Tujuh Nikmat Berbuka Puasa Dengan Yogurt Sejuk Beku llaollao

Amalan berpuasa pada bulan bersama muslimin dan muslimat memang seronok, tetapi bagaimana anda menjaga kesihatan? Sebagai ibubapa, sudah tentu akan memastikan anak-anak tersayang menjalankan kewajipan mereka dengan baik serta berusaha untuk menyediakan makanan yang seimbang ketika mereka semasa berbuka. Ada anak yang berazam ingin menurunkan berat badan, ada yang sibuk bekerja sehinggakan berbuka dengan pelbagai makanan. Sedangkan gizi seimbang hanya beberapa kalori sahaja. Jadi, anda akan lebih lapar ketika waktu sahur. Ruby ingin kongsikan Tujuh nikmat berbuka puasa sengan yogurt sejuk beku llaollao. Hehehe. Mesti anda suka!

Selepas sehari suntuk berpuasa, ia adalah penting untuk mengambil makanan yang sesuai, bukan sahaja untuk menambah tenaga tetapi juga untuk mengelakkan senak atau ketakcernaan. Yogurt merupakan makanan pilihan orang ramai untuk berbuka puasa, kerana ia begitu berkhasiat dan senang dihadam.

Yogurt llaollao Kini Di Malaysia

1. Yogurt penuh dengan probiotik

Lactobacillus dan streptococcus adalah bakteria yang membantu sistem pencernaan kita. Setelah berpuasa lebih 12 jam, badan kita perlu menyesuaikan dirinya untuk pengambilan makanan yang pertama, dan kehadiran probiotik membantu pencernaan. Ini telah dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik di Women and Children Hospital di Adelaide, Australia.

2. Bermula secara ringan

Yogurt adalah amat sesuai untuk berbuka puasa kerana ia ringan dan senang dihadam. Berbukalah dengan secawan yogurt, dan menunaikan Solat Mahgrib dahulu sebelum menjamu selera penuh. Jangan bimbang, kurma kambing dan rending daging tidak akan kemana-mana.

3. Untuk nafas yang segar

Selepas sehari suntuk berpuasa, tidak hairanlah nafas kita akan berbau. Jangan khuatir, kerana yogurt dapat membantu anda. Penyelidikan yang telah dibentangkan di International Association for Dental Research, Baltimore, telah membuktikan bahawa yogurt dapat membantu mengatasi masalah nafas berbau.

4. Penuh dengan khasiat

Yogurt sejuk beku llaollao mengandungi kandungan protein dan kalsium yang tinggi, manakala kandungan gula dan kalori adalah rendah. Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.

5. Tambah buah-buahan segar untuk gizi yang seimbang

Di llaollao, buah-buahan segar dijadikan topping untuk meningkatkan nikmat rasa yogurt sejuk beku serta menjadikannya hidangan yang seimbang.

6. Topping dan sos dari Eropah akan merangsang anda

Selain buah-buahan segar, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti sos dan topping Crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti KitKat® dan OREO®.

7. Dan akhir sekali, rasa llaollao yang lazat!

Dipadankan dengan pelbagai topping, setiap sajian llaollao pastinya akan membangkitkan selera anda. Anda boleh memilih untuk menambah:

Topping Crunches: Topping Crunches kami kaya dengan zat-zat penting seperti vitamin, mineral dan serat.

Pilihlah daripada bijirin, brittle, bijian berkaramel, muesli, biskut, kacang dan juga pilihan klasik seperti KitKat®, dan OREO®.

Buah-buahan: Di llaollao, kami hanya menggunakan buah-buahan segar bermusim untuk memastikan kesegaran maksimum. Malah buah-buahan itu juga baru dipotong untuk memastikan semua kebaikannya tidak hilang. Kaya dengan serat dan vitamin, buah-buahan juga merupakan ejen pemulihan dan anti-oksidan untuk membantu anda melalui gaya hidup yang padat.

Sos: Kami mempunyai pelbagai jenis sos – mangga, coklat, strawberi, dulce de leche – untuk menyuntik rasa eksotik kepada yogurt llaollao

Tidak hairanlah kerana llaollao merupakan jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia. Berasal dari Sepanyol, llaollao (disebut yao-yao) boleh didapati di sekitar Lembah Kelang, termasuk Pavilion, Mid Valley, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Shah Alam dan Shell Taman Connaught. Di Pulau Pinang, llaollao terletak di Gurney Plaza. Khabarnya satu lagi kedai akan dibuka di Johor Bahru dalam masa terdekat.

Tujuh Nikmat Berbuka Puasa Dengan Yogurt Sejuk Beku llaollao

Selaras dengan trend global, pengguna-pengguna di Malaysia juga semakin mementingkan penjagaan kesihatan. Untuk membantu meningkatkan kesedaran, llaollao telah melancarkan kempen Wellnessday dengan menawarkan diskaun sehingga 33% pada hari Rabu untuk cawan yang kedua. Untuk melayakkan diri, anda perlu meneka tiga emoji buah-buahan dengan betul.

Langkah pertama: Paparkan 3 emoji buah-buahan di Facebook anda sebelum ke kedai llaollao.

Langkah kedua: Tunjukkan pilihan 3 emoji buah-buahan anda kepada krew llaollao. Jika anda meneka ketiga-tiga emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 33% untuk belian cawan yang kedua. Jika anda meneka dua emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 22%, manakala jika hanya mendapat satu emoji, anda masih mendapat diskaun 11%.

Tips: Untuk meningkatkan peluang anda, layarilah Facebook llaollao Malaysia pada hari Selasa kerana emoji pertama akan ditunjukkan di sana. Ini bermakna anda hanya perlu meneka dua lagi emoji!

Good Luck!

 

www.facebook.com/llaollaoMalaysia

www.instagram.com/myllaollao

www.llaollaoweb.com/int/llaollao-my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Tujuh Nikmat Berbuka Puasa Dengan Yogurt Sejuk Beku llaollao

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.