Bridestory : Tips Kewangan Majlis Perkahwinan

      1 Comment on Bridestory : Tips Kewangan Majlis Perkahwinan

Jika sebelum ini ruby ada kongsikan Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah dan pengalaman majlis perkahwinan ruby. Kali ini ruby ingin kongsikan tips kewangan majlis perkahwinan. Ramai ingin melangsungkan perkahwinan, tetapi masalah kewangan pula menjelma. Tips pertama adalah anda perlu berbincang dengan kedua-dua pihak, ini kerana dengan perbincangan, anda akan tahu langkah seterusnya. Baru tahu uruskan bajet. Ruby bercerita berkenaan ruby, agar mudah untuk difahami okay? Hehehe.

Bridestory : Tips Kewangan Majlis Perkahwinan Bridestory : Tips Kewangan Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan ruby dilaksanakan dengan perkongsian wang diantara ruby, suami, ibu bapa ruby, saudara mara ruby, dan ibu bapa suami. Jadi kami dah boleh plan apa perlu buat. Majlis pula? Pada permulaanya ingin buat di satu lokasi sahaja, iaitu di Kuala Lumpur. Tetapi pihak suami menyatakan hasrat, nanti saudara mara di pahang tidak boleh hadir. Jadi Mak dan Ayah suami akan uruskan majlis di Pahang. Dari catering, pakaian pengantin, pelamin, khemah dan jemputan. Ruby hanya mekap sendiri aje. Hehehe. Terima kasih mak ayah!

wedding outdoor tc

Okay berbalik kepada majlis di Kuala Lumpur, pelamin ruby ditaja oleh mak dan ayah ruby. Terima kasih mak ayah! Kemudian bunga telur ditaja oleh makteh ruby. Dalam 8 pokok bunga telur. Semua makteh ruby buat sendiri. Dari bulan Julai sampai November makteh duk hadap buat bunga telur tu. Sebab majlis ruby ni cepat berlangsung, bertunang bulan Julai, nikah bulan November. Terima kasih makteh! Kek perkahwinan 3 tingkat ditaja oleh kak shima. Terima kasih akak!

Wedding Ku 8 Wedding Ku 9

Okay apa yang ruby dan suami pula perlu buat? Banyak! Kami siap buat pinjaman peribadi RM 10 ribu. Walaupun ramai tidak galakkan, tapi kami dah tiada cara lain. Alhamdulillah sekarang dah tinggal lagi RM 4,133.68 hutang. Kami bayar tanpa gagal setiap bulan. Jika ada rezeki, kami akan selesaikan terus lamsam. InsyaAllah. Ruby ketika itu tidak bekerja tetap, hanya menjadi writer blog ruby.my. Dari situ datang pelbagai cabang rezeki. Sungguh tak sangka. Kemudian, suami pula baru je bekerja setahun ketika itu. Gaji fresh graduate berapa la sangat kan. Jadi berbekalkan duit sikit-sikit dari pelbagai arah dan pinjaman, kami berjaya laksanakannya!

Bridestory : Tips Kewangan Majlis Perkahwinan

Bila bajet kecil, apa yang penting adalah survey. Sentiasa survey. Survey apa perkara penting untuk majlis bahagia kita nanti. Macam ruby, ruby akan datang ke festival pengantin, google material kain yang sesuai untuk majlis perkahwinan iaitu kain lace. Di antara website yang bagus untuk anda survey segala keperluan majlis perkahwinan adalah di www.bridestory.com.my. Apa yang penting untuk maklis perkahwinan kita? Catering majlis, catering makan beradab, fotografi, videografi, pakaian pengapit, pakaian penyambut tetamu, sepersalinan pakaian pengantin (kasut, baju kurung, veil, hijab, anak tudung, songkok, brooch, pin tudung), pakaian nikah (kasut, baju kurung, veil, hijab, anak tudung, songkok, brooch, pin tudung), dulang hantaran, photobooth, candy buffet, inai pengantin, pengacara majlis, ustaz baca doa, bunga segar untuk pengantin, jurumekap, penari cilik dan macam-macam lagi. Haaaa kalau tak survey dari awal, memang caca marba. Sebab kita yang bajet kecil ni kena plan dan survey awal. Lain lah kalau ada duit, sebulan sebelum majlis dah selesai. Lantik wedding planner je. Beres. Hehe.

Bridestory : Tips Kewangan Majlis Perkahwinan

Sekarang ni zaman aplikasi di telefon pintar, sambil baring-baring pun boleh survey. Hehe.

Kos perbelanjaan majlis ruby, banyak juga yang ruby potong dari list. Macam jurufoto, photobooth dan lain. Bagi ruby, majlis raja sehari biarlah bersederhana tetapi cantik dalam gambar kamera saudara mara. Gambar confirm mereka upload di social media. Hahaha. Sebab kos jurugambar masa tahun 2012 tu mahal la. Tidak macam sekarang. Biarlah sederhana tetapi tetamu makan kenyang. Majlis ruby pada tahun 2012 hanya bernilai RM 15,000 sahaja. Lebih kurang gitulah. Campur makan, minum dan duit minyak masa mencari barang.

  • Makanan Tetamu & Meja Makanan Beradab – RM 6,000
  • Sewa Dewan – RM 1,500
  • Pakaian Nikah & Bersanding L&P :
    • Kasut Pengatin (Heels) dari Payless – RM 99
    • Baju Nikah dari Butik – RM 100
    • Baju Pengantin – Kain Lace dan Chiffon Georgette dari Jakel : RM 500
    • Upah Jahit Baju Pengantin (Kurung Moden kain meleret) : RM 100
    • Baju Melayu (Putih) dari Butik BAK : RM 150
    • Baju Melayu (Mustard Gold) dari Jakel : RM 150
    • Songkok, Brooch, Pin Tudung, Veil, Anak Tudung Labuci dari Jalan Masjid India : RM 700
  • Juru acara Majlis – RM 300
  • Penari Cilik – RM 300
  • Pakaian penyambut tetamu (Ibu Saudara dan Bapa Saudara) – RM 3000
  • Cincin Perkahwinan – RM 2000 dari Emas Sireh Pinang. Buy 1 FREE 1. Hahahaha!

Bila kira-kira, hah terlebih dari kiraan asal, sebab rezeki Allah s.w.t pasti ada bila kita inginkan hubungan halal. Ewahhh

Bridestory : Tips, Fesyen & Inspirasi Gaun Pengantin Muslimah

Semoga tips ini bermanfaat buat anda semua!

www.bridestory.com.my

1 comment on “Bridestory : Tips Kewangan Majlis Perkahwinan

  1. Perawat Islam

    Untung Puan Ruby. Banyak yang sponsor. Masa saya kahwin dulu takde sape yang sponsor 🙂 Ala kadar je, yang penting hubungan halal itu terlaksana.

    Alhamdulillah, selepas kahwin tiada sebarang hutang. Dan lebih memuaskan hati, apabila saya usahakan blog rawatan sihir yang saya bina khas untuk perkenalkan perkhidmatan rawatan Islam saya, hasil dari situ boleh digunakan untuk kembangkan perniagaan sebab takde hutang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge