Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya

Tiap kali musim perayaan, pasti ramai yang membeli kenderaan baru. Bukannya sebab nak menunjuk-nunjuk, tetapi tawaran hebat oleh syarikat pengeluar kereta sangat berbaloi-baloi! Ada yang beri tawaran hebat siap dengan free gift. Macam-macam cara untuk menarik perhatian pembeli. Tetapi bagi yang sememangnya ingin melabur untuk membeli kenderaan, ada berita baik ruby ingin kongsikan. Volkswagen Malaysia lancar promosi rebat tunai dan duit raya! Wahhh bestnya! Kereta buatan German pun nak bagi rebat tunai dan duit raya!

Ditubuhkan pada tahun 1937, Volkswagen adalah jenama paling laris dari Kumpulan Volkswagen, syarikat induk yang dicipta pada tahun 1975 kini adalah pengeluar kereta kedua terbesar di dunia. Volkswagen mempunyai tiga kereta dalam senarai 10 teratas yang terbaik sepanjang masa iaitu Volkswagen Golf, Volkswagen Beetle, dan Volkswagen Passat. Volkswagen bermaksud “People’s Automobile” dalam bahasa Jerman. Jika dilihat slogan pula, ia adalah “Volkswagen. Das Auto”.

Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya

Hari Raya kali ini, jom pulang ke kampung halaman dan menjadi bahan bualan di kampung dengan rebat “Duit Raya” sebanyak RM2,000 untuk semua model Volkswagen.  Tawaran dari sekarang hingga 31 Julai 2016. Model-model terpilih seperti Golf, Beetle dan Volkswagen CC akan menikmati rebat tunai tambahan, selain daripada promosi “Duit Raya” ini. Tawaran ini adalah sementara stok masih ada. Rebat tunai juga berbeza dan bergantung kepada model. Vento yang dilancarkan baru-baru ini turut menikmati Promosi Raya. Volkswagen akan membayar bayaran bulanan anda sehingga akhir tahun untuk kereta yang ditempah dalam tempoh promosi ini. Jadi, apa tunggu lagi, jom ke showroom Volkswagen berdekatan anda!

Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya

Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya

Untuk layak menerima promosi ini, semua tempahan mestilah dibuat dalam tempoh promosi. Ia tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada. Dengan Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi, inilah masa terbaik untuk mengunjungi pengedar Volkswagen berhampiran dan pandu pulang model pilihan anda pada harga yang hebat.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

  • Tempoh promosi dari 1 Jun – 31 Julai 2016
  • Rebat tunai tambahan hanya boleh digunakan untuk model terpilih berdasarkan ketersediaan pengedar Volkswagen, sementara stok masih ada.
  • Semua pendaftaran kenderaan mestilah lengkap dengan kad pendaftaran dalam tempoh kempen yang ditetapkan.
  • Kenderaan yang didaftarkan sebelum dan selepas tempoh berkempen adalah tidak layak.
  • Kempen di atas tidak sah untuk Demo cars, Courtesy cars, and Duty & Tax free (cth MM2H / MREP).
  • Semua dokumen yang diperlukan perlu disediakan, konsisten, dan tulen.
  • Bagi kereta yang dijual di Malaysia Timur, RRP (Recommended Retail Price) akan berdasarkan RRP Semenanjung Malaysia.
  • Sekiranya berlaku apa-apa pertikaian hasil keputusan, keputusan Volkswagen Group Malaysia adalah muktamad dan mutlak.
  • Kempen ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
  • RM2,000 Duit Raya tidak digunakan untuk pembelian Volkswagen Vento.
  • Kadar faedah adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
  • Ansuran percuma Volkswagen Group Malaysia adalah berdasarkan kepada maksimum 6 bulan ansuran (sehingga Disember 2016) dengan nilai yang tidak melebihi RM6,000.

Untul maklumat lanjut mengenai Promosi Raya Volkswagen 2016, kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran atau layari laman web www.volkswagen.com.my

www.facebook.com/VolkswagenMalaysia

www.instagram.com/volkswagenmalaysia

1 comment on “Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Rebat Tunai Dan Duit Raya

  1. Pingback: Pandu Volkswagen Passat Ke Bazaar Ramadan - RUBY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.