Berbuka Puasa Di Klang Parade

      No Comments on Berbuka Puasa Di Klang Parade

Jika ruby ke Klang, tidak sah kalau tidak ke Klang Parade. Sebab sangat dekat dengan rumah ibu saudara ruby di Kampung Nakhoda Yusuf. Nak tonton wayang, nak makan, nak shopping. Semuanya ada di sini. Sejak pembukaan Klang Parade yang berwajah baru, kompleks membeli belah ini semakin banyak menawarkan pelbagai makanan, ruang membeli belah dan hiburan. Jadi untuk bulan Ramadan yang mulia ini, berbuka puasa di Klang Parade pun best juga. Jom ikut ruby mencari lokasi berbuka puasa!

Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade

Sebanyak 35 restoran / kiosk makanan terdapat di Klang Parade. Hah banyak kan?? Kalau bulan Ramadan ni anda mengidam nak makan takoyaki, Klang Parade ada Tako Wan. Kalau anda teringin makan nasi ayam, The Chicken Rice Shop ada. Cuma perlu tempah awal, caranya mudah je. Datang ke restoran, beritahu ingin tempah untuk hari apa, pilih menu dan buat pembayaran terus. Jadi anda boleh terus walkin pada jam 7 ketika waktu berbuka hampir tiba. Mudah kan?

G.43A Subway
G.50 Baskin-Robbins
G.56 Nando’s
G.58 Mocktail Bar & Snackzit
G.59 Koong Woh Tong
G.60 Teh Tarik Place
G.61 The Chicken Rice Shop
G.62 Suki-Ya
G.63 Old Town White Coffee
G.63A Secret Recipe
G.65 Don Kaiten
G.67 Candy House
G.68 Pat Kin Pat Sun Cafe
G.70 Texas Chicken
L1.07 Spices of Penang
L1.08 Igentis
L1.11 Porridge Time
L1.12 Teppanyaki
L1.161 Cafe
L1K.02 Yong Sheng Gift Shop
L2.65 – L2.66 Restoran Dynasty Dragon Seafood
L5.07 Boat Noodle
L5.08 Next Food Junction
L5.12 – L5.13 Hot & Roll
L5.13A – L5.15 Bentoya
L5.16 Ireland’s Potato
L5.28 Sub 18 Gelato
L5.39 Summer Love
L5.39A Nice Smell
L5.40 Big Apple Donuts & Coffee
L5.40A Tako Wan
L5.41 Fresh Fruits
L5.42 Shihlin Taiwan Street Snacks
L5.42A Blackball

Teh Tarik Place ada menyediakan pelbagai jenis makanan. Mamak style gitew. Kalau nak kudap-kudap popia goreng dan pisang goreng pun ada!

Berbuka Puasa Di Klang Parade

Pisang Goreng RM 2.80

Berbuka Puasa Di Klang Parade

Popia Goreng RM 2.80.

Kalau nak makan nasi ayam sedap. The Chicken Rice Shop ada! Order set untuk 4 orang terus. Anda boleh makan macam-macam.

Berbuka Puasa Di Klang ParadeBerbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade

Pada bulan Ramadan, The Chicken Rice Shop ada menyediakan menu Ayam Berempah Isimewa. Cubalah!

Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade

Tiada siapa akan menolak jika berbuka puasa makan takoyaki. Panas-panas makan takoyaki memang best. Kalau diet, inilah menu yang sesuai. Kegemaran ruby dan suami. Hehehe. Adam pun suka! Octopus Octopus!

Hebatkan senarai tempat makan di Klang Parade. Tapi kalau anda tidak mahu makan di restoran, jom makan di Medan Selera di tingkat 5. Macam-macam ada.

Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade

Tipulah kalau ke Klang Parade hanya nak pergi makan untuk berbuka puasa je kan. Mesti kita ni para isteri nak cuci mata. Ada je kita nampak kan. Nak beli kasut suami dan anak, nak beli hiasan dalam rumah. Hah yang paling penting adalah balang untuk kuih raya!!! Takkan nak hidang tetamu dengan balang kuih tutup merah tu kan. Mesti nak cantik-cantik. Di Klang Parade ada cawangan SSF terbesar di Malaysia. Rasanya lah kot, sebab luas betul. Ruby tak pernah pergi SSF sebesar itu. Banyak pula jenis balang kuih dekat situ. Rambang mata!

Berbuka Puasa Di Klang Parade Berbuka Puasa Di Klang Parade

Sepanjang bulan Ramadan, Klang Parade mengadakan Fiesta Raya Bersama BoboiBoy di Atrium Utama di Tingkat Bawah. Ada pelbagai aktiviti disediakan dan hadiah juga menarik! Jemput datang!

Klang Parade. No.2112, KM2, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia.
Phone: 03-3343 7889 / Fax: 03-3343 7313

Waktu Operasi 10 pagi – 10 malam

www.facebook.com/ARA.KPM

www.klang.parade.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge