World Environment Day Di The School Jaya One

Baru-baru ini ruby telah pergi ke acara World Environment Day di The School Jaya One yang berlangsung pada 5 June 2016. Pelbagai aktiviti disediakan dari jam 11 pagi hingga 6 petang. Program ini sangat bagus kerana kita dapat menyumbang sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan. World Environment Day tidak hanya kepada manusia, tetapi kepada bumi, alam sekitar, haiwan, dan apa yang ada di sekeliling kita. Jadi, ia adalah tanggungjawab bersama dalam menjaga keharmonian bumi dan siratulrahim.

 

World Environment Day telah ditubuhkan oleh United Nations General Assembly pada tahun 1972 pada hari pertama United Nations Conference on the Human Environment. Ia bermula untuk mewujudkan kesedaran global mengenai keadaan Alam Sekitar. World Environment Day (WED) diadakan setiap tahun pada 5 Jun untuk meningkatkan kesedaran global agar mengambil tindakan positif alam sekitar untuk melindungi alam semula jadi dan bumi ini. Ia dikendalikan oleh United Nations Environment Programme (UNEP). World Environment Day (WED) adalah hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang paling penting untuk menggalakkan kesedaran dan tindakan di seluruh dunia untuk melindungi alam sekitar kita. Ia bermula sejak tahun 1974 dan telah berkembang menjadi satu platform global dan disambut secara meluas di lebih 100 buah negara.

Tema untuk tahun 2016 adalah “Go Wild for Life” (ZERO TOLERANCE FOR THE ILLEGAL WILDLIFE TRADE). Negara Angola adalah negara tuan rumah bagi tahun ini.

World-Environmental-Day-Di-The-School-Jaya-One-11 World-Environmental-Day-Di-The-School-Jaya-One-7 World-Environmental-Day-Di-The-School-Jaya-One-6 World-Environmental-Day-Di-The-School-Jaya-One-4 World-Environmental-Day-Di-The-School-Jaya-One-8 World-Environmental-Day-Di-The-School-Jaya-One-1 World-Environmental-Day-Di-The-School-Jaya-One-9

Semasa program Word Environment Day, Bazaar Recycle turut diadakan. Di mana orang ramai boleh menderma, swap barangan keperluan. Seperti pakaian / keperluan ibu hamil dan bersalin yang masih berkeadaan baik. Kemudian anda boleh memberi mainan, pakaian, buku dan alat tulis utnuk kanak-kanak. Pastikan barang-barang ini masih di dalam keadaan baik. Setiap sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada pertubuhan Parents Without Partners dan Rumah Amal Suci Rohani.

Harap-harap tahun depan ruby lebih bersedia dengan program seperti ini. Agar ruby boleh menjadi sebahagian dari program dengan turut serta sebagai sukarelawan.

www.facebook.com/theschool.my

www.theschool.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge