Balik Kampung Suami Atau Isteri

      1 Comment on Balik Kampung Suami Atau Isteri

Bila ada yang bertanya ruby, “balik mana tahun ni”. Mesti ruby diam. Huhuhu. Tak tahu nak jawab macam mana. Hahaha. Balik kampung suami atau isteri adalah dilema pasangan yang berumah tangga. Kan? Bukannya taknak balik kampung, tetapi giliran siapa tahun ni? Hahaha. Ruby dah 5 tahun berumah tangga, jadi nak kongsikan plan ruby dan suami. Kami sering tukar-tukar plan. Hahahahaha! Bukan sengaja tau, tetapi sebab kena pandai budget kewangan. Waktu perayaan lah paling banyak duit dikeluarkan.

Persediaan Balik Kampung

  • Servis Kenderaan
  • Keperluan Suami & Anak-Anak (Makan Minum semasa perjalanan, berapa kali berhenti di kawasan rehat? Apa yang mereka nak makan?)
  • Tol & Minyak
  • Sumbangan untuk mak masak pada hari raya
  • Duit raya untuk saudara mara

Ini baru persediaan untuk balik kampung, kalau persediaan hari raya untuk rumah sendiri? Kuih raya kena beli atau buat, pakaian raya. Ruby lebih bersederhana, kerana jarang membeli pakaian. Cuma ketika musim perayaan, banyak jualan murah sedang berlangsung. Jadi, masa ni ruby akan beli pakaian untuk suami dan anak-anak. Kasut baru, baju, seluar, baju kemeja, baju kurung, jubah dan lain-lain. Memang ruby dah menabung setahun untuk jualan murah. Hehehe.

Balik Kampung Suami Atau Isteri

Emak, Ibu Saudara dan Bapa Saudara Ruby

Ruby ada dua kampung sekarang, sejak bernikah plan balik kampung berubah. Sebab rindu saat pagi raya. Kami berdua dari dua latar belakang berbeza. Jadi, memang kena belajar menyesuaikan diri. Ni nak cerita pengalaman ruby masa kali pertama bergelar isteri. Masa tu tahun 2013, kami plan Raya Aidilfitri di kampung suami, manakala Raya AidilAdha di kampung ruby. Pagi raya tu ruby dah menangis rindu mak, masakan mak. Huwaaaaa! Sabar sabar. Tak boleh tahannnn. Banjir bila jawab telefon, mak pula yang telefon. Wuwuwuuwuwwu

Kemudian tahun 2014 kami suami isteri plan Raya Aidilfitri balik separuh-separuh. Bermaksud, 29 Ramadan, 30 Ramadan dan 1 Syawal kami balik kampung suami, 1 Syawal tengahari, 2 Syawal, 3 Syawal balik ke kampung ruby. Plan macam ni nampak bagus kan? Tapi banyak kos yang keluar. Bertolak ke Kuantan, kemudian dari Kuantan ke Tg. Tualang ikut jalan dalam, yang melalui Bukit Fraser tu. Naik bukit turun bukit, minyak pun habis. Hahaha. Sampai dekat kampung, kami dah terduduk keletihan. Hahaha. Tapi, keseronokan pagi 1 Syawal di kampung ruby berbeza, pak sedara pakat pergi masjid untuk sembahyang raya sama-sama. Mest ada carpool. Kemudian ziarah kubur atok opah. Lepas tu semua dah balik rumah, masing-masing ambil tempat masing-masing. Terutama pak sedara dan mak sedara lah. Sebab mereka akan bagi duit raya. Hahahaha. Jadi kami akan beratur salam peluk cium dan minta maaf. Lepas semua dah teroyak nangis, kita makan!!! Yay!! Makanan macam biasalah mak ruby yang akan masak untuk seluruh ahli keluarga dan tetamu yang akan datang. Mak memang masak untuk berpuluh orang. Dalam waktu tengahari mak akan hilang. Masuk bilik untuk tidur. Hehehe. Sebab mak dah mula masak dari jam 3 pagi tau. Awal kan? Jadi mak kena tidur untuk cas bateri badan.

Balik Kampung Suami Atau Isteri

Tahun 2014 AidilAdha kami balik kampung suami di Kuantan sebab tahun tersebut mak mertua buat Aqiqah untuk Adam. Alhamdulillah.

Manakala tahun 2015, iaitu tahun lepas. Kami plan balik 1 kampung gilir-gilir ikut tahun. Jadi kampung ruby pada raya Aidilfitri dan raya AidilAdha kami tidak kemana-mana. Jadi tahun 2016 ni, balik kampung siapa pula? Sepatutnya kampung suami kan? Hahahaha. Aduii dalam dilema. Sekarang baru tahu rasa seronoknya kalau nikah dengan orang sekampung. Hahahahhaha. Tapi, mesti ada juga dilema sekampung ni. Hurmmmm. Pagi raya dekat kampung ruby memang meriah. Suami pun happy. Sebab dia pun suka kemeriahan dari kampung ruby. Di kampung suami, suasana tidak semeriah di kampung ruby. Tapi hari raya pertama dah melawat saudara mara. Kebiasaanya ruby sambut tetamu pada raya pertama, tetapi kali ni kami berjalan beraya. Hehehe.

Balik Kampung Suami Atau Isteri Balik Kampung Suami Atau IsteriBalik Kampung Suami Atau Isteri

Dulu berdua, lepas tu bertiga, sekarang dah berempat. Alhamdulillah. Bersalin tu memang sakit. Wuwuwuwu

Sebagai isteri, kita kena jaga keharmonian rumah tangga, walaupun kita rindu dan nak sangat beraya bersama ibu bapa, saudara mara. Tetapi kita kena ingat, kita dah menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak. Kalau asyik turn ruby je, kesian suami ruby. Dia pun rindu ibu bapa dia. Betul tak?

Ruby taknak bergaduh seperti keluarga lain yang berbalah untuk pulang ke kampung. Kawan ruby, selama 4 tahun suami dia taknak balik kampung dia. Dah jadi gaduh dan sabar seorang isteri ada hadnya. Jadi janji tinggal janji dan macam-macam perkara berlaku. Akhirnya tidak sehaluan. Mereka bercerai. Sedihnya si isteri hanya Allah s.w.t je yang tahu. Sebab dia berharap suami dia bersikap adil dan melindungi perkahwinan yang dibina. Tetapi nak buat macam mana. Dari kes balik kampung, ipar duai, mertua. Tiba-tiba jadi isu besar. Kesian dia.

Balik Kampung Suami Atau Isteri

Semoga kita semua dijauhi sebarang masalah, cuba selesaikan sebaik mungkin. Solat dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita. Amin. Selamat Hari Raya!

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 comment on “Balik Kampung Suami Atau Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge