Berpantang Cesarean Part 2

Minggu kedua berpantang cesarean, minggu ini bidan tiada, suami dah mula masuk pejabat. Macam mana nak jaga anak? Adam yang berusia 2 tahun 5 bulan, adik yang usia 8 hari. Wuwuwuwuwu. Berpantang cesarean part 2, lebih mencabar. Sebab bila nurse KKIA datang rumah cek adik dan cek postnatal untuk ruby. Adik punya Jaundice tinggi. Jadi kena pergi ambil darah di KKIA. Masa ni ruby rileks lagi sebab dah biasa dah. Adam dulu pun prolong Jaundice. Kemungkinan adik pun sama. Hehehe.

Minggu kedua serba mencabar ni, nak kena plan pergi KKIA, suami nak kena ambil half day pula. Nasib baik boss dia memahami. Minta time slipt dekat KKIA dan dia akan ganti masa kerja. Jika kebiasaan balik jam 6.15, dia akan balik jam 8 malam. Huwaaa. Dah le ruby berpantang dengan anak-anak je, susah ha. Nak kemana-mana kena pangku berjalan pegang tempat jahitan. Nak basuh berak Adam, nak buat susu, kemas permainan dia yang bersepah ni. Lepas tu Adik pula nak menyusu, cuci pampers dan tidurkan Adik. Ada satu masa si Adam meraung kuat-kuat bila ruby cakap “Adam tunggu sekejap ya, ibu susukan adik dulu. Nanti adik dah tidur ibu buatkan susu”. Dia melalak boleh satu taman dengar. Memang serabai lah ruby masa minggu kedua ni.

Screen Shot 2016-06-08 at 3.46.46 PM Screen Shot 2016-06-08 at 3.44.12 PM

Bila ruby perhatikan rutin si Adam, ruby dah mula plan. Ruby akan bangun awal, mandi cepat-cepat, keringkan luka cesarean pun kena cepat. Siapkan susu Adam dulu. Lepas tu susukan Adik. Sebelum suami pergi kerja, dia akan siapkan makanan ruby dan mandikan adik. Alhamdulillah. Bila adik dah selesai susu, Adam akan bangun. Masa ni ruby perlu mandikan dia. Dia nak mandi air panas lah, nak berendam dalam tub lah, nak ruby mandikan lah. Macam-macam akal dia supaya ruby akan lama duk hadap dia.

Dulu bila anak satu, boleh lah tidur lena. Sekarang ni sharp jam 9 malam ruby dah tukar shift dengan suami. Nak tidur dulu, nanti baby nak susu bg kat ruby. Bangun jam 5 pagi. Bagus juga kan. Tapi waktu siang tu, nak ke jamban pun Adam ikut, bila Adam tak ikut, adik pula melalak. Waktu makan ruby memang kena pandai curi masa. Masa nak sarapan, si adik melalak nak minta dukung. Kemudian waktu lunch dia minta dukung juga. Baru je nak ngap satu suapan. Lepas tu Adam pula sakit bontot sebab berak. Pampers dah full. Ayoyo.

Kenangan membesarkan anak-anak sambil berpantang. Semoga pengorbanan ini, memberikan sejuta rahmat dari Allah s.w.t. Alhamdulillah. Nanti ruby share minggu ketiga berpantang. hehehe.

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Berpantang Cesarean Part 2

    Perawat Islam

    (June 12, 2016 - 4:17 pm)

    Begitulah betapa payahnya kesusahan yang ditanggung oleh seorang ibu. Tetapi itulah cantik dan adilnya Islam, disebabkan kesusahan dan kepayahan itulah Allah mengangkat darjat seorang wanita melebihi lelaki. Darjat seorang ibu berbanding ayah.

    Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

    Semoga anak-anak kita menyayangi dan mengingati kita sepanjang hayat. Salam perkenalan juga dari saya kepada Puan Ruby. Ini komen pertama saya di blog hebat ini 🙂
    Perawat Islam´s last blog post ..9 Jenis Sihir & Bagaimana Mengenalinya?My Profile

      Ruby

      (June 13, 2016 - 11:31 am)

      Subhanallah terima kasih diatas komen ini. Menitis air mata saya baca komen istimewa ini. Terima kasih banyak-banyak.

    ALIA FARHAN SAID

    (June 12, 2016 - 2:28 am)

    Akk yg dengar psal cser ni pun trauma…
    Hrp2 la beranak kali ni boleh normal ja…
    Tapi ruby kira kuat la…akk mmg mak jaga…
    Kalau mcm ruby rasa lgi trauma kot
    ALIA FARHAN SAID´s last blog post ..Air Asia buat gila lagiMy Profile

      Ruby

      (June 13, 2016 - 11:35 am)

      trauma dah tak jadi trauma dah kak. lalui je dengan hati terbuka. tengok anak-anak terus senyum. dah anak dua ni, tidur pun tak cukup jam. tapi elok je buat macam-macam kerja. masa bujang dulu, tidur banyak jam tapi tak senikmat bila ada anak ni. hehe.

    Afif Rayyan

    (June 11, 2016 - 8:09 pm)

    selamat berpantang….

      Ruby

      (June 13, 2016 - 11:35 am)

      terima kasih. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.