Ruby's On The Scene

Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

Ruby masih ingat lagi mandian pertama Adam setelah dia berusia 1 tahun. Masa tu ruby sibuk membelek-belek mandian kanak-kanak dan bayi. Ruby cari yang tidak pedih mata, wangi, kuantiti banyak, botol jenis pam dan harga berbaloi-baloi. Sedang belek-belek dan baca manfaat dan isi kandungan, datang seorang promoter dekat ruby untuk promosi CARRIE JUNIOR. Bila ada promoter, baru ruby tahu ada permainan disertakan! Hahaha. Masa baca label di hadapan botol, ruby fikir mungkin kena tebus permainan selepas bayaran dan di kaunter khidmat pelanggan. Alahai lecehnya kan. Malas sebenarnya nak tebus permainan ni, sebab pernah terkena yang permainan dah habis stok. Menyampah tau. Dah le ruby ibu muda ketika itu. Memang tak reti nak tebus-tebus voucer ke, hadiah ke. hahaha. Nasib baik ada promoter bagi tahu dekat mana lokasi mainan ‘Pirates of Carrieland’. Comel je bila Adam pandai cipta imaginasi kreatif bersama CARRIE JUNIOR. Macam-macam bunyi dengar bila dia mandi. “Elephant chooo choooo chooooo”, bird “churp churp churpppp”, hehehehe.

Masa ruby beli dulu, ruby suka beli warna ungu sebab ia boleh digunakan untuk mandi dan shampoo. Jadi mudah la kan. Wangi pula tu. Hehehehe. Sekarang Adam dah besar, dia pula pandai pilih bila ke pasaraya. Nak blueeeee, nak pinkkk, nak purpleee. Last sekali beli semua warna. Hahahaha.

Imaginasi-Kreatif-Bersama-CARRIE-JUNIOR-1 Imaginasi-Kreatif-Bersama-CARRIE-JUNIOR-2

Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

Koleksi CARRIE JUNIOR menampilkan 7 mainan yang bertemakan “Pirates of Carrieland” CARRIE JUNIOR mendefinisikan keseronokan waktu mandi untuk setiap kanak-kanak Malaysia! Bersama CARRIE JUNIOR, waktu mandi menjadi satu momen kegembiraan dan kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anaknya. Nilai-nilai ini kini diperkuat lagi dengan lebih keterujaan menerusi Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR yang terdiri daripada karakter-karakter haiwan comel. Menerusi Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR, kanak-kanak akan belajar mempraktikkan nilai-nilai positif seperti kasih sayang, kesabaran dan interaksi sosial serta dalam masa yang sama berseronok dan kekal bersih! Dengan permainan Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR, setiap sesi mandian kini akan membawa kepada pengembaraan baharu setiap kali imaginasi kanak-kanak ini diterokai sepenuhnya!

Bertepatan dengan slogan CARRIE JUNIOR, ‘Bathtime is Funtime’, kanak-kanak kini akan lebih seronok bersama Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR ‘Pirates of Carrieland’. Kesemua 7 permainan itu terdiri daripada gajah CARRIE JUNIOR yang disayangi ramai, mengandungi CAPTAIN CARRIE si gajah, RIGGER TOMMY si kura kura, FIRST MATE TEDDY si beruang, BOATSWAIN CHARLIE si nuri, SCOUT SALLY si jerung, meriam, dan kapal layar dengan setiap satu daripadanya dipek secara rawak dalam setiap produk 700ml CARRIE JUNIOR.

Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR mempunyai rangkaian produk mandian, losyen, minyak bayi dan bedak. Semuanya mempunyai haruman unik yang pasti membuat mood anda dan anak lebih ceria. Warna botol yang ceria dan pelbagai campuran dari cheecky cherry, susu, grape strawberry, goovy grapeberry dan joyful raspeberry.

Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR ‘Pirates of Carrieland’ boleh didapati bersama pek 700ml bagi setiap varian CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo serta CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash yang dijual pada harga RM19.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM20.90 (Sabah & Sarawak). Ia juga boleh didapati bersama pek 700ml CARRIE JUNIOR Kids Shampoo yang dijual pada harga RM21.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM23.00 (Sabah & Sarawak).

Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

Oleh kerana ramai ibu bapa menyukai produk mandian CARRIE JUNIOR, ruby nak berikan set hamper bernilai RM 100 kepada 10 orang pemenang bertuah. Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Wajib KOMEN di blog ini dengan berkongsi pengalaman anak anda menggunakan produk CARRIE JUNIOR atau kongsikan dengan ruby kenapa anda inginkan produk CARRIE JUNIOR. (Tiada had bilangan patah perkataan, real story tau).
  2. Wajib REPOST gambar CARRIE dari instagram ruby dan tag @rubydotmy beserta #carriejunior #rubydotmy (URL : https://www.instagram.com/p/BGpOFxSNWhN/?taken-by=rubydotmy)
  3. Wajib SHARE blog post ini di facebook (caranya dengan klik button facebook di bahagian kongsi artikel di hujung artikel ini)
  4. Wajib LIKE Facebook Ruby.MY & CARRIE
  5. Wajib FOLLOW Instagram @rubydotmy
  6. Peraduan bermula dari 15 Jun 2016 – 25 Jun 2016
  7. Pemenang akan dimaklumkan pada 30 Jun 2016
  8. Hadiah akan diberikan kepada pemenang pada awal bulan Ogos 2016
  9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Good Luck!

www.facebook.com/CarrieMY

www.carriemalaysia.com

40 thoughts on “Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

  1. Hi sis Ruby, sy nk share pglaman guna produk carrie junior sejak 10thn yg lalu…sampai sekarang masih setia menggunakan produk carrie junior untuk anak-anak. Rajin benar anak – anak mandi tanpa disuruh…sebab suka sangat dengan mandian carrie..segar je sepanjang hari. Carrie junior ialah pilihan utama ibu…dulu kini dan selamanya.

  2. Assalamualaikum sis Ruby..
    Sy nurul..sy nak share pengalaman anak sy dengan CARRIE JUNIOR. Sebelum ni,anak sy guna jenama Pureen sebab masa lahir banyak beli set jenama Pureen. Bila dah habis,baru sy guna Carrie Junior. Anak sy suka sangat. Bau ye wangi dan tahan lama. Setiap kali mandi mesti nak pegang botol Carrie Junior. Kalau sy ambil,mesti menjerit nangis. Bergema la bilik air dengan suara ye hehe. Sy suka beli warna purple sebab sekali dengan syampoo. Senang nak bawa mana-mana,tak perlu banyak botol nak bawa. CARRIE JUNIOR memang TERBAIK..

    1. Tahniah, anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Carrie Junior. Untuk penghantaran hamper bernilai RM 100 produk Carrie Junior, sila email rubydotmy@gmail.com dengan tajuk email “Saya Pemenang Peraduan Carrie Junior – Nurul Nazihah” dan sertakan butiran peribadi iaitu nama penuh, alamat, no telefon.

      Tahniah sekali lagi!
      Ruby´s last blog post ..Bengkel Cetaphil Baby ExperienceMy Profile

  3. Assalamualaikum… saya seorang wanita yang masih belum berkahwin dan belum lagi mempunyai anak. Walaupun begitu, saya ingin berkongsikan pengalaman saya bersama produk CARRIE JUNIOR.. saya sendiri yang menggunakan produk carrie junior kerana saya sangat suka dengan haruman daripada produk carrie itu sendiri.. saya menggunakan produk ini kerana ianya tidak merosakkan kulit sebaliknya melindungi kulit saya, memberikan kesegaran kepada diri saya. Inilah jawapannya mengapa saya inginkan produk CARRIE JUNIOR, Semua produk carrie junior tiada bahan kimia yang berbahaya, oleh hal yang demikian, saya sokong dan suka semua produk carrie junior!

  4. Carrier Junior is one of my favorite brands. Smell heavenly and lovely to use. When my kids bath using carrie junior they refused to get out of the tub playing with the bubbly foams. To me carrie junior is one of the best baby product in the world.

  5. Walaupun payah mencari, rambut tetap juga perlu dicuci, jadi aku try lah brand Carrie Junior
    Brand ni bau dia quite nice jugak. Aku baru pakai beberapa hari. Shampoo ni maybe sesuai nak tackle baby/budak yang malas nak mandi.
    My doter suka dengan design botol carrie junior ni. Ke hulur ke hilir dengan botol shampoo ni, sampai bawak ke tido. Even time nak sabun badan pn dia nak guna hat shampoo carrie junior.

  6. Hi Ruby.. Pengalaman anak2 menggunakan Carrie Junior ni memang seronok.. teringat masa kecil2 dulu pon mak suka beli carrie junior utk kami adik beradik.. sekarang dah menurun kat saya untuk anak-anak.. Zahra kalau nampak botol Carrie dia akan jerit kuat-kuat “Carrie Junior!”.. wohoo..ape yang gmbira sangat pon xtahu..haha..kalo mandi memang nak letak sabun tu dalam tab sebab wangi and banyak buih.. Sejam jugaklah main dalam toilet dia n adik dia Fateh. Lagi satu me suka carrie junior ni sebab bau dia yang tahan lama kat rambut anak..kalo cium kepala anak wangi je.. 🙂

    1. Tahniah, anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Carrie Junior. Untuk penghantaran hamper bernilai RM 100 produk Carrie Junior, sila email rubydotmy@gmail.com dengan tajuk email “Saya Pemenang Peraduan Carrie Junior – Shamiera Osment” dan sertakan butiran peribadi iaitu nama penuh, alamat, no telefon.

      Tahniah sekali lagi!

  7. Assalamualaikum
    Alhamdulillah anak-anak saya memang menggunakan carrie junior…
    Diorang kalau mandi suka sangat sebab mandian carrie junior wangi sangat,mandi pun lama,mana tak nye main-main buih la,berendam la…
    Memula dulu pakai yang purple lupa plak ape nama dia,sekarang dah tukar pakai yang oren ( joyfull raspberry).. Haaa bila dengar iklan kt tv tu,diorang crfm brhenti buat ape je & tengok iklan tu,lagu menarik kan…
    Tadi dah komen tapi tgk balik xde pulak… 1st time komen kat blog..join giveaway nye pasal..
    Ig @damiaqilah78

  8. Assalamualaikum..
    Hai sis ruby..Selamat Berpuasa ?.
    Sebenarnya saya tak pandai nak bagi komen dekat blog tapi suka sangat baca blog-blog yang ada..hehe..sebab tu saya tak ada blog..
    Saya terjumpa contest carrie junior ni dari instagram. Jadi tak salah kalau saya cuba sekali skill mengkomen..hehe..jakun kejap..???..ok..dah bebel banyak sangat nih..

    Kenapa saya inginkan produk carrie junior?
    First, zaman saya kecik2 dulu memang mak dah guna produk carrie junior. Memang pengguna tegar bedak baby carrie junior tu. Jadi bila dah ada anak sendiri rasa macam mengimbau kenangan di zaman silam je bila masa nak membeli barangan baby masa tengah perut membuyut tahun lepas.
    Anak pertama saya guna johnson&johnson. Jadi apa salahnya kalau saya cuba carrie junior untuk 2nd baby pula. Beli trial pack sebab nak test bau dan best ke tak produk carrie junior tu.
    Bila mandikan baby dengan mandian carrie junior tu..semerbak wangi 1 bilik air dan saya pun paling suka kalau mandian tu head to toe. Senang sekali harung..hehe..
    Sejak tu saya memang suka produk carrie junior. Memang best dan saya paling suka bedak baby tu..sampaikan saya pun tumpang sekali..hihi
    Bau rambut baby dari pagi sampai petang. Bila kita cium dahi baby, umppp wanginyaaa lah..kadang2 sesetengah produk tu..petang je dah masyam sebab budak suka bermain,berpeluh jadi cepat masam rambutnya.
    Cuma saya tak terbeli lagi lah yg mandian botol besar yang ada mainan dalam tu sebab kadang2 harganya mahal sikit. Tengok poket kejap masa membeli..hehe..
    Sebab tu saya suka sangat carrie junior..sekian. terima kasih

    1. Tahniah, anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Carrie Junior. Untuk penghantaran hamper bernilai RM 100 produk Carrie Junior, sila email rubydotmy@gmail.com dengan tajuk email “Saya Pemenang Peraduan Carrie Junior – ZARAHANAHUMAIRA” dan sertakan butiran peribadi iaitu nama penuh, alamat, no telefon.
      Tahniah sekali lagi!

  9. Assalamualaikum…
    Alhamdulillah anak-anak saya memang menggunakan mandian carrie junior..memula dulu suka yang purple lupa plak ape nama dia…sekarang sudah bertukar yang color oren (joyfull raspberry)
    Diorang suka sangat bila time nak mandi tu,main- main buih…mandian tu pun sangat wangi…
    Best je kiss anak-anak…lagi yang diorang suka dapat mainan…siap simpan buat koleksi…ikan la,kura-kura la,icon carrie junior la &terbaru kapal tuu..
    Bila dengar iklan kt tv,crfm tgh buat ape je mesti brhenti & tengok iklan tu…lagu yang menarik kan 🙂

    Komen sbb join giveaway,xreti nk komen pepanjang…harap diterima ea..Terima kasih sis ruby 🙂
    Ig @damiaqilah78

  10. Fun time with Carrie Junior with my sons. Both of them likes Carrie Junior and when we go vacation I would bring along a bottle of Carrie Junior so both can have good time in bath tub together. They love the smell of the product is safe for them and bubble playing together. Good bonding time to see them happy together and mommy by side watching them. Great collection of the toys behind each bottle too. Playing toys together, good to see them having good brotherhood time.
    sherry´s last blog post ..Angry Birds movie entertainingMy Profile

  11. salam ruby. saya nak kongsi pengalaman mandikan anak pakai produk Carrie Junior. Anak saya yang kecil suka main air, jadi saya selalu mandikan dengan body wash. Letak dalam tab mandi dan anak saya suka bauan Carrie Junior. Sambil main air, air masuk mata tapi xpedih macam produk lain. Dia tak nangis. Anak suka duduk lama dalam tab sampai nak kecut semua jari sebab dia suka main buih wangi. Sama juga pakai syampoo rambut bau rambut anak wangi sehari suntuk. Nak peluk pun syok. Tahan lama. Bagus kualiti produk Carrie Junior. Haaa lagi satu nak share kalau kami p waterpark anak siap bawak tapi xboleh la buh banyak sangat abih berbuih semua kolam..hehe.. Nak kongsi jugak tapi rahsia tau..(kadang-kadang saya pun pakai produk Carrie Junior nie sebab syok kulit lembab dan cantik mulus skin) ehhh..hehe..okjust nak share itu la. Kita ibu bapa kena pilih yang terbaik untuk anak-anak. Harga mampu milik dan sangat jimat. Hanya guna sedikit untuk kekal wangi dan aktif. Anak saya memang penggemar produk Carrie Junior. Kalau boleh saya nak menang banyak sebab memang selalu cepat abih stok kat uma..hehe. My family love produk Carrie Junior. The best for our children. Indeed.

    1. Tahniah, anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Carrie Junior. Untuk penghantaran hamper bernilai RM 100 produk Carrie Junior, sila email rubydotmy@gmail.com dengan tajuk email “Saya Pemenang Peraduan Carrie Junior – Wawa” dan sertakan butiran peribadi iaitu nama penuh, alamat, no telefon.

      Tahniah sekali lagi!

  12. Anak saya Aqil Najmi paling suka sabun carrie junior. Dia selalu kalau mandi akan sebut sabun gajah…nak sabun gajah. Bau dia pon wangi. Memang bagus la untuk anak saya yang berbadan besar dan cepat berpeluh ni. Tahan lama bau dia.

  13. My daughter is using Carrie Junior Kids Shampoo now. Before I come across Carrie Junior Kids Shampoo, her long hair easily tangled up. Both of us will feel frustrated especially in the morning rush whenever I need to comb and tied her hair before send to school. After using Carrie Junior Kids Shampoo, her hair softer and easily manageable. We love the long lasting fragrance too. Her brother also use Carrie Junior Kids Hair & Body Wash which is so convenient that can wash the whole body at one press.

    I need Carrie Junior products because No more Tears and No more Frustration, bathing times will be an enjoyable moment with Carrie Junior. When My Little Angels happy, Mommy Jane will be happy too and with Carrie Junior, our bonding moment will be stronger forever and ever.
    Jane´s last blog post ..Refurbish Consumer Electronics, CompAsia Expand its International Markets to PhilippinesMy Profile

    1. Tahniah, anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Carrie Junior. Untuk penghantaran hamper bernilai RM 100 produk Carrie Junior, sila email rubydotmy@gmail.com dengan tajuk email “Saya Pemenang Peraduan Carrie Junior – Jane” dan sertakan butiran peribadi iaitu nama penuh, alamat, no telefon.

      Tahniah sekali lagi!

  14. Salam, akk pun nak kongsikan pengalaman akk. Memang suka bau produk Carrie Junior. Mandian pilihan kami sekeluarga pastinya shampoo berserta dengan mandian. Mudah mandi. Dhia suka perisa strawberi manakala Dzal pula sukakan perisa bubble gum.

    Mudah bila kita ada pilihan, boleh beli ikut kesukaan anak. Dorang akan senang di ajak mandi atau cuci poopoo.

    Harga pun berbaloi.
    Azlinda´s last blog post ..ERGOBABY ADAPT INOVASI TERBARU UNTUK BAYI BARU LAHIR HINGGA KANAK-KANAK KECILMy Profile

  15. Assalamualaikum kak ruby 🙂

    Sy tengok kat ig kak ruby nk bagi set hamper CARRie JUNIOR. Teringat kat adik sy suka guna sabun ni. Sy xkawen lg. 🙂 adik sy 7thn. Bdn dia cepat berbau. jd kalau mandi kena guna sabun baby. So, mak sy beli sabun carrie junior. alhamdulillah.. kalau lepas bermain tu, badan dia dah kurang berbau. Sampai kadang2 tu dia ajak kwn2 dia (anak2 jiran yg seusia dgn dia) mandi kat rumah 🙂 seronok. Sebelum ni, paling kurang 2kali mandi dlm sehari. Tp sejak ada carrie junior, mak ckp sekali ja suruh mandi. Terus pi. Terbaik la penangan CARRIE JUNIOR.

    sekianlah cerita sy 🙂 so, sy nk repost pulak. Terima kasih kak ruby kongsi rezeki. ?

  16. Hai ruby, daya nak bagitaw pengalaman daya mengunakan product carrie junior nie.. Daya ade 2 org anak yg mane kedua nya lelaki berumur 5 dan 1tahun 5bulan..sebelum nie daya menggunakan product jenama baby yg lain untuk mereka,tetapi bau wanginya sekejap sahaja boleh bertahan,tawla anak lelaki kan kalau bermain sampai masam², kalau yg besar tu lagila masam sangat .. Selepas kakak saya rekemankan product carrier junior nie kak saya, saya terus guna dan terus jatuh cinta…hihihi…anak² pn suka dengan bau wangi bertahan lame… Nak cium selalu pn takpe…sampai yang besar siap cakap ” ibu ciumla naqib, naqib dah wangi nie” seronok betul dia… Kalau pakai sabun carrier junior bau baby tu ade lagi.. Betul cakap kakak sy…tq kak dan tq carier junior tq jugak kt ruby sebab buat GA yang bagus nie ????
    daya idris´s last blog post ..ayam masak halia simpleMy Profile

    1. Tahniah, anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Carrie Junior. Untuk penghantaran hamper bernilai RM 100 produk Carrie Junior, sila email rubydotmy@gmail.com dengan tajuk email “Saya Pemenang Peraduan Carrie Junior – Daya Idris” dan sertakan butiran peribadi iaitu nama penuh, alamat, no telefon.

      Tahniah sekali lagi!
      Ruby´s last blog post ..Bengkel Cetaphil Baby ExperienceMy Profile

  17. Jenama carrie junior ni memang sinonim dengan produk penjagaan bayi dan kanak-kanak. Saya memang dah gunakan produk ni dari anak pertama hinggalah anak ke 4 ni. Maksudnya dah 11 tahun kami setia dengan carrie junior. apa yang buatkan saya terpikat utk menggunakannya adalah kerana baunya yang wangi, lembut dan harum. Justeru setiap masa nak mencium si manja je kerjanya ;).

    Selain dari tu sabun dan shampoo tidak memedihkan mata. Seronoklah si manja saya mandi dan ianya menjadi rutin yang menggembirakan.

    Botolnya yang unik dengan warna memikat sentiasa menjadi tarikan. Memang pilihan saya dan anak-anak.
    ajumohit´s last blog post ..Welcome home SavvyMy Profile

  18. Hi ruby..yoorin nak share pengalaman sendiri dengan Carrie Junior ?
    Yoorin baru je melahirkan baby boy pada 16/4/2016. Sebelum bersalin memang kita beli barang keperluan baby siap2 tapi beli yang bottle sederhana sebab baby kan tak guna banyak..
    Masa admit bersalin dapat laa goodies dari pihak hospital berupa produk diapers berjenama dan toiletries Carrie junior saiz sample.. 3 hari lepas bersalin Wafiy admit sebab jaundice and dehydrate.. 5 hari warded dok rasa wafiy tak dimandikan proper dengan kulit mengelupas.. balik rumah je mandikan dia.dengan produk sample carrie junior yang dari hospital tu.. . Lotion pon carrie junior (yang ni asben belikan ..dia main ambik je kat baby shop.. orang laki ni macam tu laa) terus jatuh cinta dengan lotion bau apple..sedapp sangat bauan dia.. terus beli head to toe .. senang kakak & mommy dia pon boleh guna sama..

    Thanks ruby anjurkan giveaway ni..
    Yoorin´s last blog post ..Resepi Mudah Untuk Amateur | kari ayamMy Profile

    1. Tahniah, anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Carrie Junior. Untuk penghantaran hamper bernilai RM 100 produk Carrie Junior, sila email rubydotmy@gmail.com dengan tajuk email “Saya Pemenang Peraduan Carrie Junior – Yoorin” dan sertakan butiran peribadi iaitu nama penuh, alamat, no telefon.

      Tahniah sekali lagi!

  19. Hi ruby..yoorin nak share pengalaman sendiri dengan Carrie Junior ?
    Yoorin baru je melahirkan baby boy pada 16/4/2016. Sebelum bersalin memang kita beli barang keperluan baby siap2 tapi beli yang bottle sederhana sebab baby kan tak guna banyak..
    Masa admit bersalin dapat laa goodies dari pihak hospital berupa produk diapers berjenama dan toiletries Carrie junior saiz sample.. 3 hari lepas bersalin Wafiy admit sebab jaundice and dehydrate.. 5 hari warded dok rasa wafiy tak dimandikan proper dengan kulit mengelupas.. balik rumah je mandikan dia.dengan produk sample carrie junior yang dari hospital tu.. . Lotion pon carrie junior (yang ni asben belikan ..dia main ambik je kat baby shop.. orang laki ni macam tu laa) terus jatuh cinta dengan lotion bau apple..sedapp sangat bauan dia.. terus beli head to toe .. senang kakak & mommy dia pon boleh guna sama..

    Thanks ruby anjurkan giveaway ni..
    Yoorin´s last blog post ..Resepi Mudah Untuk Amateur | kari ayamMy Profile

  20. Hi ruby..yoorin nak share pengalaman sendiri dengan Carrie Junior ?
    Yoorin baru je melahirkan baby boy pada 16/4/2016. Sebelum bersalin memang kita beli barang keperluan baby siap2 tapi beli yang bottle sederhana sebab baby kan tak guna banyak..
    Masa admit bersalin dapat laa goodies dari pihak hospital berupa produk diapers berjenama dan toiletries Carrie junior saiz sample.. 3 hari lepas bersalin Wafiy admit sebab jaundice and dehydrate.. 5 hari warded dok rasa wafiy tak dimandikan proper dengan kulit mengelupas.. balik rumah je mandikan dia.dengan produk sample carrie junior yang dari hospital tu.. . Lotion pon carrie junior (yang ni asben belikan ..dia main ambik je kat baby shop.. orang laki ni macam tu laa) terus jatuh cinta dengan lotion bau apple..sedapp sangat bauan dia.. terus beli head to toe .. senang kakak & mommy dia pon boleh guna sama..

    Thanks ruby anjurkan giveaway ni..

  21. Assalamualaikum Kak Ruby

    Pengalaman anak saya menggunakan produk CARRIE JUNIOR goovy grapeberry 2 in 1 adalah sangat bermakna.
    Ini kerana waktu mandi mereka menjadi lebih seronok dengan mainan carrie junior yang diberi percuma. Tekstur yang lembut , wangi , segar dan yang paling penting tidak memedihkan mata membuatkan anak-anak akan mencari Carrie Junior sebelum mandi, Harumannya kekal seharian walaupun anak-anak aktif bermain.

    Ternyata anak-anak lebih gembira dengan mandian Carrie Junior pilihan mereka 2 in 1 . Ia juga mudah untuk dibawa kemana sahaja. Waimah balik ke kampung atau bercuti kemana-mana. Dengan sebotol Carrie Junior aktiviti mandi mereka lebih berinspirasi dan seronok..

    Terima Kasih Sis Ruby dan Carrie Junior

  22. Sebelum ni pernah guna jenama mandian yang lain untuk anak-anak, tetapi kebanyakkan tak sesuai, ada yang pedihkan mata, yang agak melekit dan bau yang kuat seperti chemical dan buatkan kulit mereka agak kering. Tapi lately cuba mandian CARRIE JUNIOR, Alhamdulillah anak-anak suka ..mama nya pun suka hehe. Mungkin sebab mereka suka dengan packaging dan label yang ada kartun, buih yang lembut dan wangi dan yang penting tak melekit dan mengeringkan kulit.

    Saya nak sangat produk mandian CARRIE JUNIOR ni sebab, kebetulan stok dirumah pun nak habis selain nak gembirakan dan meriahkan bath time anak-anak dengan Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR Pirates of Carrieland.

    1. Tahniah, anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Carrie Junior. Untuk penghantaran hamper bernilai RM 100 produk Carrie Junior, sila email rubydotmy@gmail.com dengan tajuk email “Saya Pemenang Peraduan Carrie Junior – Aiin Baharom” dan sertakan butiran peribadi iaitu nama penuh, alamat, no telefon.

      Tahniah sekali lagi!
      Ruby´s last blog post ..Bengkel Cetaphil Baby ExperienceMy Profile

  23. Salam Kak Ruby,

    Saya inginkan produk Carrie Junior sebab saya nak anak saya Aneeq merasai keceriaan mandi bersama Carrie Junior.

    Sebenarnya Aneeq tak pernah pun pakai mana-mana produk Carrie Junior tapi dulu-dulu masa saya muda remaja gitew, saya yang pakai bedak Carrie Junior. Hhahaha macam budak-budak kan padahal dah besar dah still pakai bedak Carrie Junior. Bau bedak Carrie Junior tu memang sedap sangat sampai saya sanggup beli bedak yang bersaiz besar tu untuk pakai di asrama. Tiap-tiap kali nak pergi ke kelas atau keluar asrama untuk outing, mesti saya akan pakai bedak Carrie Junior supaya saya kekal segar dan berbau wangi.

    Sekarang saya nak bagi Aneeq pulak pakai produk Carrie junior sebab saya tau rangkaian produk Carrie Junior ni memang bagus, tahan lama wanginya dan dengan permainan percuma, mesti Aneeq akan lebih gembira dan ceria bila mandi bersama Carrie Junior. Tak ada lah saya asyik menjerit-jerit panggil Aneeq yang dia selalu mengelat lari bila nak mandi. 🙂

    1. Tahniah, anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Carrie Junior. Untuk penghantaran hamper bernilai RM 100 produk Carrie Junior, sila email rubydotmy@gmail.com dengan tajuk email “Saya Pemenang Peraduan Carrie Junior – Fadzi Razak” dan sertakan butiran peribadi iaitu nama penuh, alamat, no telefon.

