Grand Imperial Bird’s Nest Hadiah Istimewa Pada Hari Ibu Bapa

Grand Imperial Bird’s Nest hadiah istimewa pada Hari Ibu Bapa. Seronok bila dah bergelar ibu bapa, boleh dapat hadiah. Hehehe. Kali ini ruby ingin bercerita idea hadiah sempena hari ibu bapa pada bulan ini. Khasiat sarang burung sudah bertahun diketahui ramai, malah ia menjadi hidangan wajib bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan. Bagi ruby pula, sarang burung sangat bagus diminum ketika hamil. Ini kerana ia meningkatkan imuniti janin dan mempercepatkan pemulihan selepas bersalin jika diambil semasa mengandung. Jadi tidak akan ada salahnya memberi sarang burung kepada sesiapa. Betul tak?

Kenapa ruby mencadangkan hadiah Grand Imperial Bird’s Nest sebagai hadiah Hari Ibu Bapa? Sebab kualiti yang diberikan oleh Grand Imperial Bird’s Nest adalah tip top. Dari pemilihan sarang burung, pengasingan, pengisian di dalam botol, kuantiti, kemudian bungkusan dan rasa. Tiada bahan pengawet dan pewarna. Semua isi kandungan adalah 100% natural, esklusif dan premium. Malah jenama ini memiliki sijil GMP, HACCP dan Halal.  Sarang burung dari Grand Imperial Bird’s Nest adalah dari baka burung Walit. Ruby sudah mencuba Bird’s Nest Instant With Rock Sugar semasa hamil, kuantiti sarang burung banyak dan dicampur pula dengan gula batu. Rasanya segar seperti minum air kelapa. Tetapi lebih nikmat. Cubalah!

Khasiat Sarang Burung Walit

Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walet didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar. Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit. Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan. Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.

Buat pertama kalinya, Nutox Oxyfusion memperkenalkan rangkaian produk kecantikannya yang berasaskan kolagen sarang burung walet yang bertindak sebagai cara penyelesaian terhadap kehendak wanita yang sentiasa menginginkan wajah kekal awet muda. Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.

Manfaat Sarang Burung Walit

# Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walet menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

Sumber : http://anizyn.blogspot.my/2010/01/khasiat-sarang-burung-layang-layang.html

BIRD’S NEST INSTANT WITH ROCK SUGAR

Bird’s Nest Instant With Rock Sugar adalah cara yang paling mudah untuk mengamalkan sarang burung. Jika ingin khasiat sarang burung berterusan, kita perlu amalkan hari-hari. Bagi yang baru cuba, 1-2 sudu sehari pun sudah memadai. Lagi pula kita semua tahu sarang burung harganya mahal. Jadi, jimat-jimat pengambilannya tetapi berterusan. Hehehe.

Grand-Imperial-Birds-Nest-14 Grand-Imperial-Birds-Nest-15 Grand-Imperial-Birds-Nest-16 Grand-Imperial-Birds-Nest-17 Grand-Imperial-Birds-Nest-18 Grand-Imperial-Birds-Nest-19 Grand-Imperial-Birds-Nest-20 Grand-Imperial-Birds-Nest-21

Sudah tahu manfaat, kebaikan dan cara amalan, jom segera dapatkan sarang burung sebagai hadiah hari ibu bapa nanti. Bird’s Nest Instant Drink with Rock Sugar –  8 bottles x 75 ml – RM 179. Sempena sambutan hari ibu dan bapa pada bulan Mei dan Jun 2016, Grand Imperial Bird’s Nest sedang mengadakan promosi bermula 20 April 2016 hingga 20 June 2016.
Beli 1 kotak Sarang Burung Kering Grand Imperial Bird’s Nest pada harga jualan dan dapatkan diskaun 20% untuk kotak ke-2.
Grand Imperial Bird's Nest Hadiah Istimewa Pada Hari Ibu Bapa
Beli 1 kotak Sarang Burung Ready-To-Drink Series / Instant Grand Imperial Bird’s Nest pada harga jualan dan dapatkan diskaun 30% untuk kotak ke-2.

Grand Imperial Bird's Nest Hadiah Istimewa Pada Hari Ibu Bapa

Hotline: +6012-6309938 / +603-33621938
(Mon-Fri: 9am-6pm)
GIBN Holdings Sdn Bhd
No.18, Jalan Setia Dagang AK,
U13/AK, Seksyen U13, Setia Alam,
40710 Shah Alam, Selangor.

www.facebook.com/grandimperialbirdsnest

www.grandimperialbirdsnest.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge