Hiasan Bunga Segar Dari Flower Chimp

      2 Comments on Hiasan Bunga Segar Dari Flower Chimp

Sekejap je nak raya! Ya Allah seronoknya! Masa ni lah rindu keluarga, bulan-bulan lain takda pun rindu macam ni. Hahaha. Macam mana lah tidak rindu kan, semua ahli keluarga berkumpul. Ruby pun kerja keras selama setahun pun untuk menabung, agar bulan Ramadan dan Syawal diraikan sebaik mungkin. Makanan ketika berbuka dan sahur penting tau, walaupun boleh berjimat. Tetapi jangan sampai terjejas kesihatan. Jika tidak mahu makan berat-berat. Pastikan ada stok kurma! Kurma terbaik adalah kurma nabi / ajwa. Bila bulan Ramadan ni, banyak juga persiapan kena buat. Ruby perlu membeli pakaian raya sekeluarga, biskut raya, membeli-belah kerana jualan gila-gila murah dan kos untuk pulang ke kampung! Kos pulang ke kampung ni termasuklah hiasan bunga segar. Mak ruby suka betul hias rumah terbuka cantik-cantik. Tambahan raya pertama, kedua dan ketiga pasti ada tetamu yang datang. Jadi, hiasan bunga segar dari Flower Chimp ruby akan bawa dari Kuala Lumpur!

Hiasan Bunga Segar Dari Flower Chimp

Akhir bulan Ramadan yang suci menandakan bermulanya kesesakan jalanraya yang tidak berkesudahan, ziarah-menziarahi ahli keluarga tersayang, rumah terbuka , makanan tradisi serta kunjungan sanak-saudara dan rakan-rakan ke rumah. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang penuh kasih sayang, kesyukuran dan penghargaan buat insan yang disayangi, dan sepanjang bulan Syawal, umat islam meraikan kesemuanya dengan rumah-rumah terbuka, menandakan akhirnya berpuasa selama sebulan. Konsep rumah terbuka adalah suatu kebiasaan dalam budaya Malaysia sepanjang tahun, terutamanya semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali, Krismas dan macam macam lagi.

Hiasan Bunga Segar Dari Flower Chimp

Tetapi seperti setiap perayaan kebudayaan lain di Malaysia , Hari Raya mengekalkan suasana yang unik dengan cara yang istimewa sebagai tanda kegembiraan. Dari mercun bunga api, bunga segar untuk hiasan rumah dan pelbagai hidangan juadah savori dan manisan-manisan yang menceriakan seisi rumah.

Hari Raya bukan saja diraikan oleh umat islam tetapi juga oleh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, juga tidak terkecuali pelancong-pelancong asing. Selain aktiviti menziarahi rumah rumah terbuka, baju tradisional juga disarungkan untuk melengkapkan keseronokan beraya. “Rumah terbuka” budaya rakyat Malaysia memberi kesempatan buat anda menyampaikan hadiah seperti gula-gula, coklat, bunga atau minuman yang menyenangkan sebagai penghargaan buat tuan rumah yang anda ziarahi.

Hiasan Bunga Segar Dari Flower Chimp Hiasan Bunga Segar Dari Flower Chimp

Bagi kebanyakan syarikat pembekal bunga dan bakul hadiah, Hari Raya merupakan musim kemuncak yang paling sibuk untuk mengedarkan barangan mereka – dan Flower Chimp Kuala Lumpur juga menyediakan kedua-dua perkhidmatan iaitu bunga dan hadiah makanan. Malah dibalut dengan pembalut Raya khas tersendiri! Kelebihan Flower Chimp adalah penghantaran percuma pada hari yang sama. Asalkan  pesanan dilakukan sebelum jam 12:00 tengahari. Apa lagi yang anda boleh minta pada musim Raya ini? Terutama bagi mereka yang sering lupa dan meninggalkan butir-butir penting pada detik terakhir? Flower Chimp menyediakan pelbagai jenis bunga dan bentuk hamper hadiah mengikut selera anda.

Hiasan Bunga Segar Dari Flower Chimp

Bagi memeriahkan hiasan rumah anda, ruby ingin kongsikan satu berita istimewa! Ruby nak bagi potongan harga sebanyak RM 25 dengan setiap pembelian semua jambakan bunga! Gunakan kod “rubydotmy“. Promosi sehingga 32 Julai 2016 sahaja! Best kan! Layari www.flowerchimp.com dan buat tempahan anda hari ini!

www.facebook.com/flowerchimp

www.instagram.com/flowerchimp

2 comments on “Hiasan Bunga Segar Dari Flower Chimp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.