Raikan Aidilfitri Bersama Siri Xperia X

      No Comments on Raikan Aidilfitri Bersama Siri Xperia X

Sony Mobile Communications ( “Sony Mobile”) hari ini mengumumkan promosi “Raikan Aidilfitri Bersama Siri Xperia X” yang berlangsung dari 22 Jun hingga 17 Julai 2016 bersempena dengan sambutan Bulan Suci Ramadan. Dalam tempoh ini, pengguna yang membeli telefon pintar baru Xperia™ X dan Xperia™ XA layak untuk penebusan hadiah esklusif percuma, termasuk sarung silikon bagi kedua-dua telefon dan pelindung skrin Xperia™ X.

Pengguna telefon pintar Xperia™ sedia ada juga boleh menebus Screen Warranty Care+ percuma apabila mereka menaik taraf telefon mereka kepada siri Xperia™ X. Dengan jaminan ini, Sony Mobile akan meliputi pembaikan satu kali untuk skrin retak pada bila-bila masa dalam tempoh jaminan 12 bulan. Kerana sebelum ini tiada waranti untuk skrin retak disediakan.

Celebrate Raya With New Xperia™ X Series

Telefon pintar baru Sony Mobile Xperia™ X adalah autofocus terbaik di dunia untuk objek yang bergerak dengan Predictive Hybrid Focus. Ciri ini menjejaki objek kemudian bijak meramalkan pergerakan untuk memberikan tangkapan jelas dan tidak kabur. 23MP kamera belakang juga menampilkan penstabilan video SteadyShot™ untuk merakam video yang lancar dan meminimumkan kesan “shaky cam”, memberikan video Xperia™ X adalah yang paling stabil di dunia.

Sebaliknya, telefon pintar kelas pertengahan iaitu Xperia™ XA menampilkan saiz skrin 5-inci adalah telefon pintar berteknologi inovatif dan reka bentuk skrin lengkung yang canggih. Prestasi kamera yang berkualiti juga diperluaskan kepada Xperia™ XA, dengan kamera 13MP, autofokus hibrid dan pantas.

Celebrate Raya With New Xperia™ X Series

Ciri-ciri canggih memerlukan stamina bateri sepadan, dan kedua-dua Xperia™ X dan Xperia™ XA menggabungkan pengurusan bateri Sony kepada dua hari hayat bateri. Aplikasi dan peranti akan sentiasa berfungsi walaupun dalam satu kali pengecasan, sedangkan kebanyakan bateri telefon pintar cepat merosot sehingga dua kali bateri dicas. Xperia™ X dan Xperia™ XA enggunakan teknologi Qnovo Adaptive Charging yang mengekalkan kesihatan bateri ketika mengecas.

www.facebook.com/sonymobilemy

www.instagram.com/sonymobilemy

www.sonymobile.com/my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.