HAIRDEPOT Loft 1Utama

      No Comments on HAIRDEPOT Loft 1Utama

Siapa pernah pergi HAIRDEPOT? Best kan? HAIRDEPOT adalah alternatif terbaik bagi anda yang berhijab. Sebab kalau pergi salon, nak buat rawatan dan lepas tu balik rumah dengan bertudung lagi, dah rasa tak best kan? Sebaiknya lepas rawatan kulit kepala dan rambut, kita kena biarkan rambut bernafas dengan baik. Ni kalau berhijab, lepas rawatan kita akan ikat rambut siap pakej bersanggul. Pakai anak tudung dan kemudian lilit shawl lagi. Lepas rawatan rambut bukannya terus balik rumah, kita akan shoppinggggg. Hahaha. Jadi, buat apa bayar mahal-mahal di salon bila manfaatnya disia-siakan. Jom ruby nak bawa anda ke cawangan baru HAIRDEPOT Loft 1Utama. Kalau masuk ke HAIRDEPOT mesti seronok, sebab hair specialist ada untuk bantu anda. Cerita je apa masalah yang dihadapi. Terus mereka cerita apa solusi terbaik untuk rambut anda.

Dari krim rambut, gel rambut, minyak rambut, shampoo, rawatan kulit kepala, pewarna rambut, spa kepala, spa rambut dan macam-macam lagi lah. Siap ada tester untuk anda cuba dan bau sebelum membeli. Best kan? Jenama HAIRDEPOT telah ditubuhkan sejak tahun 2009. Sebanyak 29 cawangan beroperasi di Klang Valley & Johor dibawah jenama HAIRDEPOT dan K CARE SHOP. Ada 4 cara anda boleh dapatkan produk penjagaan rambut mereka, iaitu dari kedai HAIRDEPOT, HAIRDEPOT Loft, K CARE SHOP dan secara dalam talian di www.kcareshop.com. Di Hairdepot terdapat 13 jenama dijual iaitu Midori, Hair Milk, Herbalogist, HAIRDEPOT, Greenology, Ecru Little Green, Ecru NewYorkStreets, Cab’s, Aurane, Erayba, Phytorelax, Farcom Mea Natura, Farcom B-Style dan Farcom Aler.

Hair-Depot-1Utama-13 Hair-Depot-1Utama-6

Semasa ruby di HAIRDEPOT Loft 1Utama, ruby bersembang dengan hair specialist berkenaan masalah rambut ruby. Kebiasaannya mereka yang berhijab mesti ada masalah rambut gugur, rambut semakin menipis, kelemumur dan berminyak. Jadi ruby beritahu lah masalah ruby, rambut tidak gugur tetapi berkurang. Ada macam kelemumur tetapi tidak berhabuk. Apakah masalah ruby sebenarnya? Hahaha. Jadi hair specialist tanya dekat ruby, rambut berkurang, kulit kepala berminyak tak? Kemudian kelemumur atau kulit mati? Jadi hair specialist dah nampak ekspresi muka ruby macam bingung nak jawab soalan dia. Dia pun beritahu apa solusi yang ada. Beliau mengesyorkan jenama Midori.

Hair-Depot-1Utama-7

Midori Secret Energy Scalp Peeling Gel ini digunakan 20 minit sebelum basuh rambut. Spray di kulit kepala dan urut-urut dalam 10 minit, kemudian tunggu 10 minit untuk bagi kulit mati / kelemumur di kepala lembut dan mudah tertanggal. Oh ya, penggunaan Midori Secret Energy Scalp Peeling Gel seminggu sekali je tau!

Hair-Depot-1Utama-4

Selepas 10 minit merawat kulit kepala dengan Midori Secret Energy Scalp Peeling Gel, boleh lah shampoo rambut dengan Midori Secret Energy Hair Growth Shampoo. Sesuai untuk rambut jarang-jarang dan keguguran. Shampoo ini akan membantu singkirkan sisa kotoran semasa kita spray dengan Midori Secret Energy Scalp Peeling Gel tadi. Midori Secret Energy Hair Growth Shampoo ni boleh digunakan setiap kali anda nak cuci rambut. Hari-hari pun boleh. Tiada masalah. Tapi secara logik, ruby akan shampoo rambut 3 kali seminggu aje. Tiap malam, pada hari Ahad, Rabu dan Jumaat. Hehe.

Hair-Depot-1Utama-10

Selepas shampoo rambut, ketika rambut sedang lembab-lembab tu, spray di kulit kepala Midori Secret Energy Power Tonic. Ini akan membantu rambut baru mula tumbuh. Untuk Midori Secret Energy Power Tonic ni anda boleh gunakan tiap kali selepas shampoo rambut.

Hair-Depot-1Utama-14

Fungsi Argan Oil dari Morocco ni memang ramai dah tahu. Elok untuk kulit dan banyak produk kosmetik menggunakannya. Tetapi Argan Oil bernilai RM 89 ini sesuai ke digunakan untuk rambut? Caranya bukan gunakan untuk satu kepala. Gunakan di hujung rambut anda sahaja. Selamatkan rambut anda dari bercabang dan kembang. Ruby suka gunakan Argan Oil ini setelah bangun tidur. Sebab kebiasaanya ruby tidak akan shampoo rambut ketika di awal pagi. Ruby suka shampoo rambut setelah habis semua aktiviti harian. Nak uruskan rumah tangga, sahur suami, anak-anak. Memang kena pandai plan masa setiap hari. Jadi, walaupun sibuk dengan keluarga, kerjaya dan bisnes. Takkan lah nak nampak kusut masai kan? Rambut serabai je. Ishhh kena jaga penampilan. Walaupun berkain batik tau. Hahaha.

Hair-Depot-1Utama-12 Hair-Depot-1Utama-1

Nampak tak HAIRDEPOT Head Spa tu? Bau wangi sangat. Ruby gunakan sebagai conditioner selepas shampoo rambut. Lembut je rambut ruby. Hehehe. Wangi tu lagi lah best. Rasa nak makan rambut. Hahaha. Head Spa ni sesuai untuk guna di kulit kepala juga. Ada sesetengah jenama tidak sesuai dengan ruby, sebab dia bagi kulit kepala ruby gatal-gatal dan berkelemumur. Memang takut nak guna sebarang jenama. Melainkan hair specialist sahkan ia tidak memberi apa-apa iritasi.

Hair-Depot-1Utama-2 Hair-Depot-1Utama-11

Dah selesai shopping set penjagaan rambut dari HAIRDEPOT! Yay!!! Sihat dan wangi lah rambut ruby lepas ni.

Ruby juga ingin kongsikan kegembiraan ini dengan memberi Argan Oil. Nak minyak argan ni tak?? Repost gambar ruby di instagram dan tunjukkan dekat staff HAIRDEPOT Loft cawangan 1Utama. Anda akan dapat sebotol Argan Oil 50ML yang bernilai RM 89 dan 1 tahun FREE membership bersama HAIRDEPOT tanpa perlu beli apa-apa! Best kan? Terhad kepada 100 follower yang repost gambar ruby. Cepat dapatkan!!! Tawaran sah sehingga 15 Julai 2016 dan sehingga stok masih ada atau sehingga cukup 100 follower yang tebus Argan Oil lah.  Repost gambar instagram di bawah ni tau!

Semoga anda semua gembira dengan tawaran istimewa ini! Selamat berpuasa!

HAIRDEPOT Loft 1Utama, LG311G, 1Utama Shopping Center (New Wing) sebelah Old Town White Coffee

www.kcareshop.com

www.instagram.com/hairdepot_my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge