Berpantang Cesarean Part 1

Assalammualaikum, sebelum memori ini ruby lupa. Ruby nak tulis dekat sini, sebagai kenangan ruby dan sebagai rujukan sesiapa sahaja. Bersalin anak kedua ni ruby kena emergency cesarean sebab fetal distress dan ruby pun dah lemah sangat. Contraction dari jam 9 pagi dan keputusan bersalin pada jam 6.30pm dibuat oleh doktor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Jadi, pengalaman berpantang cesarean part 1 ni adalah cerita untuk minggu pertama berpantang. Apa yang ruby buat dan amalkan. Susah betul. Wuwuwuwuw.

Ruby pernah bersalin normal ketika anak pertama. Jadi perbezaan ni semua ruby sudah alami. Sekarang ruby sedang berpantang untuk hari ke 39. Isnin nanti habis pantang. Yay! Minggu pertama berpantang ruby gunakan perkhidmatan ibu berpantang RM 1800. Awal juga ruby booking supaya bidan ready. Masa booking tu confident je cakap yang akan bersalin normal, sekali cesarean. Nasib baik ada bidan yang jaga berpantang cesarean. Alhamdulillah.

Hamil Kali Ke-2 : 33 Weeks Persiapan Keperluan Bayi Dan Ibu

Ruby ambil Pakej B selama 7 hari RM 1800. Jika berpantang normal, memang nikmat lah semua ni. Bila cesarean, bertangas sekejap je. urut pun tak sesedap orang bersalin normal sebab tak urut perut dan sengkak. Masa urut pun mengiring kejap je. Sebab sakit bila mengiring tu. Bertungku pun sekejap je, bahagian selain perut. Wuwuwuwu. Tapi takpalah, bidan siap kemas rumah, masak makanan ruby dan basuh baju ruby sekeluarga. Itu pun dah satu rahmat. Hahaha.

Selama seminggu tu, ruby alhamdulillah dapat rehat secukupnya. Kalau tiada bidan dan suami ni, entah apa jadi kat ruby. Suami siap ambil cuti unpaid leave seminggu untuk jaga ruby dan anak-anak. Sebab Adam masih dalam situasi terkejut yang dia ada adik. Dia dah tak boleh melepek ngan ruby macam dulu. Dia minta dukung, ruby rasa sedih sangat, sebab ruby asyik dengan adik je. Tapi nak buat macam mana, belum sembuh sepenuhnya dan adik pula perlu perhatian sebab Jaundice tak baik lg. Kena kerap menyusu.

Berpantang Cesarean Part 1

Kemudian makanan berpantang ruby pun ruby memilih juga. Sebab risau jahitan bernanah dan berair ke kan. Jadi ruby makan lunch dan dinner nasi putih, ikan tenggiri bakar / goreng kering, sup lobak putih dan sawi. Snack ruby makan kurma je. Sarapan susu kambing atau nestum. Kalau lapar, ruby akan kunyah kurma je. Biskut mayat dan biskut lutut juga ruby makan bila hi tea. Buah pula ruby makan oren sunkist dan anggur hitam. Hehehe.

Perkara paling nak sangat ruby pakai adalah bengkung, tapi tak boleh pakai. Bidan ada bg cuba bengkung moden tu, rasa macam cucuk-cucuk pula dekat bahagian jahitan tu. Sebab bahagian atas perut bagi penolakan, jadi macam ada tekanan kat tempat pembedahan. Luar dan dalam rasa nyeri je. Huhu. Takpelah nanti luka dah baik, jahitan dah ok, kita pakai bengkung.

Untuk jaga jahitan cesarean, ramai cakap tak boleh mandi. Nanti kena kat tempat jahit. Tapi ruby nak mandi wiladah camana pula kan. Takkan nak tunggu 10 hari badan mesti masam hoi. Haha. Ruby mandi je. Dah tak tahan dengan peluh-peluh masam ni. Balik dari hospital hari kedua, esok pagi ruby dah mandi. Kemudian bidan datang. Bidan cakap mandi je, asalkan keringkan bahagian jahitan tu. Aduii nak tengok jahitan pun ruby tak berani. Jadi bidan ambil kapas dan minta hair dryer. Dia dap-dap bahagian yang basah dan hair dryer kan luka tu. Supaya sentiasa kering. Jadi, hari-hari ruby boleh mandi. Yay! Kalau nak tahu macam mana rupa perut bila kena pembedahan cesarean. Google lah, banyak gambar keluar. Hehe.

Nanti ruby kongsikan minggu ke dua berpantang pula ya!

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Berpantang Cesarean Part 1

    TENGKUBUTANG

    (June 16, 2016 - 8:49 am)

    yang limau sunkist tu kena makan banyak-banyak macam tu ke

      Ruby

      (June 16, 2016 - 4:21 pm)

      hahaha. makan dua biji je pon dah ok. ni potong untuk family member lain makan juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.