Garrett Popcorn Simply Strawberry

      No Comments on Garrett Popcorn Simply Strawberry

Bermula dari 27 April 2016 – 29 May 2016, Garrett Popcorn telah mengeluarkan perisa edisi terhad iaitu Simply Strawberry. Sesuai dengan bulan sambutan Hari Ibu kan? Seronok lah ibu-ibu semua bila anak hadiahkan Garrett Popcorn Simply Strawberry tu, dah le rangup dan sedap. Keunikan Garrett Popcorn masih dikekalkan iaitu dimasak hari-hari. Barulah best kan? Perisa edisi terhad ini pastinya akan menjadi debut di Asia kerana Strawberry popcorn memang “rare”. Ruby pun suka!
Garrett Popcorn Simply Strawberry

 

Menurut Lance Chody, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kedai Garrett Popcorn : “Resipi edisi terhad ini dibuat menggunakan strawberi segar untuk memberikan Garrett Popcorn nada warna merah jambu semula jadi. aroma buah-buahan strawberi yang wangi, manakala rasa berkrim pada lelangit. ”

Beliau menambah bahawa “Cubalah Garrett Popcorn Simply Strawberry edisi terhad ini kerana ia adalah buatan tangan setiap hari. Ia adalah satu penghargaan manis untuk semua ibu-ibu sempena sambutan Hari Ibu yang akan datang. Perisa ini juga sesuai dikongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah, untuk berkelah, atau mana-mana sambutan. Ia merupakan satu cara yang sangat baik untuk menikmati Garrett bersama-sama. ”

Garrett, yang bermula dari sebuah kedai kecil di 10 West Madison Street, Chicago, Amerika Syarikat, hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan kernel dikisar bebas GMO (Genetically Modified Organisms) sejak 1949. Terkenal sebagai jenama gourmet popcorn di seluruh Amerika Syarikat dan Asia, Garrett Popcorn Shops memastikan setiap kelompok kecil Garrett Popcorn adalah buatan tangan sepanjang hari untuk kesegaran maksimum. Setiap kernel disalut dengan resipi rahsia keluarga Garrett turun-temurun melalui tiga generasi. Rasa Garrett Popcorn dari Chicago, Amerika Syarikat INI masih tidak berubah sejak 1949.

Garrett Popcorn Simply Strawberry

Memandangkan ruby dah bergelar ibu sejak tahun 2014. Maka ruby tersentuh sangat bila dihadiahkan Garrett Popcorn Simply Strawberry ni. Sebagai ibu, walaupun ia diberi kepada ruby. Tapi takkan lah nak makan sorang-sorang pula kan? Bila ruby dah bagi green light “abang dan adam makan lah”. Hah tengoklah aksi mereka dua beranak ni. Hahaha. Pantang ajak!!

Garrett Popcorn Simply Strawberry Garrett Popcorn Simply Strawberry Garrett Popcorn Simply Strawberry Garrett Popcorn Simply Strawberry

 

Harga Garrett Popcorn Simply Strawberry

Harga Garrett Popcorn Simply Strawberry bernilai RM 17.00 (Small Signature), RM 29.00 (Large Signature) dan RM 40.00 (Tin Quart) dan RM 110.00 (1 Gallon).

Cawangan Garret Popcorn Shops Malaysia

  • KLIA2 Lot L2-112, Level 2 gateway@klia2 KL International Airport, Jalan KLIA2/1 64000 KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan Malaysia
  • Waktu Operasi : Isnin-Ahad 7AM – 11PM
  • SURIA KLCC Lot C15I, Concourse Floor, Suria KLCC Kuala Lumpur City Centre Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10AM – 10PM
  • ONE UTAMA Lot G139B, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10AM – 10PM
  • MID VALLEY Level 3, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10AM – 10PM

Jom LIKE halaman Facebook Garrett Popcorn Malaysia untuk anda ketahui apa yang terkini dan trending dari Garret Popcorn.

www.garrettpopcorn.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.