Maxis Menawarkan iPhone SE Dengan Program Zerolution

Wahhh teruja pula ruby tengok plan Zerolution dari Maxis. Memang tengah cari plan Telco yang murah dan iPhone SE. Just in time lah ni kan. Jom kita lihat apa yang menarik dengan plan ini. Maxis Menawarkan iPhone SE Dengan Program Zerolution iaitu telefon yang paling canggih dengan paparan berukuran empat inci, bermula Jumaat, 13 Mei 2016. iPhone SE mempunyai kuasa iPhone 6s di dalam reka bentuk aluminium padat yang digemari pelanggan, menampilkan paparan Retina berukuran empat inci yang menakjubkan dan empat kemasan logam cantik, termasuk emas merah (rose gold). Dengan prestasi luar biasa dari cip 64-bit A9 yang maju, hayat bateri lebih lama, inovasi kamera termasuk kamera iSight 12 megapiksel, Live Foto, keupayaan untuk merakam dalam 4K dan Touch ID, iPhone SE adalah telefon yang sempurna untuk semua orang yang mahu telefon yang lebih kecil.

“iPhone SE boleh didapati melalui program Zerolution yang amat popular dan anda tidak akan mendapat pengalaman yang lebih baik selain dari rangkaian 4G terbaik kami,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Program pemilikan telefon pintar Zerolution yang inovatif akan membolehkan pelanggan Maxis membayar untuk iPhone SE mereka dalam tempoh 24 bulan pada kadar yang amat berpatutan. Selain itu, pelanggan akan layak untuk menyertai program naik taraf tahunan (annual upgrade programme) Maxis yang akan membolehkan mereka menaik taraf kepada telefon baru setiap tahun.

Maxis Menawarkan iPhone SE Dengan Program Zerolution

Selain itu, Maxis akan menyediakan perlindungan percuma selama 3 bulan dengan perlindungan SafeDevice untuk pelanggan yang mendaftar untuk iPhone SE melalui Zerolution dengan naik taraf tahunan dari 13 Mei hingga 30 Jun. Pelanggan boleh membeli iPhone SE di Pusat Maxis di seluruh negara dan dalam talian di www.maxis.com.my/iphonese bermula Jumaat, 13 Mei. Untuk butiran lengkap mengenai harga dan ketersediaan, sila layari www.maxis.com.my/iphonese. Untuk maklumat lanjut mengenai iPhone, sila layari www.apple.com/iphone

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.