Hermo 612 Anniversary Sales

Kalau bab online shopping, boleh serahkan dekat ruby. Memang ruby bijak bila membeli barang secara online. Ruby akan buat research dan baca testimoni. Beruntung kita hidup di zaman google dan semua di hujung jari kan? Pada 12 June – 18 June 2016 telah berlangsung Hermo 612 Anniversary Sales bersempena ulangtahun Hermo yang ke-4 tahun di Malaysia dan Singapura. Jadi, bayangkanlah berapa banyak diskaun, free gift dan berapa ribu pelanggan masuk ke laman web Hermo. Wohohoho! Ruby pun tidak ketinggalan “tengok-tengok” dan akhirnya membeli! Hahaha. RM 174.79 je untuk kesemua barang yang ruby beli. Wohohoho. Happy!

Lambakan beauty box semakin banyak di Malaysia. Sejak tahun 2012, fenomena ini berterusan. Tetapi surprise beauty box yang dihantar tidak menjadi kegilaan rakyat Malaysia sebab ada sesetengah produk yang dihantar tidak menepati cita rasa walaupun soalan-soalan tentang diri sendiri telah ditanya semasa mendaftar dan membuat pembayaran. Jadi, bisnes surprise beauty box dari satu syarikat ke syarikat yang lain jadi hambar. Langganan tahunan seperti membazir. Sebab kita sebagai pengguna suka membuat pilihan sendiri. Ada kalanya produk yang baru masuk ke Malaysia tidak sesuai dengan diri kita, ada kala pula pilihan produk tidak terkenal. Jika syarikat beauty box melihat trend masa kini, mungkin dapat di selamatkan. Sebagai contoh, lambakan produk keluaran Korea.

Pada pendapat ruby, inisiatif Hermo adalah yang terbaik. Kerana memberi peluang pengguna memilih dan membeli, disamping memberi sample dan free gift. Jadi, beauty box pelanggan sentiasa ceria dan happy customer always return. Walaupun ruby dah bertahun dengar nama Hermo. Tetapi percayalah bahawa semasa 612 Anniversary Sales baru ruby lengkapkan butiran peribadi di dalam website Hermo. Hahaha.

Hermo 612 Anniversary Sales Hermo 612 Anniversary Sales

Semalam, 18 Jun 2016 telah berakhirnya Hermo 612 Anniversary Sales dan ruby bernasib baik telah mula membeli pada 13 Jun 2016. Hehehe. Tips nak shopping ketika jualan murah adalah…. kita perlu beli pada hari pertama atau hari kedua. Nanti best seller produk mesti habis cepat. Ruby tidak grab produk RM 1, RM 2 atau RM 6 pun sebab tak ada yang ruby minat. Ruby suka produk Nature Republic, Innisfree dan lebih kepada penjagaan kulit. Produk organik adalah nombor 1 pilihan ruby. Hehehe. Jom lihat apa yang ruby beli.

Hermo 612 Anniversary SalesHermo 612 Anniversary Sales

Semuanya dibungkus elok, ada bubble wrap lagi. Siap dengan Air Cushion lagi tau. Jadi, bila proses penghantaran tidaklah tonggang terbalik produk yang ruby beli ni. Hehehe. Parcel ruby dihantar oleh perkhidmatan GDEX.

Hermo 612 Anniversary Sales

Innisfree Smooth Lip Scrub ni tersangatlah bagus. Kalau dapat beli satu set scrub, treatment dan concealer tu lagi bagus. Tapi susah nak dapat!!!! Huwaaa. Jika ada kawan-kawan pergi Korea, elok sangat kirim duit untuk mereka belikan. Innisfree Smooth Lip Scrub RM 17.10 ruby beli di Hermo. Terus sambar dua unit. Hahahahaha! Evil laughing! Sebab harga asal RM 24.90. Hahahaha!!!!!!

Hermo 612 Anniversary Sales

Petitfee – Premium Gold & EGF Eye Patch (1.1g x 60pcs) RM 29.00. Ruby terus beli 2 unit. Sebab harga asal RM 79.00. Jika anda cari eye patch ni, ia dah sold out! Hahahaha. Nasib baik sempat!

Sebenarnya ruby keliru dengan produk Aloe Vera yang berlambak di jual. Sebab, aloe vera ni kan berlambak di Malaysia. Kenapa produk Korea ni mendapat sambutan hangat. Malah ada yang Aloe Vera dari California, Jeju Island dan Texas???. Wahhhhh hebat betul ni. Jadi ruby ingin membuat video perbandingan Aloe Vera dari beberapa jenama terkemuka ini. Dari Amicell, Nature Republic, The Face Shop dan 3W Clinic. Aloe Vera dari Elianto je ruby tak beli. Haha. Semuanya dengan peratusan berbeza. Ada 92%, 99% dan 100%. Apa bezanya ni?

Hermo 612 Anniversary Sales

Amicell Aloe Vera Moisture Soothing Gel 300ml RM 9.20. Harga asal RM 29.00

Hermo 612 Anniversary Sales

The Face Shop Jeju Aloe Fresh Soothing Gel 300ML RM 15.00. Harga asal 21.90

Hermo 612 Anniversary Sales

Nature Republic Soothing & Moisture ALOE VERA 92% Soothing Gel 300ML RM 15.00. Harga asal RM 36.90

Hermo 612 Anniversary Sales

[Twin Pack] 3W Clinic Aloe Vera Soothing Gel 100% 300GRAM RM 35.00. Harga asal RM 90.00

300 Gram dan 300 ML adalah sama kuantiti jika anda tidak faham. Kerana mililiter adalah satu unit kuantiti, dan gram adalah unit jisim, kerana 1 mililiter air sama dengan 1 gram jisim, 300 mililiter air mempunyai berat 300 gram. Hehehe.

FREE GIFT

Hermo 612 Anniversary Sales Hermo 612 Anniversary Sales Hermo 612 Anniversary Sales Hermo 612 Anniversary Sales

Banyaknya free gift dan sampel. Hehehe. Terima kasih Hermo!

www.facebook.com/HermoMalaysia

www.instagram.com/hermomy

www.hermo.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.