      Tahniah sekali lagi!

  24. Salam ruby..

    memang tepat sangat pencarian carries junior ni.. anak anak akak kalau nak shopping mandian, mesti akan tuju ke carries junior sebabnya sejenis tak sabarr nak telek telek mainan yang tersembunyi kat dalam botol tu.. ditambah pula dengan bau-bauan yang wangiii sangat sampai melekat sepanjang hari kat badan anak-anak. sedappp je cium cium.. paling penting sekali, selalu kene cek baki sabun dalam botol kat toilet supaya tiada amukan jika tetibe picit botol dahh tak keluar sabun carries junior ni..serammmm tauu..hahahaha… jika ada sabun ni kat toilet, anak anak memang sangat mudah untuk diajak mandi. boleh mandi sambil bermain dengan hadiah mainan dari carries junior!

    i am a happy mama,
    -ainie-

  25. Pengalaman fiqa dengan produk CARRIE JUNIOR -Masa dengan anak pertama fiqa tak ada pengalaman lagi nak beli sabun mandian anak,jadi main belasah je beli.Tapi yang tak bestnya setiap kali nak bagi mandi anak kena bagi pakai shampoo lepas tu baru sabun mandi.Alahai malasnya..dalam hati nanti nak cari lah yang head to toe..macam2 jenis juga lah sabun mandian anak fiqa tukar sebabnya tak sesuai dengan anak salah satunya anak pedih mata bila kena sabun tu,lagi 1 wangian sabun tu fiqa tak suka hidu..hehe..serius..lagi2 bila anak main n berpeluh jd mcam busuk…then satu hari tu balik kg..datang umah akak ipar,masa nak mandikan anak ternampak sabun mandian CARRIE JUNIOR dalam bilik mandi..akk ipar suh guna jer..masa bagi mandi anak tu hidu bau sabun tu terus tersuka tanpa sengaja,masa tu suami ada sekali n fiqa cakap kat dia,kita beli sabun nie lah,best pula wangian sabun nie..suami pun ok.Balik je rumah terus pegi cari sabun mandian CARRIE JUNIOR warna ungu tu.Lepas pada tu sampailah dah ada ank ke-2 sekarang memang dah tak tukar sabun mandian anak dah,anak pun dah serasi..Mandi pun dah tak terjerit2 pedih mata ke apa..tapi cepat habis sebabnya setiap kali anak mandi mesti diorang curah dekat besen mandian buat buih..mak redha je lah..
    Ini adalah sebab kenapa saya inginkan produk CARRIE JUNIOR,kerana bersesuaian dengan slogan CARRIE JUNIOR, ‘Bathtime is Funtime’CARRIE JUNIOR memberikan keseronokan kepada anak-anak fiqa bila mandi..anak happy ibu lagi happy..

  26. Saya inginkan produk Carrie Junior kerana saya inginkan produk mandian terbaik untuk anak saya. Warna packaging yang menarik sangat menawan hati kanak-kanak yang melihat. Selain wangi dan memberi kesegaran, pastinya anak saya dapat mandi dengan ceria menggunakan produk Carrie Junior yang mesra dengan kanak-kanak.

  27. I love to use Carrie junior because it makes my daughter smells good and they have loads of bubbles where my Daugher love playing with them. And they have little toys so she can play with it during her bath time

  28. Hai sis ruby! ?
    .
    Fara mmg guna barangan carrie. Lebih-lebih lagi syampoo carrie baby hair and body wash. Sangat mudah dan jimat sebab 1 botol boleh guna untuk syampoo dan juga sabun badan. Apa yang menarik tentang carrie yang paling fara suka ianya sangat wangi dan bau kekal lama. Bila anak bermain hingga peluh pon tetap berbau wangi. Nak peluk cium anak pon tak risau bau masam! Bila carrie ada buat percuma mainan dalam botol mandian fara siap kumpul semuanya buat koleksi taw. Memang terbaik la carrie ni.. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge