan sedang berlangsung. Sangat efektif penggunaan Sensodyne. Dah tidak takut dah nak ke klinik gigi lepas ni. Yay! Jika sebelum rawatan gigi, ruby alami gigi sensitif ketika makan makanan sejuk dan panas. Kalau nak hirup sup tu mesti kena tiup sampai suam. Sekarang dan boleh nikmati laksa panas-panas. Lega betul rasanya. Hehe.

Dental Checkup Ibu Hamil Di Klinik Pergigian Az-Zahra Menggunakan Sensodyne

Untuk penjagaan gigi maksimum, ruby gunakan Sensodyne Toothpaste dan Sensodyne Mouthwash di rumah. Perbezaan toothpaste dan mouthwash dari Sensodyne adalah ia khas untuk gigi sensitif. Malah mouthwash dari Sensodyne tidak terlalu kuat. Jika jenama lain, ia akan rasa tajam di kawasan gusi setelah berkumur-kumur. Tetapi dengan Sensodyne, ia membersih dan menjaga gigi sensitif ruby. Tiada rasa tajam-tajam seperti mencucuk-cucuk tu, tapi lebih kepada segar dan bau mulut pun tiada! Hehehe. Dah cuba Sensodyne Mouthwash? Ia sangat baru dan anda boleh dapatkan di farmasi berdekatan anda! Sensodyne Mouthwash Extra Fresh & Sensodyne Mouthwash Cool Mint dijual pada harga RM 11.10 untuk saiz 250ml dan RM 18.55 untuk saiz 500ml.

Penjagaan Gigi Sensitif Bersama Sensodyne Mouthwash Extra Fresh Dan Cool Mint

Klinik Pergigian Az-Zahra,

No.1-3A, Dagang Avenue, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor.
No Tel : 03-42882696

www.facebook.com/Az-Zahra-Dental

www.instagram.com/azzahradental

www.sensodyne.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge