Book & Stationery

#88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2

Assalammualaikum semua, hari ni ruby nak kongsikan berkenaan buku #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2. Dua-dua buku ini adalah buku motivasi. Ia bersifat lebih dekat dengan pembaca. Tiap ayat-ayat quotes yang ditulis seakan-akan mengerti apa yang di alamai oleh kita semua. Hampa, stress, putus asa, ditinggalkan, semangat, jati diri dan segalanya yang diinginkan oleh diri kita sebagai manusia untuk terus bangkit ada di dalam buku #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2.

#88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2

#88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2

Ruby dapatkan buku ini melalui sahabat dari Bandung. Mas Eka membantu ruby belikan kedua-dua buku ini di Gramedia. Ruby tidak pasti buku ini dijual dimana selain MPH dan selalu sangat sold out. Jadi, ketika sarat hamil memang tidak berkesempatan untuk berulangkali cek di MPH. Terus minta bantuan sahabat untuk belikan. Hehehe. Kedua-dua buku ini ruby beli terus sekali gus. Vol 1 buku ini ruby tahu melalui gambar di instagram. Ramai kawan-kawan blogger upload quotes dari buku ini. Kemudian buku yang sedang hits 99 Mutiasa Hijabers hasil penulisan Kang Maman juga turut ruby kirimkan kepada Mas Eka untuk beli. Jadi, nantikan pula review buku tersebut pada penulisan blog pada masa akan datang ya.

#88 LOVE LIFE VOL. 1

#88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2 #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2 #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2 #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2

#88 LOVE LIFE VOL. 2

#88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2 #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2 #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2 #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2

Perkara yang menarik perhatian ruby tentang #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2 adalah luaran dan pengisiannya sangat ceria! Dari kulit buku bewarna pink, kemudian ilustrasi di dalamnya yang comel. Tulisan pula pelbagai warna. Sangat menarik untuk dibaca pada bila-bila masa. Ketika sedih, buku ini membuatkan kita happy balik. Tidak pernah sebuah buku boleh membuatkan anda tersenyum dan kembali bersemangat kan? Ruby juga ulat buku, cuma suka baca tentang fakta, sejarah tokoh, sejarah dunia dan bisnes. Buku berkenaan motivasi memang ruby tidak minat kerana tidak kena jiwa. Kenapa perlu serius sangat jika ingin beri motivasi, kerana kesilapan adalah pengalaman. Jadi, ruby perlukan sesuatu untuk naikkan semangat. Jadi buku #88 LOVE LIFE VOL. 1 & VOL. 2 adalah yang terbaik. Tidak mustahil penulisan Diana Rikasari dan ilustrasi oleh Dinda Puspitasari ini sangat membantu ramai orang.

Dapatkan buku ini di kedai buku MPH atau MPH Online jika anda berada di Malaysia.

#88 LOVE LIFE VOL. 1 : RM 50

#88 LOVE LIFE VOL. 2 : RM 49

Jika anda di Indonesia, boleh dapatkan di Gramedia

#88 Love Life Vol. 1 : Rp 74.800

#88 Love Life Vol. 2 : Rp 74.800

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge